(11 Zulhijjah 1430)
Sempena cuti Aidil Adha baru-baru ni, kami ke Pulau Aman di Seberang Perai Selatan. Bertolak dari rumah kira-kira jam 8.30am. Memasuki Plaza Toll Bukit Merah, 10 minit sebelum jam 9.00am. Melalui lebuhraya, kami menuju ke utara dan Exit 158 di Bukit Tambun Interchange. Dari plaza toll berkenaan, kami hanya berpandukan arah papantanda "Jeti Pulau Aman". Tiba di Jeti Batu Kawan kira-kira 9.30am.
Dari jauh (dari atas bukit lagi), kelihatan dua buah pulau tersergam indah. Hmmm....tak sabar rasanya nak parking kereta. Pulau Aman ke tu??
Tiket boat ke Pulau Aman ialah RM6.00 seorang utk perjalanan pergi dan balik.
Dalam boat ke Pulau Aman
Pulau Aman dilihat dari laut
Chakkkk..... kita dah sampai ke Pulau Aman
Terdapat lebih kurang 50 keluarga menetap di Pulau Aman Mata pencarian utama disini ialah sebagai nelayan. Menurut seorang penduduk yang sempat kami berbual, laut disekeliling dan persekitaran Pulau Aman memang kaya dengan hasil laut seperti Bawal, Kerapu dsbnya.
Sekolah Kebangsaan Pulau Aman
Bangunan 3 tingkat yg kelihatan
ialah Sekolah Kebangsaan Pulau Aman
"tengok... kita kat sini skrg"
Peta Pulau Aman
Pulau Aman dilihat dari laut
Chakkkk..... kita dah sampai ke Pulau Aman
Kira-kira 15-20 minit dah sampai ke Pulau Aman. Di Pulau ini terdapat beberapa kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air, sekolah, dewan serbaguna, kedai runcit dsbya. Bekalan elektrik dan bekalan air ke sini dibekalkan melalui kabel dan paip dasar laut. Pondok Polis?? Oo..oo Pondok Polis tak ada diPulau ini.. Sebabnya? Sebabbbb...Pulau ni kan namanya Pulau AMAN. Jadi aman damai lah disini...
Terdapat lebih kurang 50 keluarga menetap di Pulau Aman Mata pencarian utama disini ialah sebagai nelayan. Menurut seorang penduduk yang sempat kami berbual, laut disekeliling dan persekitaran Pulau Aman memang kaya dengan hasil laut seperti Bawal, Kerapu dsbnya.
Bangunan 3 tingkat yg kelihatan
ialah Sekolah Kebangsaan Pulau Aman
Sekolah Kebangsaan Pulau Aman mempunyai blok bangunan 3 tingkat dan juga blok kantin. Di sekolah ini terdapat seramai 45 orang pelajar dengan 10 orang guru. Jabatan Pendidikan ada menyediakan boat khas dengan pemandu sebagai kemudahan kepada beberapa orang guru yang berulang alik dari tanah besar ke Pulau ini setiap hari.
"tengok... kita kat sini skrg"
Peta Pulau Aman
Bersebelahan Pulau Aman ialah Pulau Gedong. Kedua-dua pulau ini cuma terpisah kurang dari 1 km antara satu sama lain. Hanya di Pulau Aman sahaja mempunyai penduduk.
Menikmati keindahan di Pulau Aman
Keluar mencari rezeki
Gambar di atas ialah seorang remaja berusia 14 tahun, penduduk tempatan menaiki boat untuk menangkap ikan di persekitaran Pulau Aman. Maklumlah cuti persekolahan penggal. Begitu cekap sekali beliau mengendalikan boat.
Our frenz dari Penang - cari siput..
Dari jauh, kami tengok ramai yang terkuis-kuis pasir ditepi pantai. Terfikir...apalah yang mereka buat ni.. Tak kan nak buat sand castle kut.... hehehe pasir tak cantik lah... Buat busy body, pegi hampiri mereka. Ooo..oo rupanya mereka cari siput. Siput ni boleh dimakan...dan sedap kata mereka. Alahai ...tak ingat lah nama siput tu....
