Thursday, July 2, 2009

Jalan-Jalan Cari Jalan Sambil Makan

Hari ni saja ambik cuti, sebab nak gi servis kereta. Jam 8.45am dah keluar rumah, macam orang nak pegi keje lah plak. Bukannya jauh pun workshop tu. 5 min. dah sampai. Angan2 tu, lepas siap servis kete, nak pegi ler merayap berwindow soping. Seronok sebenarnya, bila dapat merayap pada hari orang lain bekerja.. Tapi ntah macam mana....sambil tunggu kete tu siap, mengantuk lah plak. Aduhaiiiiii camner ni... 10.00am, kete dah siap pun servis. Nampak gayanya, dalam keadaan mcm ni, kena lah balik rumah dulu, lelapkan mata jap..

10.15am, dpt sms dari 016 268...... : " Jom lunch kat Saba' Putrajaya'". Aiksss.. penghantar mesej ni tak keje ker hari ni. Reply " Nk gi kul brp". 016 268....... : " MC ni, kul 11 ker?" Hmmm sempat lah lelap mata jap. Dari UK ke SK ni pun memakan masa 30 min. gak kalau jalan tak sesak. 12.20pm sampai. Perati tengok, tak nampak pun macam orang sakit. Camne leh dapat MC nii ... Hmmmmmm musykil....musykil.... Kata nya plak..." hari ni kita cuti-cuti m'sia, jalan-jalan" :P:P

Maka bermula lah episod, Jalan-jalan Cari Jalan, sebab nak makan. Saba' ni lokasinya kat Cyberjaya. Middle eastern restaurant. Baca review kat blog, ramai yang kata sedap kat Saba' ni. Oleh kerana, dua-dua tak berapa familiar di area Cyberjaya ni, maka main redah ajer lah....sambil mata melilau tgk signboard. Landmarknya, terminal bas Cyberjaya. Saba' ni berada di new shop lot, opposite terminal bas.

Masa kami sampai tu, jam 1.20pm. Ramainya orang. Kat dalam dan luar restaurant penuh sesak. Yer lah kan...waktu lunch break utk staff private & gomen.

Sementara menunggu reda, kami ambik keputusan ke masjid dulu. Dua kali pusing tak jumpa pulak masjid. Berpatah balik ke Saba' untuk makan tengahari dulu. Kesiannnn.... ada yang lapar sebab tak sempat breakfast tadi. