Percutian ke Pulau Langkawi 31/10/2008 - 04/11/2008
Hari Pertama : 31/10/2008 (Jumaat)
********************************************
8.00pm - Menaiki train Ekspress Langkawi di KL Sentral. Excited. Ye lah dah lama tak merasa naik train. Ambil tiket tempat tidur, RM102 (perjalanan pergi dan balik). Mula-mula tu rasa seronok lah. Tapi bila keretapi berhenti lama di setiap stesen, mula lah rasa boring. Jam 10.30pm, tarik curtain, cuba nak lelap mata, tapi tak nak lena lah pulak.
Entah jam berapa, terlelap juga akhirnya. Tidur dalam keadaan terbuai-buai dek goyangan keretapi. Hehehe. Terjaga awal, dah tak boleh lelapkan mata dah. Duduk ajer lah kat atas katil tu sambil mengelamun. Sesekali selak gak curtain tu menjengah persekitaran. Amboii...orang di katil sebelah, lena sungguh tidur.

Hari kedua: 01/11/2008 (Sabtu)
**************************************
9.00am - Tiba di Stesen Keretapi Arau. Ambil teksi ke Jetty Kuala Perlis. Mengambil masa 45min. utk tiba di Jetty tersebut. Belum breakfast lagi ni. Hehehehe. Minum air mineral ajer. Setiba di jetty, terus ke kaunter tiket. Dapat tiket ferry jam 10.30 am. Harga perjalanan sehala ialah RM18.00
Sampai di Langkawi, lebih kurang jam 11.45am. Dalam ferry lagi, dah hantar mesej kepada agent sewa kereta. Dah bayar deposit sewa kereta RM60. Berjanji berjumpa di hadapan KFC di Jetty Kuah untuk ambil kereta. Dari jetty kuah, kami terus ke tempat yang dijanjikan. Cuaca di Langkawi panas ketika ini. Berbahang dan rasa tak selesa. Apatah lagi, belum pun mandi dari pagi tadi.
Lepas ambil kereta, terus ke Hotel - Langkawi Seaview di Jalan Penarak. Belum boleh check in lagi. Saja singgah sekejap. Menuju ke Pantai Chenang. Makan tengahari di Restoran Haji Ismail. Nasik, lauk dan ulaman kampung.
Check in di Langkawi Seaview, jam 3.00pm. Lega rasanya, dapat membersihkan diri dan berehat seketika. Lepas Solat Asar, keluar berjalan-jalan di sekitar Petronas Quay, Telaga Marina Harbour, Pantai Kok sehingga lah ke Stesen Cable Car di kaki Gunung Mat Chincang.

Pantai Kok
Singgah berhenti di Pantai Kok, tengok pemandangan indah sambil makan-makan rojak buah. Pantai Kok ni kedudukannya tidak jauh dari Petronas Quay, Telaga Marina Harbour.
Puncak Gunung Mat Chincang dilihat dari kejauhanDari Stesen Cable Car, kami ke Pantai Pasir Tengkorak. Sepanjang perjalanan, hujan turun dengan lebatnya. Setiba dipantai tersebut, hujan masih belum reda. Terpaksa berdiam diri dalam kereta ajer lah. Bila hujan berhenti, berjalan sekejap ke pantai nya. Pantai Pasir Tengkorak ni dikhabarkan antara pantai yg tercantik di Langkawi. Pasir nya halus memutih.
Jetty Kilim: Pemandangan di Sg. Kilim
Menuju ke Kelong
Dari Pantai Pasir Tengkorak, menuju ke Kilim. Keistimewaan Kilim ialah, dengan rupa bentuk geologicalnya yg menarik, kawasan hutan paya bakau dan keunikan flora dan faunanya. Oleh kerana kami tiba di Jetty Sg. Kilim agak lewat sekitar jam 6.00pm, dalam keadaan hujan pula, keadaannya memang lengang. Saja datang untuk meninjau persekitaran kawasan di Jetty Sg. Kilim ini sambil melihat pakej-pakej yang ditawarkan. Beberapa operator mendekati kami untuk menawarkan pakej-pakej lawatan yg dikendalikan oleh mereka. Kami tidak terus memilih untuk mengambil mana-mana pakej yg ditawarkan.
Menjelang Maghrib, kami pulang ke Hotel di Jalan Penarak. Selepas solat Isyak, keluar untuk makan malam. Disyorkan oleh seorang teman, antara tempat makan yang sedap dan menarik, kami ke Jai Island Cafe. Sedap makanan di sini dan harganya juga berpatutan. Padat aktiviti hari ni.
Hari ketiga : 02/11/2008 (Ahad)
****************************************
Selepas breakfast di Hotel, kami menuju ke Jetty Sg. Kilim. Ntah kenapa, pagi ni tak terjumpa pulak jalan masuk menuju ke Jetty tersebut. Terlajak. Waktu berpatah balik tu, kami terlihat papantanda di sebuah kedai runcit yg menawarkan perkhidmatan cruise menyusuri Sg. Kilim. Berhenti di kedai tersebut. Kami dimaklumkan oleh Makcik tersebut bahawa anak dan suaminya yang menguruskan perkhidmatan tersebut.
Setelah negotiate dgn Pakcik dan anaknya, kami mendapat harga yg menarik dan lebih rendah lagi jika dibandingkan dgn operator yg lain. Dalam perjalanan ke Jetty, singgah sebentar di Sek. Rendah Kebangsaan Kilim untuk berjumpa dengan cousin yg mengajar di sekolah tersebut. Sekejap ajer.
Di Jetty Sg. Kilim, orang agak ramai hari ini. Kami chartered sebuah boat. Senang sikit, tak payah berkongsi dgn orang lain. RM150 untuk sebuah boat dgn cruise selama lebih kurang 2 jam.
Menyusuri Sg. Kilim, penuh dgn pemandangan yg menarik dan menghijau, kami merasa happy dan enjoy. Berhenti di Kelong ikan untuk melihat, bermain2 dgn ikan dan memberi ikan makan.

Kelong Ikan: Fish Feeding
Di Kelong Ikan : Hati2 Bro...nanti Bro lak jadi ikan
Sambil meniarap, menghulur tangan untuk beri ikan pari besar makan. Eh..jinak dan manja pulak ikan pari ni. Mula2 agak takut jugak nak hulur tangan. Ye lah....nanti tak pasal2 hilang lah pulak jari ni. Hmmmm mana nak cari ganti lagi. Nak sarung cincin nanti kat mana pulak.. :P:P:P Rupanya jinak dan manja nyaaaaa dia..... Agaknya ikan pari jantan kut.. hehehehe....
Bro ni jugak tak ketinggalan teringin nak beri ikan pari makan. Tapi ...alahai kesiannya....ikan pari tu tak nak pulak timbul2.. Jenuh kocak air tu, tak nak gak dia.. Tu lah...macam dikatakan tadi...mungkin ikan pari tu jantan kut.. Sabar Bro yer... Adik tu pun dah malas nak pujuk ikan pari tu supaya timbul.. Meniarap relex ajer dia.
Sea shell
Beralih ke petak lain, kami ditunjukkan pula sea shell. Menurut adik tu, sea shell ni boleh dimakan. Cuba lah membelek2, rupa bentuknya. Aduhaiii..... tak tergamak plak kalau nak masak dan makan.
Masih di Kelong Ikan:
Ke petak seterusnya, kami ditunjukkan pulak sejenis ikan yang boleh terbang dan ' tembak'. makanan. Ikan ni cantik2 .
Hahh...buat apa plak tu...
Melihat gambar di atas, entah apalah yang dibuat oleh adik dan Bro tu. Oo rupanya melekatkan umpan dijari... Tujuannya nak tengok ikan tu terbang dan sambar umpan dijarinya. Hmmm menjadi lah pulak kali ni.
Selepas dari Kelong ikan, dan juga menikmati pemandangan2 indah, kami ke Muara Sg. Kilim dan menuju ke Kilim Geoforest Park. Difahamkan bahawa tempat ini telah dirasmikan oleh Baginda DYMM Sultan Kedah, beberapa bulan yang lepas. Dan ianya merupakan suatu kawasan tarikan yang baru di Langkawi.
Best sgt cruise kat sini. Kami cruise sehingga ke laut. Di gambar: kelihatan Catamaran berhenti dan berlabuh berdekatan Pulau Kasut. Kami dimaklumkan oleh Razis (Remaja Boatman kami), bahawa Pulau di hadapan dinamakan Pulau Kasut sebab bentuknya memang menyerupai bentuk kasut.
Di atas boat, berlatarbelakangkan Pulau Kasut
Dari Kilim Geoforest Park, kami ketempat Eagle Feeding. Masa kami sampai, tak ada boat yang berlabuh. Suasana sunyi sepi dan hening. Kami terleka melihat Eagle tersebut menyambar makanan (perut ayam) yang dicampak oleh Boatman kami.
Boat yang kelihatan dari jauh tu, sedang menunggu giliran untuk menghampiri ke kawasan Eagle Feeding. Boat tersebut dinaiki oleh beberapa orang pelancong dari Arab Saudi.
Menyusuri Sg.Kilim, banyak panorama indah dengan hiasannya mergastua yg aman bebas melakarkan warna kehidupan.
Ketika kami menghala balik ke jetty, kelihatan beberapa boat pelancong yang mara untuk melihat dan menikmati keindahan suasana disini.
Boat kami membuat pusingan untuk memberi laluan kepada boat pelancong yang lain melihat dari dekat bagaimana Eagle menyambar makanan yang diberi @dicampakkan kedalam laut.
Selepas tamat waktu cruise kami, kami dihantar kembali ke Jetty Sg. Kilim. Hmmmm masa ni memang perut terasa lapar. Ye lah...dah tengahari kan.... Kami singgah untuk menjamu selera di gerai di sebelah jetty tersebut.
Order Mee Gulung. Sebenarnya sejak dari KL lagi, kami memang bercadang nak mencari Mee Gulung ni di Langkawi. Menurut beberapa reviews yg dibaca di internet, ramai yang mengatakan Mee Gulung di Langkawi ni sedap dan patut dicuba. Kami tak mahu ketinggalan. Sepinggan Mee Gulung disini harganya RM10. Berbaloi jugak sebab rasanya sedap dan udangnya besar2.
Oleh kerana waktu masih awal lagi, kami singgah di Galeria Perdana. Tiket masuk, RM10 seorang. Galeria Perdana ini, menempatkan segala souvenir dan koleksi Yg.Berbahagia bekas mantan negara Malaysia, iaitu Tun Mahathir Mohammad. Di Galeria ni, kami terjumpa dgn Aktor Ridzuan Hashim dan juga Adlin Shauki yang membuat pengambaran filem disini. Kami mengambil kesempatan untuk berborak dan bergambar dengan kedua-dua mereka dan juga krew film tersebut.

