Monday, August 10, 2009

Cendol Leman Dawi

Rancangan Majalah 3 (TV3) pada suku penggal pertama tahun ini memaparkan mengenai keistimewaan cendol Pak Leman Dawi.

Mengambil kesempatan, jalan2 cuti2 Malaysia untuk merehatkan minda, kami singgah di Warung Pak Leman Dawi, di KM11, Jalan Seremban, Sg. Gadut, Negeri Sembilan. Waktu kami sampai tu, kira-kira jam 10.45 pagi, tak berapa ada orang.

Macam-macam pilihan ada, cendol campur pulut, cendol campur kacang merah dsbnya. Kami order cendol campur jagung.



Sedang kami makan cendol tu, kedengaran suara seakan orang bermadah atau berhikayat. mengarang cerita. Rupa-rupanya Pak Leman Dawi baru sampai. Mungkin beliau dari pekan. Masa kami sampai tadi, hanya pekerja-pekerja nya saja yang ada.


Selepas habis berhikayat, Pak Leman Dawi datang ke setiap meja untuk bertegur sapa dgn pelanggannya. Yang menariknya, di warung Pak Leman Dawi ni, kita boleh tambah cendol tanpa dikenakan bayaran. Bekas cendol utk tambah, diletakkan di atas setiap meja.

Murah rezeki Pak Leman Dawi ni. Apa yang dapat kami lihat, pelanggannya tak putus datang walaupun pada hari bekerja. Syabas Pak Leman Dawi.




No comments:

Post a Comment

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...