Pemandangan di Pulau Aman
Pemandangan di Pulau Aman
Pemandangan di Pulau Aman
Setelah berada selama 2 jam di Pulau Aman, perut pun terasa lapar balik. Hehehe... kami pun menuju ke Restoran Terapung di Pulau Aman ni.
Mee Udang Pulau Aman
Kami makan mee udang. Sedap lah juga. Oleh kerana waktu tu dah tengahari, restoran memang penuh sesak dengan pengunjung.
Lagi perkampungan nelayan di Pulau Aman
Sumber pendapatan lain di Pulau Aman ialah dengan perusahaan membuat belacan, kerepek2 dsbnya.
Belacan Pulau Aman
Jetty di Pulau Aman
Bye-bye Pulau Aman
12.00tengahari, menuju ke Jetty untuk balik ke tanah besar. Seronok sebenarnya berada di pulau ni. Tenang dan pemandangannya mengasyikkan... Kehijauan bukit bukau...kebiruan air laut....
Jetty di Pulau Aman
Bye-bye Pulau Aman
2nd Activities
Balik dari Pulau Aman, kami terus ke Taiping. Singgah solat Zohor di Masjid Kg. Jambu. Dari situ, kami menyusuri pula kawasan perumahan di Kg. Jambu. Ada yang nak cari rumah kawannya, di Jalan Nangka, Kg. Jambu. Jumpa.
Perut pun dah terasa lapar balik. Kami singgah di Doli - Kuewtiau Goreng. . Amboiiii...ramai nya orang. Penuh meja semua. Tertinjau-tinjau juga dari luar, kut-kut ada yang sudah habis makan dan bangun nak keluar.
Kelakar pun ada... nampak ajer orang tolak kerusi nak bangun... terus terpa masuk. Sampai macam tu sekali, nak makan kat Doli ni. Apalah yang specialnya kat Doli ni yer.. Sana sini, orang cakap kat Doli ni kuewtiau nya sedap. Kat internet pun reviews pasal Doli ni pun banyak. Teringin lah juga nak cuba.

Suasana dalam Doli Restaurant.
Kuewtiau Goreng Special
Kat Doli ni, macam-macam jenis kuewtiau ada. Kuewtiau Sup, Kuewtiau Goreng Biasa, Kuewtiau Goreng Special dsbnya. Kami order Kuewtiau Goreng Special.
Lamanya masa menunggu. 45 minit. Kalau ada sesiapa yang sanggup menunggu 45 minit, boleh lah datang makan kat sini. Sedap lah juga kuewtiau ni. Tapi sedap lagi kuewtiau kat Kokopeli kut :)
Lamanya masa menunggu. 45 minit. Kalau ada sesiapa yang sanggup menunggu 45 minit, boleh lah datang makan kat sini. Sedap lah juga kuewtiau ni. Tapi sedap lagi kuewtiau kat Kokopeli kut :)
Kuewtiau Goreng Special
Dari Doli, kami ke kaki Bukit Larut. Tengok swimming pool yang pertama di Malaysia menggunakan air dari bukit. Ramainya orang. Tak sanggup rasanya nak join kat swimming pool tu. Sekejap ajer kami kat sini. Hujan turun dengan lebatnya.
Selepas tu ke Changkat Jering pula. Ke Pekan sehari. Kat pekan sehari ni memang best. Macam2 ada. Makanan, pakaian, ikan kering, ikan bilis, lokan, pekasam, ulam-ulaman, pisau belati, golok semuanya ada lah.. Tak tersenarai. Lepas beli satay, pecal dan petai, kami pun balik ke rumah dalam keadaan hujan yang sangat lebat.

(Pics taken by Mr. AA)
Depa carik kepah lah :P
ReplyDeleteOo itu kepah eh.... mana la chek kenai... :P:P
ReplyDeletecomel tuan tanah, leh kenal2
ReplyDeleteBleh no prob. Kasi ler email, hp no, alamat umah, dan biodata sekali eh...
ReplyDelete