Tuesday, December 15, 2009

Meh makan rojak meh....Kecuq dak ayaq liuq?

14hb December 2009
12.45pm

Hari ni masing bawak buah2 dan bahan utk buat rojak buah. Jumaat minggu lepas, Pak Din ckp dia nak buat kuah rojak dan nak bawak mai ke ofis. Jadi, kita org pun apa lagi.... Mcm2 pelan ler timbul.. Nak colek dgn goreng pisang ler...nak colek dgn keledek ler.... nak makan dgn tauhu bakaq ler...

I bawak mangga muda dan betik. Beli kat Chow Kit hari Sabtu tu. Nak beli mangga apple, tapi bro peniaga tu ckp...mangga lemak masam ni lagi sedap kalau nak buat rojak. Tak berani ler beli banyak....ntah2 kang tak rasa apa lak....

Mangga lemak masam

Betik muda (mengkal dah kut)

Dah siap potong

Ni haa... bahan2 yang nak dicampur rojak kan tu.... nenas, timun, sengkuang, betik muda, mangga muda, kuah rojak, tauhu goreng, kacang tumbuk,, tauge, petis dsbnya..

Buah2 dan bahan2

Kami serahkan kepada Pak Din tugas sebagai Chef bertugas hari ini. Penghormatan kepada beliau. Pak Din ni kalau masak rendang daging memang sedap..

Bahan2 yang telah dimasukkan
ke dlm besen tapi belum digaul lagi

Memang power kuah rojak Pak Din ni. Pedas, tapi sedap. Ada yang sampai meleleh airmata, air hidung.... berenti kejap...hilang pedas tu, pi tambah lagi pulak. Dua besen rojak digaul hari ni, habis semuanya.......



No comments:

Post a Comment

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...