Setiap hari, berhubung dengan bonda di kg melalui HP. Tapi minggu ni, hati tak tenteram kerana mendapat khabar bonda yang tak berapa sihat. Alhamdulillah, Makcik CT ( adik bonda) menemankan bonda sepanjang minggu ini. Terima kasih Makcik. Makcik lah membawa bonda ke klinik untuk pemeriksaan. Doktor menasihatkan supaya dibuat pemeriksaan rapi di Hospital Besar Taiping. Kerana Dr. menyangkakan bonda ada masalah dengan jantung. Dari klinik, makcik terus berkejar ke Hospital. Beberapa pemeriksaan terhadap bonda dilakukan. Akan tetapi selepas jam 8.oopm, bonda dibenarkan pulang. Keadaan beliau masih sama juga. Pihak hospital meminta supaya bonda dibawa semula ke Pusat Kesihatan pada hari Isnin dan mengambil ubat disana. Makcik membawa bonda ke Pusat Kesihatan pada hari Isnin, dan kemudiannya pada hari Selasa ke Hospital Besar Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan susulan. Namun begitu, ada yang menasihatkan supaya bonda dibawa juga untuk mendapatkan rawatan tradisional.
Bonda tidak mempunyai masalah dengan jantung, juga bebas dari kencing manis dan darah tinggi. Akan tetapi keadaan kaki nya yang bengkak dari paras betis ke ke peha membuat dirinya merasa sakit yang amat. Sehinggakan untuk berjalan dari ruang dapur ke ruang tamu pun bonda tercungap-cungap kepenatan dan mengalami seakan sesak nafas.
Dalam keadaan begitu, sempat juga menghubungi Ustazah M. Dari jauh, beliau menasihatkan supaya bonda dibawa mendapat rawatan daripada sesiapa yang pandai mengurut bagi membuang bisa di kaki. Menurut beliau, bisa yang ada itu ada kaitannya dengan sesak nafas. Lepas bagitau Makcik dan Bonda tentang nasihat tersebut, Makcik membawa Bonda mengurut dengan seorang Bidan. Nampaknya kaki bonda susut sedikit bengkaknya. Tapi, kalau berjalan dari ruang dapur ke ruang tamu masih tercungap. Dan kakinya masih sakit dan kemerah-merahan.
Lepas berbincang dengan Makcik, Kakak dan Bonda, ambil keputusan untuk membawa Bonda mendapat rawatan urutan dengan Ustazah M. Hari Jumaat, adik Fuzah menjemput Bonda di kampung dan membawa Bonda datang ke Kuala Lumpur.
Hari Sabtu 18hb. July 2009, ada test. Jadi hari ni tak boleh lah ponteng class. Habis 1st session, 10.15 am terus keluar. Kakak menghantar Bonda sehingga ke Astro. Jemput Bonda disitu, dan terus bertolak ke Pasir Gudang, Johor pada jam 11.15 pagi.
Bermula perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke selatan dengan satu niat membawa bonda tersayang untuk mendapat rawatan dan ingin melihat bonda pulih, cergas, ceria seperti sediakala.
Berhenti di R &R Seremban untuk sarapan, makan dalam kereta jer, memandangkan bonda tak berdaya untuk turun. Isi minyak full tank juga di R & R Seremban. Hari ni, kereta agak banyak di Highway. Maklumlah hari Sabtu.
Meneruskan perjalanan, tak de lah laju sgt, dlm 110 - 120 km/j ajer. Bila agak keletihan, mula lah turun 80-90 km/j. Setelah beberapa ketika perjalanan, bonda minta berhenti di Hentian Rehat Tangkak. Nak rehat jap katanya. Kelihatan wajah bonda keletihan dan menahan kesakitan. Sayu dan hiba hati ini. Namun begitu dipendamkan agar tidak terimbas dipandangan bonda. Sedaya upaya menyorokkan keletihan. Bonda meminta izin untuk duduk dibelakang. Selepas berehat seketika, meneruskan lagi perjalanan.
2.15pm, berhenti untuk menunaikan solat di R & R Pagoh. Cuaca ketika itu sangat panas. Melihat keadaan bonda, tak berselera nak makan walaupun perut kelaparan. Selepas berhenti 30 minit, kami meneruskan perjalanan lagi. Setiba di Machap, hujan turun dengan lebatnya. Terpaksa memperlahankan kenderaan. Jarak penglihatan terbatas. Permukaan jalan licin. Berdoa dalam hati semoga perjalanan ini dipermudahkan oleh NYA.
2.15pm, berhenti untuk menunaikan solat di R & R Pagoh. Cuaca ketika itu sangat panas. Melihat keadaan bonda, tak berselera nak makan walaupun perut kelaparan. Selepas berhenti 30 minit, kami meneruskan perjalanan lagi. Setiba di Machap, hujan turun dengan lebatnya. Terpaksa memperlahankan kenderaan. Jarak penglihatan terbatas. Permukaan jalan licin. Berdoa dalam hati semoga perjalanan ini dipermudahkan oleh NYA.
Ketika Exit di Skudai, hujan pun reda. Memasuki lebuhraya Pasir Gudang, sekali lagi, di uji kesabaran oleh NYA. Waktu ketika itu jam 5.00pm. Jalanraya terlalu sesak.
Akhirnya selamat tiba di rumah Ustazah tepat jam 5.30pm. Ustazah mengurut kaki Bonda untuk membuang bisa dan air bisa. Juga ustazah mengurut dada, bahu dan belakang bonda. Sessi rawatan berakhir menjelang waktu maghrib. Kami menumpang solat Maghrib di rumah Ustazah. Bergerak keluar jam 8.00 pm. Check in di Rose Cottage jam 8.30pm. Ketika itu hujan sekali lagi turun dengan lebat.
