KAKI , kegunaan utamanya adalah untuk berjalan. Dengan dikurniakan dua belah kaki, akan memudahkan untuk melakukan ibadah/aktiviti seharian.
Milik siapakah kaki ini?
Tersentuh hati dan geram, pabila melihat orang yang menyalahgunakan kaki untuk melakukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan tangan atau dengan erti kata lain dengan cara yang lebih bersopan dan perikemanusiaan.
Ceritanya begini:
Tengahari tadi, seorang teman ajak pegi makan di Medan Selera di Bndr K. Kebetulan di meja sebelah, beberapa orang gadis manis ayu sedang menjamu selera sambil bergurau senda bersama teman-teman… Terdengar dan lihat seekor kucing…mengiau..ngiau di bawah meja mereka sambil menggesel2 badan bermanja dikaki salah seorang dari mereka. Ntah apa lah yg buat dia naik angin..entah lah.. disepaknya kucing tu…sehingga terpelanting masuk longkang… Phewwwwwww......
Terperanjat tengok…tapi mereka ini selamba ajer senyum2 dan terkekeh ketawa.Aduhaii…. Kesiannya kucing tu… Apa lah yang dia tahu….. Dia kan seekor kucing.
Nasihat: Hargailah kaki anda....dan gunakan ia dengan sebaiknya...
27 - 28 December 2008 Destinasi : Pasir Gudang & Selatan Semenanjung
Memulakan perjalanan seawal jam 6.30am dari S.K. Memasuki Plaza Toll Sg. Besi menuju ke selatan melalui PLUS. Menghadiri perkahwinan anak sulung kepada Ustazah Mas di Pasir Gudang.
Perjalanan melepasi R&R Nilai
Mentari mula memancarkan sinarnya ketika memasuki Melaka
Berhenti di R&R Ayer Keroh untuk rehat sekejap. Cadang nak breakfast kat situ. Tetapi keadaan sunyi sepi. Teruskan perjalanan lagi. Kemudian singgah breakfast di Pagoh. Makan Mee Bandung, Muar. Sedapnya..... sambung lagi perjalanan.
Tiba di rumah pengantin, di Pasir Gudang agak awal. Kira-kira jam 11.30am. Ketika sampai, tetamu baru ada beberapa orang sahaja. Nasi hidangan semuanya dah tersedia. Hidangan secara buffet. Dijemput terus untuk menjamu selera. Nasi beriani Ala Hujan Panas, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Dalca & Acar.... Sedapnyaa.... Alhamdulillah.
Pelamin persandingan anak Ust. Mas
Meninggalkan rumah pengantin, kira-kira jam 12.30pm. Sebelum tu, masuk ke bilik pengantin untuk berjumpa pengantin perempuan. Majlis persandingan diadakan selepas waktu zohor. Jadi, tak sempat lah tengok pengantin bersanding. Keluarga pengantin membekalkan 'Bon'trot' (dlm bhs jawa) yang bermaksud Berkat kepada tetamu yg datang.. Hehehe ni boleh makan kat hotel nanti...
Dari Pasir Gudang, terus ke Pontian. Akan bermalam di Bandar Pontian. Selepas check in di Hotel Pontian, mandi, berehat-rehat sekejap, kemudian keluar menuju ke Tg. Piai. Tg. Piai ni terkenal sebagai "Tanah Paling Selatan Benua Asia" ( The Southernmost Tip of Mainland Asia).
Mercu tanda, The Southernmost Tip of Mainland Asia
Nak masuk simpang ke Tg. Piai, tapi terlajak sehingga sampai ke Pekan Kukup. Singgah ke Visitors Information Centre. Dapatkan information mengenai tempat menarik di persekitaran daerah ini. Dimaklumkan oleh petugas disini, bahawa terdapat 2 tempat yang patut dilawati oleh pelancong ialah Pulau Kukup dan Tg. Piai. Kukup juga terkenal sebagai pintu masuk yang menghubungkan Malaysia dengan Indonesia iaitu di Tanjung Balai, Karimun. Di Kukup, terdapat beberapa Jabatan Kerajaan iaitu, Jabatan Laut, Jabatan Imigresen, TDC dan sebagainya.
Papantanda - Visitiors Information Centre
Pulau Kukup telah diwartakan sebagai antara Taman Negara Johor. Ia merupakan sebuah kawasan paya bakau yg cantik dengan habitatnya. Untuk sampai ke Pulau Kukup, seseorang perlu menaiki boat samada disewa atau berkongsi beramai-ramai. Oleh kerana, kami lebih berminat untuk pergi ke Tg. Piai, maka destinasi ke Pulau Kukup abaikan saja.
Tiba di Tg. Piai jam 5.00pm. Terus ke kaunter tiket dan beli tiket masuk RM10 seorang. Kami merupakan pengunjung terakhir yang dibenarkan masuk kerana kaunter tiket akan ditutup selepas jam 5.00pm.
Di Jambatan Kayu - melihat berjenis-jenis Mangrove dari dekat
Papantanda
Jambatan kayu pengunjung boleh melihat lebih dekat lagi mangrove
Globe - Disinilah titik akhir tanah penghujung benua Asia
Kawasan pelantar berhampiran Globe, yg telah roboh akibat dipukul ombak
Jambatan
Teropong kapal yg berlabuh sementara di perairan Malaysia
Di restoran terapungTg. Piai
(Memerhati perairan negara yg memisahkan Malaysia & Singapore)
Dinner di Restoran Terapung, Tg. Piai.
Dinner di Restoran Terapung Tg.Piai, dengan hidangan Kailan Ikan Masin, Ketam Goreng, Udang Butter, Sotong Celup Tepong, dan Sweet Sour Ikan Siakap, harganya RM105.00. Camner?? Mahal??? Okay?? . Hehehehe... Tapi apapun kami tak dapat menghabiskan hidangan tersebut, sebab antaranya ialah sotong yg dihidangkan tu masih berpasir..
Resort - Tg Piai
Kapal2 dagang dilihat dari celahan mangrove
Air surut
Anjung - Tg Piai Resort (dinner disini)
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, kami singgah di Tanjung Emas, Muar, Johor. Menaiki cruise menyusuri Sg. Muar. Tambangnya RM10 seorang.
Jetty Tanjung Emas
Dari boat - Jetty Tanjung Emas
Boat dan Pelantar di Jetty
Boat
Boat menghampiri Jetty
Boat menurunkan pelancong
Antara pemandangan yang dapat dilihat semasa menyusuri Sg. Muar.