Monday, October 5, 2009

14 Syawal - Pulang lagi ke Kg.

03/10/2009 (Sabtu)
Bersamaan 14 Syawal 1430 Hijrah)

Jam 7.00pagi, bertolak ke kampung untuk menghantar Bonda. Beliau berada di KL sejak hari Isnin (28/09/2009). Tak lama dia datang, cuma 5 hari saja. Bertolak awal, tapi sampai ke rumah di kampung waktu petang. Banyak tempat singgah. Mula-mula singgah di Nursery Sungai Buloh. Beli pokok bunga dan anak pokok Mangga Madu. Selepas tu, singgah pulak di Rawang berhampiran Plaza Toll untuk ambil barang dari seorang kawan. Kemudian, breakfast di R& R Rawang.

Dalam perjalanan, kejap cuaca elok, kejap hujan. Beberapa kali singgah di Hentian Rehat. Entah kenapa, hari ni mengantuk lah pulak. Hehehe... Semalam lewat tidor.

Singgah kejap di Hentian Rehat Bukit Gantang, beli buah-buahan. Exit dari Highway PLUS jam 1.00pm. Terus pergi beraya ke rumah Kak Mah/Abg Li. Cuti Raya minggu lepas tak sempat pegi. Sibuk dan banyak sangat aktiviti. Pukul 3.30pm, balik ke rumah.

Sebelah petang, keluar lagi, ke Bukit Merah. Nak cari belut. Hehehehe.... Nak buat apa eh belut tu??? Ehemm...ehemmm... Alahai... tak banyak pulak belut ada... Cuma 2 ekor jer lah dpt. Waktu balik tu sempat singgah kejap kat tepi Tasik Bukit Merah ni..


Banyak keistimewaan dan kegunaannyaTasik Bukit Merah ni. Selain daripada menjadi pusat takungan bekalan air kepada kawasan pertanian dan penduduk di Perak Utara, terutamanya Daerah Krian, ia juga adalah merupakan tempat Ikan Arowarna yang paling baik dan tinggi kualitinya di dunia boleh didapati disini.









No comments:

Post a Comment

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...