Thursday, December 17, 2009

Di petang minggu ni... Kemana kita??

13hb December 2009

Johny's, Summit, USJ:

2.30pm - Ke Johny's Summit. Makan steamboat ... Perut pun dah berbunyi-bunyi dah ni. Pagi tadi cuma minum susu, dan makan roti bakar je sekeping. Lepas tu... makan buah pear apple jer. Order Ala Cart... Kalau order yang set punya... nanti ada yang kita tak suka lak. Antara yg di order, Asparagus...

Tapi bila order sampai jer... nampak ler satu container ni... besar2 lah pulak asparagus ni.. Seorang tu tanya... "knp asparagus camni" Lantas, I jawab... "di potong hujung nya lah tu." Pastu dia pun ambik sebatang rasa.... "hah daun bawang ler" katanya... hehehe "oh ye ke" Ambik gak sebatang.... memang sah daun bawang.... Apa daaaa... depa ni tak kenai ka asparagus dgn daun bawang..... Ishhhh..ishhh...ishhh.

Panggil waiter tu...ckp kita nak asparagus bknya daun bawang... Kejap tu...datang seorang yang lain...hantar 1 container 'asparagus'. Kami berpandangan sesama sendiri. Ler ...kenapa asparagus ni warna putih lak.... di buat jeruk ke? sampai jadi warna camtu...

Bila di masukkan sekali, dan ambik rasa....hmmmm sejenis mushroom lah... Pak Pandir tul depa ni... Camne leh keje situ... Asparagus pun tak kenal.. Tapi dah malas dah nak complaint...dan tukar lagi... Kang tak pasal2 di bawaknya Sugus .

Steamboat

Tambahan order, Meehoon Goreng. Drinks : Soursop Juice.

Meehoon Goreng

Destinasi seterusnya ke Pantai Kelanang di Banting. Melalui Federal Highway, seterusnya Bandar Klang.. Teluk Panglima Garang...Jenjarom, Banting...kami mengikut papantanda arah ke Morib. Jauh juga tempatnya. Pantai Kelanang sebuah tempat perkelahan yang agak baru juga. Berdekatan dengan Pantai Morib.

Pantai Kelanang:

Petang di Pantai Kelanang

Pengunjung beriadah di Pantai Kelanang

Aktiviti di Pantai Kelanang

Langit indah di Pantai Kelanang

Langit indah di Pantai Kelanang

Menikmati suasana petang di Pantai Kelanang

Langit petang

Senja indah di Pantai Kelanang

Sekeluarga menikmati sunset di pantai

Dari Pantai Kelanang, kami menuju ke Pantai Morib. Sebelum tu dikhabarkan oleh seorang teman, Pantai Morib skrg ni ditutup sementara utk penambahbaikan. Saja nak tengok camne keadaannya. Oo memang sebahagian dari kawasannya berpagar dan ditutup utk orang ramai. Tetapi masih ada lagi sebahagian kawasan yang boleh digunakan sebagai tempat beriadah bersama keluarga. Cantik Pantai Morib sekarang.. Dulu pernah sekali pegi , ikut my auntie sekeluarga. Memang dah lama sangat dah. Banyak berubah.

Di Morib :

Aktiviti keluarga di hujung minggu

berbicara tentang masa depan

digigi air

mentari di kaki langit

Menjelang maghrib, kami beredar meninggalkan Pantai Morib. Kedengaran suara azan dari Masjid yang kedudukannya diseberang jalan Pantai tu jer. Keluar dari pantai, kami terus ke masjid. Beberapa keluarga yang turut berada di pantai tadi pun tiba sama dengan kami. Senang lah kalau nak berpicnic di situ. Masjid dekat sangat.

Dalam perjalanan balik, sempat lagi tu singgah makan di Restoran Faizal. Kedudukannya lebihkurang 1 km jer dari masjid tadi. Tengok banyak kereta parking di bahu jalan. Kami try lah nak rasa makanan kat situ.

Kereta parking di bahu jalan

Restoran Faizal

Tak tahu lah kenapa....lapar sangat ke...atau kelam kabut melintas jalan... sampai 'orang tu' tersepak ulaq kering. Baca betul2 yer....ulaq kering bkn ikan kering. Kesian ulaq tu. dah ler mati di gilis dijalan raya... terjemur kering lak....pastu disepak lagi... Aduhai nasib mu ulaq kering...


Sekian....catatan perjalanan di hari minggu...





No comments:

Post a Comment

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...