Saturday, October 3, 2009

7 Syawal 1430 : Indahnya Syawal di Bukit Larut @ Maxwell Hill

26 September 2009n (Sabtu)
(Bersamaan 7 Syawal 1430 Hijrah)
Destinasi : Bukit Larut @ Maxwell, Taiping

Plan ke Bukit Larut ni taklah dirancang awal. Cuma pada hari ke 4 Syawal, baru plan. Itupun selepas kunjungan ke Night Safari Zoo, di Taiping pada malam hari tersebut. Mengikut perancangan yang dibuat, kami akan keluar rumah selepas solat Subuh. Maksudnya dalam pukul 6.30am, keluar dari rumah. Nak rebut lah tiket. Sebabnya kami difahamkan , setiap kali Cuti Kelepasan Am, Bukit Larut ni memang sesak dengan pengunjung.

Huhuhuhu.... tanpa diduga..tanpa dipinta.. plan utk naik ke Bukit Larut terpaksa dipinda waktunya. Aduhai oo Aduhai... Laptob kesayangan ku tertinggal pulak di Laguna, Merbok. Nasib baik, adik Fuzah yang balik ke KL pada hari ini, tolong bawak kan laptob tu. Janji berjumpa dengan dia di R&R Bukit Merah.

Kami tiba di kaki Bukit Larut jam 7.30am. Terus ke kaunter tiket. Tiket jam 9.00am masih ada. Nak beli pun, takut tak sempat naik, sebabnya kami akan ke R&R Bukit Merah utk ambil laptob dulu. Hari ni memang puas dengar lecture demi lecture dek kealpaan ku tertinggal laptob di Laguna. Nak buat camner, terlupa...... hmmmm....Tak sengaja pun nak tinggalkan... Rasa cam nak merajuk pun ada, geram pun ada bila dgr lecture tu..

Pejabat & Kaunter Tiket

Selamat Datang ke Bukit Larut

Di kaki Bukit Larut


Ke Bukit Merah, melalui Jln Kamunting, Changkat Larah, Jln Kerian dan Gunung Semanggol

8.15am, bergegas kami ke R&R Bukit Merah, setelah dapat call dari Auntie CT bahawa adik Fuzah dah bertolak jam 8.00am tadi. Dalam 15minit, kami sampai di R&R tersebut. Nak tutup mulut tu dari terus bagi lecture, belikan seketul Pau Inti Daging dan sebotol air Mineral. Diam lah kejap. Adik Fuzah sampai R&R Bukit Merah jam 8.40am.

Jip yg membawa pengunjung naik ke Bkt Larut

Dah ambik laptob, kami kembali ke kaki Bukit Larut. Terus ke kaunter tiket sekali lagi. Alhamdulilah, tak ramai orang hari ni. Kami dapat tiket naik jam 11.00am. Harga tiket adalah RM6.00 seorang untuk perjalanan pergi dan balik. Waktu ambik tiket naik, kami dimaklumkan bahawa tiket utk turun nanti adalah jam 2.00pm. Ayoyo...lamanya kami akan berada di Puncak Bukit. Tapi yer lah nak turun jalankaki pun bukannya kejap.. Ambik masa 3 jam juga. Kata sorang tu " Turun nanti, kita jalan kaki lah, tak kuasa nak dok atas sampai kul 2". Jawabku "Tanak lah.... bukannya dekat..." Katanya lagi " nak turun jalankaki gak...alah bknnya jauh pun...1 jam jer.. U tanak turun, tunggu lah kul 2". Hmmmm.... degil lah pulak... nak turun jalankaki....agaknya dia fikir 1 jam leh sampai kut... Bila dii tanya beberapa orang pemandu jip, berapa jam dari puncak ke kaki bukit....haaaaa amik....3 jam baru sampai... Terdiam lak dia.

Unik pokok ni

Lamanya nak tunggu pukul 11am. Apalagi snap sana sini lah. Ada orang tu sampai terlena kat kerusi batu berhampiran kaunter tiket. Ngantuk sangatlah tu... Jeng..jeng..jeng.... masanya pun tiba... 2 buah jip naik sekali gus jam 11.00am. Kami berdua ditempatkan dalam satu jip bersama sepasang suami isteri dgn 5 orang anak kecil serta satu couple. Jalan naik keatas, curam, dan berbelok-belok... Wowww....disini kecekapan pemandu jip memang patut dipuji. Pemandu jip kami adalah Bro Janggut yg sporting dan handsome. 30minit mengharungi perjalanan yang berliku, kami selamat tiba di atas, di ketinggian 1036m.

