Tuesday, November 24, 2009

Kaki - Suatu Anugerah - Gunakan sebaiknya...



KAKI , kegunaan utamanya adalah untuk berjalan. Dengan dikurniakan dua belah kaki, akan memudahkan untuk melakukan ibadah/aktiviti seharian.
Milik siapakah kaki ini?
Tersentuh hati dan geram, pabila melihat orang yang menyalahgunakan kaki untuk melakukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan tangan atau dengan erti kata lain dengan cara yang lebih bersopan dan perikemanusiaan.
Ceritanya begini:
Tengahari tadi, seorang teman ajak pegi makan di Medan Selera di Bndr K. Kebetulan di meja sebelah, beberapa orang gadis manis ayu sedang menjamu selera sambil bergurau senda bersama teman-teman… Terdengar dan lihat seekor kucing…mengiau..ngiau di bawah meja mereka sambil menggesel2 badan bermanja dikaki salah seorang dari mereka. Ntah apa lah yg buat dia naik angin..entah lah.. disepaknya kucing tu…sehingga terpelanting masuk longkang… Phewwwwwww......
Terperanjat tengok…tapi mereka ini selamba ajer senyum2 dan terkekeh ketawa. Aduhaii…. Kesiannya kucing tu… Apa lah yang dia tahu….. Dia kan seekor kucing.
Nasihat: Hargailah kaki anda....dan gunakan ia dengan sebaiknya...

Kasut mana??










No comments:

Post a Comment

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...