Sebelah petangnya, selepas Zohor, keluar untuk mencari Laksa Power berhampiran dengan Airport Langkawi. Juga menurut reviews yang dibaca, Laksa Power ni memang power dan sedap.
Aktiviti seterusnya: kami ke Tanjung Rhu.
Hari ni Ahad, hari bekerja bagi penduduk di Langkawi. Suasana sunyi dan sepi di Pantainya. Bercadang untuk main air di pantai ni. Cuaca panas sangat. Hehehe risau lah pulak. Sunburn kang.
Kelihatan pulau berbentuk penyu di belakang
Perjalanan balik dari Tg. Rhu, kami singgah di Kilim sekejap. Ajak cousin (Nana) utk tidur di hotel dan join dinner malam nanti.
Dinner di Restoran Nelayan di Jalan Bukit Malut. Ketam, Ikan Kerapu, Senangin, Kepah, Sup Sayur dan Ulaman tanpa nasi. Enak makanan disini. Harganya pun murah. RM70 sahaja.
Hari keempat 03/11/2008 (Isnin)
************************************
Agenda pagi ni, kami ke Stesen Cable Car. Berhajat naik ke Gunung Mat Chincang.
Beratur di kaunter tiket
Bagi setiap cable car, ia akan memuatkan 4 orang penumpang. Bersama 2 orang pelancong warga emas dari Sweden dalam cable car tu, kami menyaksikan panorama indah. Tapi kesiannya pada ' seseorang', jelas kelihatan pucat diwajahnya dan terpamir wajah kerisauan. Owhhh rupanya, beliau gayat dengan keadaan tinggi. Kesiannn... Tapi alhamdulillah, beliau bijak dan dapat overcome keadaan dengan berborak2 dan bercerita dgn pelancong Sweden ni.
Waktu kami sampai, kaunter tiket masih belum dibuka. Menunggu sehingga jam 9.30am. Untuk naik cable car ni, bergantung juga dengan cuaca dan keadaan. Sekiranya cuaca buruk dan tidak mengizinkan, perkhidmatan akan ditangguhkan @ diberhentikan seketika.
Bagi setiap cable car, ia akan memuatkan 4 orang penumpang. Bersama 2 orang pelancong warga emas dari Sweden dalam cable car tu, kami menyaksikan panorama indah. Tapi kesiannya pada ' seseorang', jelas kelihatan pucat diwajahnya dan terpamir wajah kerisauan. Owhhh rupanya, beliau gayat dengan keadaan tinggi. Kesiannn... Tapi alhamdulillah, beliau bijak dan dapat overcome keadaan dengan berborak2 dan bercerita dgn pelancong Sweden ni.
Agenda sebelah petangnya, selepas zohor, kami keluar menuju ke Pantai Chenang. Semalam kami telah dimaklumkan oleh pihak ABC Chalet, bahawa trip utk Island Hoping pada jam 3.00pm. Jadi kami diminta untuk sampai ke sana sebelum 2.45pm. Jam 2.30pm, kami tiba di ABC Chalet. Sedih dan malangnya, kami dimaklumkan oleh pihak ABC Chalet bahawa trip untuk Island Hoping dibatalkan petang tu memandangkan tak cukup orang utk sebuah boat. Frust juga, sebab kami berkejar kesana untuk turut dalam aktiviti island hoping ni.
Kami tukar ke Plan B. Petang ni kami pergi bershopping lah. Bukannya shopping pinggan mangkuk. Tapi shopping beli kain batik dan juga minyak gamat yang dipesan oleh Bonda2 kami.
Difahamkan bahawa kain2 batik di Beras Terbakar, kualiti bagus dan harganya juga berpatutan. Haaaa.... ambikk... Beli 10 helai kain batik.... Maksimum tu. Seorang cuma dibenarkan bawa 5 helai kain batik. Hmmmm ... apa lagi... baki 5 helai lagi tu, mengendeng lah mintak tumpang beg 'orang tu'. TQ ya...

