Thursday, August 6, 2009

Sampai Waktunya, Kembali lah Kita Kepada PENCIPTA


Membaca artikel (Tanda-tanda menghadapi saat Kematian) yang dilampirkan di bawah, membuat daku termenung sejenak. Terkenang Arwah Ayahanda. Kisah 9 tahun yang lepas. Saat-saat akhir bersama arwah ayahanda. Hari Sabtu, 11 Nov, 2000, pulang ke kg. menjengah ayahanda dan bonda. Ketika itu, keadaan ayahanda agak tidak berdaya. Sampai di kg. jam 8.30pm. Ayahanda di atas wheel chair bergegas ke muka pintu untuk menyambut. Air mukanya ceria dan gembira menyambut kepulangan anakanda. Rindu agaknya dia pada anakandanya ini. Selepas itu, ayahanda memohon izin untuk menunaikan solat Isyak. Matanya melirik seakan ingin bermanja dan meminta anakandanya menolak wheel chair kembali ke bilik. Selepas selesai solat Isyak, ayahanda menemankan makan. Agaknya beliau tahu, anakanda nya ini kelaparan. Beliau cuma makan kuih karas yg anakanda belikan untuknya. Nampak dia begitu berselera. Bila diajak makan sama, katanya dia dah makan bubur yg bonda suapkan lewat ptg. Gembira hati ini melihat keadaan ayahanda.

Selesai semuanya, bonda menyiapkan tempat tidur. Menyorong wheel chair ayahanda ke bilik. Bersama bonda, kami mengangkat ayahanda ke atas katil. Selepas tu, melepak sama dan berborak dengan mereka di bilik sambil urut2 tangan dan kaki ayahanda. Ayahanda pula meminta urut tapak kakinya sambil letak minyak panas. Perasan ketika itu, tapak kaki ayahanda lurus dan rapat ke tilam. Mulut ni macam biasalah celoteh " Abah, tegak kan lah tapak kaki tu...knp dirapatkan ke tilam...susahlah nak urut" Tapi ntah lah... tak faham kut dan tak tahu... mungkin ayahanda secara kiasan ingin menyatakan bahawa sebenarnya beliau sudah tidak lama lagi akan bersama kami. Tanda-tanda hampirnya saat kematian telah ada.

Malam tu, dalam keadaan tersengguk mengantuk dan keletihan, ayahanda cakap... "ambik lah bantal dan selimut, tido je kat bilik ni" bersama bonda dan dia. Berjanji dengan bonda, yg esok selepas subuh nak ajak bonda ke pasar. Selepas memandikan ayahanda dan ambilkan wuduknya.. kami berdua keluar ke pasar meninggalkan ayahanda bersama kakaknya - Mak Ndak ( skrg dah Arwah). Jam 10.00 pagi bersiap untuk bertolak balik ke KL. Rasa sedih, pilu dan sayu ketika itu. Renungan ayahanda tak berkelip mata. Ketika bersalaman dan mencium pipinya, beliau sempat lagi berpesan " Jaga diri baik2, jaga nama keluarga, jangan tinggalkan kewajipan". Tiba saat ingin melangkah keluar, ayahanda bertanya, " ada bawak balik camera". Sepatah menjawab "ada". Ayahanda minta diambil gambarnya. Mungkin sebagai kenangan akhir. Sampai saat ini, gambar itu tersimpan... tak sanggup menatap. Sedih sgt.

14hb. Nov. 2000, bonda menelefon, katanya ayahanda nampak teruk. Berjanji dengan bonda, akan pulang ke kg petang itu juga. Kakak, Suami dan anak2nya bertolak dahulu ke kg. jam 12.00tghari. Mereka menjemput Tok (ibu Bonda) di Klang untuk dibawa pulang sama ke kg. Sebelum itu, malamnya, ayahanda ada menyuarakan pada bonda, andainya dia meninggal, seorang anak ada bersama, ketika itu pun tak apa. Juga beliau ada menyuruh bonda merenung hidung dan telinganya. Katanya, dia dah tak lama lagi. Banyak lah juga pesanan-pesanan nya untuk bonda. Tapi untuk menyedapkan hati ayahanda dan hatinya sendiri, bonda berkata, tak adalah..InsyaAllah umur ayahanda masih panjang. Hari Selasa 14hb. Nov tu, dalam keadaan ayahanda begitu, bonda tidak kelam kabut. Sempat beliau telefon Pak Teh, dan sebelum tu Kak Mah dan suaminya Abg Li telah sampai kerumah setelah diberitahu oleh bonda mengenai keadaan ayahanda.

Bonda memaklumkan juga pada ayahanda, yang kakak, suami dan anak2nya dalam perjalanan. Anak kakak yang bongsu, si Faez memang rapat dgn Aki nya. Ketika itu umurnya 6 tahun. Rakan celoteh dan rajin bercerita. Sebaik ajer mereka sampai.. ayahanda mencium2 pipi sambil menggosok2 tangan cucunya itu. Dipandang, ditenung cucunya itu. Tak lama selepas itu, ayahanda menghadap PENCIPTANYA dengan wajah yang tenang. Tanggal 14 Nov. 2000 di usia 66 tahun. Ayahanda cuma tiada disisi, namun tetap di hati kami.


Mati itu adalah pasti kepada semua yang hidup. Seperti Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 28.


Bermaksud:

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

(Ayat Al Quran dan terjemahannya ini di paste dari Page Al Kauthar)


**********************************************************************************
Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula

**********************************************************************************

No comments:

Post a Comment

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...