27 - 28 December 2008
Destinasi : Pasir Gudang & Selatan Semenanjung
Memulakan perjalanan seawal jam 6.30am dari S.K. Memasuki Plaza Toll Sg. Besi menuju ke selatan melalui PLUS. Menghadiri perkahwinan anak sulung kepada Ustazah Mas di Pasir Gudang.
Mentari mula memancarkan sinarnya ketika memasuki Melaka
Berhenti di R&R Ayer Keroh untuk rehat sekejap. Cadang nak breakfast kat situ. Tetapi keadaan sunyi sepi. Teruskan perjalanan lagi. Kemudian singgah breakfast di Pagoh. Makan Mee Bandung, Muar. Sedapnya..... sambung lagi perjalanan.
Tiba di rumah pengantin, di Pasir Gudang agak awal. Kira-kira jam 11.30am. Ketika sampai, tetamu baru ada beberapa orang sahaja. Nasi hidangan semuanya dah tersedia. Hidangan secara buffet. Dijemput terus untuk menjamu selera. Nasi beriani Ala Hujan Panas, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Dalca & Acar.... Sedapnyaa.... Alhamdulillah.

Pelamin persandingan anak Ust. Mas
Nak masuk simpang ke Tg. Piai, tapi terlajak sehingga sampai ke Pekan Kukup. Singgah ke Visitors Information Centre. Dapatkan information mengenai tempat menarik di persekitaran daerah ini. Dimaklumkan oleh petugas disini, bahawa terdapat 2 tempat yang patut dilawati oleh pelancong ialah Pulau Kukup dan Tg. Piai. Kukup juga terkenal sebagai pintu masuk yang menghubungkan Malaysia dengan Indonesia iaitu di Tanjung Balai, Karimun. Di Kukup, terdapat beberapa Jabatan Kerajaan iaitu, Jabatan Laut, Jabatan Imigresen, TDC dan sebagainya.
Papantanda - Visitiors Information Centre
Meninggalkan rumah pengantin, kira-kira jam 12.30pm. Sebelum tu, masuk ke bilik pengantin untuk berjumpa pengantin perempuan. Majlis persandingan diadakan selepas waktu zohor. Jadi, tak sempat lah tengok pengantin bersanding. Keluarga pengantin membekalkan 'Bon'trot' (dlm bhs jawa) yang bermaksud Berkat kepada tetamu yg datang.. Hehehe ni boleh makan kat hotel nanti...
Dari Pasir Gudang, terus ke Pontian. Akan bermalam di Bandar Pontian. Selepas check in di Hotel Pontian, mandi, berehat-rehat sekejap, kemudian keluar menuju ke Tg. Piai. Tg. Piai ni terkenal sebagai "Tanah Paling Selatan Benua Asia" ( The Southernmost Tip of Mainland Asia).
Nak masuk simpang ke Tg. Piai, tapi terlajak sehingga sampai ke Pekan Kukup. Singgah ke Visitors Information Centre. Dapatkan information mengenai tempat menarik di persekitaran daerah ini. Dimaklumkan oleh petugas disini, bahawa terdapat 2 tempat yang patut dilawati oleh pelancong ialah Pulau Kukup dan Tg. Piai. Kukup juga terkenal sebagai pintu masuk yang menghubungkan Malaysia dengan Indonesia iaitu di Tanjung Balai, Karimun. Di Kukup, terdapat beberapa Jabatan Kerajaan iaitu, Jabatan Laut, Jabatan Imigresen, TDC dan sebagainya.
Pulau Kukup telah diwartakan sebagai antara Taman Negara Johor. Ia merupakan sebuah kawasan paya bakau yg cantik dengan habitatnya. Untuk sampai ke Pulau Kukup, seseorang perlu menaiki boat samada disewa atau berkongsi beramai-ramai. Oleh kerana, kami lebih berminat untuk pergi ke Tg. Piai, maka destinasi ke Pulau Kukup abaikan saja.
Tiba di Tg. Piai jam 5.00pm. Terus ke kaunter tiket dan beli tiket masuk RM10 seorang. Kami merupakan pengunjung terakhir yang dibenarkan masuk kerana kaunter tiket akan ditutup selepas jam 5.00pm.
Tiba di Tg. Piai jam 5.00pm. Terus ke kaunter tiket dan beli tiket masuk RM10 seorang. Kami merupakan pengunjung terakhir yang dibenarkan masuk kerana kaunter tiket akan ditutup selepas jam 5.00pm.
Mangrove - Tg Piai
Jetty - Tg.Piai
(melihat deretan kapal2 dagang yg menunggu giliran memasuki pelabuhan Singapore)
Jambatan yang menghubungkan ke Jetty
Jetty - Tg.Piai
(melihat deretan kapal2 dagang yg menunggu giliran memasuki pelabuhan Singapore)
Jambatan yang menghubungkan ke Jetty
(Memerhati perairan negara yg memisahkan Malaysia & Singapore)
Dinner di Restoran Terapung, Tg. Piai.
Dinner di Restoran Terapung Tg.Piai, dengan hidangan Kailan Ikan Masin, Ketam Goreng, Udang Butter, Sotong Celup Tepong, dan Sweet Sour Ikan Siakap, harganya RM105.00. Camner?? Mahal??? Okay?? . Hehehehe... Tapi apapun kami tak dapat menghabiskan hidangan tersebut, sebab antaranya ialah sotong yg dihidangkan tu masih berpasir..
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, kami singgah di Tanjung Emas, Muar, Johor. Menaiki cruise menyusuri Sg. Muar. Tambangnya RM10 seorang.
Dari boat - Jetty Tanjung Emas
Boat dan Pelantar di Jetty
Boat
Boat menghampiri Jetty
Boat menurunkan pelancong
Boat dan Pelantar di Jetty
Boat
Boat menghampiri Jetty
Boat menurunkan pelancong
Antara pemandangan yang dapat dilihat semasa menyusuri Sg. Muar.
No comments:
Post a Comment