Dari Beras Terbakar, kami ke Warisan Gamat, beli minyak gamat dan lain-lain produk herba. Untuk Bonda, diri sendiri dan juga untuk kawan2 kat ofis.
Malam ni, kami dinner ala simple ajer. Dinner di Medan Selera berhampiran dengan Bella Vista Hotel. Kena tidur awal malam ni. Aktiviti esok, Island Hoping sebelah pagi, dan petangnya jam 1.30pm, kami kena cross balik ke Tanah Besar. Tiket keretapi untuk balik ke KL jam 5.30 ptg dari Arau.
Hari kelima (04/11/2008) - Selasa
***********************************
Setelah check out, dengan membawa luggage dan segala barang2 kami muatkan dalam kereta. Menuju ke Pantai Tengah, Langkawi. Semalam petang, kami dah bayar deposit untuk Island Hoping. Kami tinggalkan kereta dihadapan Tourist Agent ni. Dari Pantai Tengah, kami dibawa menaiki van bersama-sama dengan pelancong lain ke Jetty iaitu bersebelahan dengan Awana Resort.
Keadaan sesak di Jetty. Ramai pelancong yang berkumpul disini untuk Island Hoping. Kami menaiki boat bersama 10 orang pelancong lain (Singaporean, warga tempatan dan 'mat dan minah saleh').

Awana Resort, dilihat dari laut
Island Hoping ni meliputi Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan juga Pulau Dayang Bunting.
Jernihnya air...
Pulau Dayang Bunting
Memerhati keunikan bentuk pulau
Pulau Dayang Bunting
Dari kejauhan, Pulau Dayang Bunting dilihat seakan berbentuk seorang wanita mengandung sedang berbaring.
Boatman memberhentikan boat ditengah laut untuk memberi peluang kepada kami melihat keunikan bentuk pulau tersebut dan memberi sedikit 'briefing' mengenai lagenda asal-usul pulau tersebut.
Di Pulau Dayang Bunting, terdapat Tasik Dayang Bunting. Banyak kisah yang menarik mengenai keistimewaannya Tasik Dayang Bunting ni. Untuk sampai Tasik ni, pelancong perlu untuk berjalan kaki selama kira-kira 20 minit, mendaki dan menuruni bukit.

