Sunday, August 2, 2009

Geylang Kopitiam - USJ9

1st Ogos 2009 - 9.45pm - 10.30pm
Geylang Kopitiam, USJ 9

Malam minggu ni, ke Geylang Kopitiam kat USJ9. Teringin nak mencuba makanan special Singapore. Sebenarnya kat USJ 9 ni memang banyak pilihan tempat makan yg menarik spt, Pizza Vs Satay, Restoran Victory (Arab Street), Ayam Penyet dsbnya.

Kacang Phool

Tauhu Telur Sambal Kicap

Inilah makanan yang di order. Kacang Phool dan juga Tauhu Telur Sambal Kicap. Kacang Phool tu adalah sejenis kuah dimana diletakkan telur goreng diatasnya, kemudian dicampur dgn accessories spt tomato dipotong kiub, bawang besar dipotong kiub, cili padi dan daun pudina. Roti ada 3 keping. Roti tu dicicah lah dgn kacang phool tadi. Simple tapi sedap.. Yang tak bestnya...cuma 3 keping ajer roti yg diberi. Kami mintak tambah roti lagi 2 keping...tapi sampai akhirnya..roti tu tak sampai2. Hehehe... Kesiannn... ada yg makan kuah tu ajer bila roti dah abiss...

Tauhu Telur ni pulak dicicah dengan sambal kicap. Suapan pertama, kedua dan ketiga memang sedap.. Tapi cepat muaklah... Kalau order tauhu telur ni, sorang makan memang tak abis. Dua orang makan pun tak abis jugak.. Hehehe...

Fresh Orange & Apple Juice

Air Bandung Jagung

Air macam biasa, tak ada lah yang specialnya pun. Order Apple Juice dan Fresh Orange @ Press Orange??? Bila dah order apple juice dan fresh orange tu... ternampak lah pulak waiter tu bawak sejenis minuman yg nampak menarik ajer. Hmmmm... ada orang tu terliur tengok..... Panggil waiter tu, tanya "air apa tu?" Order 1 lagi yer... Air Bandung Jagung namanya.

No comments:

Post a Comment

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...