Sudut Bacaan
Rose Cottage merupakan sebuah budget accommodation. Di kawasan Kota Masai ini hanya ada 2 tempat penginapan sahaja. Satu lagi ialah TL Hotel. Walaupun ia merupakan budget accommodation, tetapi susun atur dan hiasan dalamannya adalah berkonsepkan hiasan ala Inggeris. Ianya juga turut dilengkapkan dengan kemudahan WiFi.
Setelah check in, dan membersihkan diri, kami berehat sebentar di bilik. Bonda agaknya baru terasa lapar, terus mengajak turun makan. Sebelum ini, beliau tak ada selera untuk makan.
Tanpa disedari bonda, anakanda nya ini melihat ada perubahan pada diri bonda selepas mendapat rawatan. Beliau nampak cergas menuruni tangga, dan apabila sampai di bawah, masih boleh tersenyum. Tak kelihatan pulak tercungap-cungap tu, berbanding dengan masa kami datang tadi dan berhenti di R & R. Untuk berjalan dari kereta ke Surau yang berdekatan, jelas pucat muka beliau dan nafas yang tersekat2. Oo oo...utk makluman, bilik kami terletak di 2nd Floor.
Bonda order nasi dan sup campur. Sementara anakanda nya order kuewtiau goreng. Lepas tu, bonda terasa nak makan tauhu bakar pulak. Kami order 2 keping tauhu bakar. Agaknya dah ada selera lah tu. Yer lah...air bisa dah dikeluarkan.... dan sakitnya dah tak terasa sangat.
Malam tu, selepas berborak sekejap, kami terlena keletihan. Keesokkannya, secara kebetulan pula, kami sama-sama terjaga jam 4.00 am.
Seawal jam 7.30 am, kami check out. Perjalanan yang akan kami lalui hari ni agak jauh. Jadi, kenalah keluar awal. Cuaca pagi ni, agak mendung. Suasana di Kota Masai pun suram ajer pagi ni. Seronok jer drive Setelah memasuki lebuhraya Pasir Gudang, keadaannya masih lengang.
Malam tu, selepas berborak sekejap, kami terlena keletihan. Keesokkannya, secara kebetulan pula, kami sama-sama terjaga jam 4.00 am.
Seawal jam 7.30 am, kami check out. Perjalanan yang akan kami lalui hari ni agak jauh. Jadi, kenalah keluar awal. Cuaca pagi ni, agak mendung. Suasana di Kota Masai pun suram ajer pagi ni. Seronok jer drive Setelah memasuki lebuhraya Pasir Gudang, keadaannya masih lengang.
8.30am, mula masuk ke PLUS Highway. Kemudian berhenti untuk sarapan pagi di R & R Machap. Makan mee bandung dan bonda makan nasi lemak. Sambung perjalanan lagi, kemudian berhenti di R & R Ayer Keroh Melaka (Restoran Jejantas). Bonda nak beli dodol, dan kerepek2 untuk dibawa pulang ke kg. Sempat lelapkan mata kejap. Nak makan pun, terasa kenyang lagi.
Kami meneruskan perjalanan lagi, dan kemudiannya berhenti di R & R Sg. Buloh (Restoran Jejantas) untuk makan tengahari dan solat. Sempat rehat dan baring luruskan badan kejap. Kaki pun macam nak cramp jer. Hehehe...Sabar.... Masa melewati Hospital Sg. Buloh, dpt mesej dari seseorang " Sampai?" dan reply " Sg. Buloh". Kemudian ditanya " Pesal Sg. Buluh?" Agaknya dia pelik, sebab dari JB knp di Sg. Buloh pulak. Knp tak singgah ajer di KL. Hmmm...kalau nak dihuraikan...panjang ceritanya...
Kami meneruskan perjalanan lagi, dan kemudiannya berhenti di R & R Sg. Buloh (Restoran Jejantas) untuk makan tengahari dan solat. Sempat rehat dan baring luruskan badan kejap. Kaki pun macam nak cramp jer. Hehehe...Sabar.... Masa melewati Hospital Sg. Buloh, dpt mesej dari seseorang " Sampai?" dan reply " Sg. Buloh". Kemudian ditanya " Pesal Sg. Buluh?" Agaknya dia pelik, sebab dari JB knp di Sg. Buloh pulak. Knp tak singgah ajer di KL. Hmmm...kalau nak dihuraikan...panjang ceritanya...
Selamat tiba di kg, ketika mentari jingga di ufuk timur... Chewahhhh.. Kira-kira jam 6.45 pm gitu. Sempat snap gambar plak tu... Rasa seronok sampai di kg. Melihat padi yang kuning keemasan dah hampir masak. Tenang dan damai jer..
Sawah padi bonda
Pusing-pusing keliling rumah, sambil snap sana sini. Nak hilangkan kepenatan, seharian memandu dari selatan ke utara. Syukur alhamdulillah selamat jua tiba.
Seawal jam 6.50am, 20/07/2009, bertolak dari kg utk pulang ke Kuala Lumpur. Hajat dihati, supaya sampai awal dan sempat masuk kerja separuh hari.
Selamat tiba di Kuala Lumpur jam 11.50 am. Meter kenderaan menunjukkan jarak perjalanan yang dilalui sepanjang 3 hari bermula dari 18 July 2009 - 20 July 2009 ialah 1,430 km. Hmmmm kalau diikut dengan jarak km tersebut, melebihi jarak sehala dari Kuala Lumpur ke Bangkok (1,110km). Hajat hati untuk masuk kerja separuh hari terpaksa dilupakan... setibanya dirumah, keletihan diri tak dapat dibendung... tergolek, terlena kat sofa ajer. Hmmmm 'emergency leave' lah hari ni.
No comments:
Post a Comment