Air di Tasik Dayang Bunting ni adalah tawar dan payau. Uniknya, walaupun ia bertemu dengan laut, tetapi airnya bukan air masin. Air di Tasik Dayang Bunting dikatakan mampu untuk memberi sinar kepada pasangan yang belum mempunyai cahayamata memperolehinya.
Beberapa aktiviti lain yang boleh dilakukan di Tasik Dayang Bunting ialah, berkayak, mandi-manda, fish spa dan sbgnya.
Beberapa aktiviti lain yang boleh dilakukan di Tasik Dayang Bunting ialah, berkayak, mandi-manda, fish spa dan sbgnya.
Fish Spa - ikan keli
Fish Spa di Tasik Dayang Bunting ni percuma. Sesiapa yang berhajat untuk buat fish spa ni, perlu duduk dan hulurkan kaki kedalam air. Ikan keli akan menggigit2 kaki tu. Geli2 sakit kata mereka yang hulurkan kaki. Eiiii tak nak lah...
Dari Pulau Dayang Bunting kami menghampiri Pulau Singa Besar. Kat sini pun ada eagle feeding. Tapi dari spesis yang lain. Rasanya Eagle kat Kilim lebih besar dan ganas.
Eagle Feeding
Pulau Beras Basah
Pulau Beras Basah
Akhir sekali menuju ke Pulau Beras Basah. Pulau Beras Basah ni aktiviti yang sesuai adalah mandi-manda. Airnya jernih dengan pasir yang halus. Ramai pelancong dari Korea, Jepun dan Mat Minah Saleh yg berjemur dan mandi manda disini. Kenyang mata pelancong tempatan. Hehehe... Selain daripada tu, kat Pulau Beras Basah ni juga sesuai untuk buat Parasailing. RM80 untuk aktiviti selama 30 minit. Teringin nak cuba, tapi takut kena marah. Bonda dah pesan, jangan buat aktiviti yang merbahaya. Rasanya tak merbahaya pun. Tapi ye lah..pesan bonda mcm tu. Nanti ada yg report pulak. Di Pulau Beras Basah, kami dimaklumkan bahawa waktu yang diperuntukkan adalah 1 jam. Bagi kami, 1/2 jam pun dah cukup di Pulau Beras Basah ni.
Kami kesuntukan masa sebenarnya. Jam 12.15pm, kami masih di Pulau Beras Basah lagi. Plan kami utk cross ke Tanah Besar, kami telah kami tetapkan jam 1.30pm. Rasanya tak sempat utk kejar waktu tu. Kami belum bershopping beli chocolates lagi. Kami juga berjanji utk hantar kereta sewa jam 1.00pm. Aduhhh...kritikal dah ni.
Sampai Jetty Kuah, jam 2.15 ptg. Terus ke Kaunter tiket Ferry. Berdebar2 juga rasa hati. Masa kecemasan untuk kami sebenarnya. Janji dgn my Auntie, dia akan jemput kami di Jetty Kuala Perlis jam 2.30 petang. Kami mendapat tiket ferry untuk perjalanan jam 2.30 ptg. Perjalanan dari Kuah ke Kuala Perlis mengambil masa lebih kurang 1 jam, mengikut keadaan laut dan air pasang surutnya.

Sampai di Jetty Awana, jam 1.00pm. Kami menunggu van utk membawa kami ke Pantai Tengah ambil kereta. Dari Pantai Tengah, kami berkejar ke pekan Kuah. Dalam perjalanan tu, call beritahu yang kami agak lewat dalam 30 minit hantar kereta. ALhamdulillah, dia kata No. Prob. Sempat kami singgah beli chocolates di Ismail & Rakan2. Capai ajer mana yang patut. Dah tak sempat nak belek2 dah.
Sampai Jetty Kuah, jam 2.15 ptg. Terus ke Kaunter tiket Ferry. Berdebar2 juga rasa hati. Masa kecemasan untuk kami sebenarnya. Janji dgn my Auntie, dia akan jemput kami di Jetty Kuala Perlis jam 2.30 petang. Kami mendapat tiket ferry untuk perjalanan jam 2.30 ptg. Perjalanan dari Kuah ke Kuala Perlis mengambil masa lebih kurang 1 jam, mengikut keadaan laut dan air pasang surutnya.
Jam 3.30pm, baru kami tiba di Jetty Kuala Perlis. Auntie CT dah sedia tunggu kami. Dalam keadaan pantas, kami memasukkan luggage dlm Jazz nya. Kami dibawa ke Pauh, Perlis (Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin). Tumpang mandi dan membersihkan diri di rumah my cousin. 4.15pm tiba di Pauh. Kami cuma mempunyai masa lebih kurang 1 jam 15 minit sahaja lagi. 5.30pm, adalah waktu keretapi tiba di Stesen Arau. Jadinya kami perlu keluar dari rumah di Pauh, sebelum jam 5.00pm. Mandi, solat dan bersiap tanpa berlengah. Auntie CT dah siapkan nasi, sambal, lauk2 dan ulaman utk kami. Tak tertelan rasanya...memandangkan waktu kecemasan sangat dah ni. Takut terlepas keretapi. Melihat keadaan kami sempat dia kata.... "makan lah...kalau tak sempat kat stesen Arau nanti...kita kejar lah keretapi dan naik samada di Gurun atau di Alor Setar." Huhhhh lega rasanya. Sempat kami bertambah lagi nasik yg dihidangkan.. Hehehehe sebenarnya kami memang lapar pun.
Alhamdulillah sempat juga sampai di Stesen Keretapi Arau jam 5.30pm. Hanya 5 minit selepas itu, keretapi pun tiba.
SELAMAT TINGGAL LANGKAWI, SELAMAT TINGGAL PERLIS.... Panjang Umur, InsyaAllah kami datang lagi.

helo,nak tanya,ade tak number utk keta sewa tu?
ReplyDelete