Signboard Bukit Larut di ketinggian 1036

Pemandangan dari atas Bukit Larut

Dari atas Bkt Larut, jelas kelihatan Muara Kuala Sepetang dan juga Kuala Gula. Juga tak ketinggalan Selat Melaka. Sekiranya cuaca baik dan cerah, Bandar Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor juga akan kelihatan.

Udara nyaman terasa bila berada di atas. Tak lah sejuk sangat. Tapi menyegarkan. Bau harum bunga-bungaan hutan sekali sekala dapat dihidu. Indah...Tenang dan Mengasyikkan...

Pokok Pakis yang merimbun

Menikmati keindahan alam flora & fauna

Lebih kurang 30 minit, berada di sekitar tempat terakhir jip menurunkan penumpang... kami mengatur langkah untuk naik ke satu level lagi iaitu ke tempat penanaman bunga tulip. Mr. AA berjalan laju ajer mendaki bukit. Hehehehe... tak sampai separuh jalan pun...hmmm berpatah balik.... Katanya.... "tanak lah naik atas" . Ehem..ehem...takut pancit ke?? Dah dia berpatah balik...ikut jugak lah berpatah balik. Sampai kat tempat mula2 kami turun jip tadi... Bro Janggut ajak kami naik jip, sebab dia nak ke atas. Apalagi peluang baik ni... Tak perlu mendaki... Dalam masa 5 minit saja...kami dah sampai ke Cendana Hut...iaitu rumah peranginan paling atas di Bukit Larut. Kat sini, suhu lebih sejuk lagi. Terasa segar dan nyaman bila berada disini. Bestt.. Bro Janggut pun sempat mengusik, masa kami kat sini.

Leka seketika menikmati keindahan flora dan fauna disini sambil menyedut udara segar. Cuma malangnya, kami tak dapat tengok bunga tulip sebab musim berbunganya adalah pada bulan Disember nanti.

Santai di Cendana Hut Cafe



Berada lebih kurang 30 minit di sekitar Rumah Peranginan Cendana, kami mula menapak turun ke bawah, iaitu ke tempat perhentian jip. Sambil berjalan turun, kami berhenti jugak untuk snap gambar2 yg menarik. Tak terasa penat pun. Sebab cuacanya sejuk, segar dan nyaman.

Dek kerana waktu awal lagi, kami masih punya banyak masa. Ya lah kan.... tiket untuk kami turun adalah jam 2.00pm... Kami mengambil kesempatan utk ke Jambatan gantung dan Menara tinjau. Jambatan gantung dan Menara Tinjau ni kedudukannya lebih kurang 300m ke bawah daripada tempat perhentian terakhir jip penumpang. Masa menuruni bukit tu ok lah laju jer.


Suasana Indah di Bkt Larut

Sekejap ajer kami kat sini, sebab kami mengharapkan agar dapat turun jam 1.00pm sekiranya ada tempat kosong pada jip yg akan turun jam 1.00pm. Oleh sebab tu kami perlu berada menunggu di perhentian tersebut sebelum jam 1.00pm. Hanya 2 buah jip sahaja yg akan turun pada setiap masa yg telah dijadualkan.

Kami agak hampa, apabila melihat kedua-dua jip tersebut telah penuh dengan pelancong2 dari Singapore yang telah membuat tempahan lebih awal. Kesemua mereka telah naik sehari lebih awal dan bermalam di atas Bkt Larut.

Kelihatan dari kejauhan, kenderaan yg membawa kami turun

Alhamdulillah, rezeki kami, kami diajak oleh seorang Pegawai Pengurusan Bkt Larut iaitu En. Zailani untuk naik kenderaan pacuan 4 rodanya. Jutaan terima kasih kepada beliau (En. Zailani) kerana sudi mengajak kami. Akhirnya, harapan kami untuk turun dari Bkt Larut jam 1.00pm tercapai..

Nak tahu kenapa kami beriya2 nak turun pukul 1.00pm?? Sebabnya :

1. Lapar (pagi cuma breakfast air mineral & seketul kueh pau shj)
2. Teringat Bonda masak ketam + nenas, sambal udang petai utk hidangan tengahari.
3. Ada agenda lain disebelah petang.


1 comment:

  1. wah.... seronok, sok nk pegi bukit larut buat pertama kali... smg d permudahkan sgalanya..

    ReplyDelete

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...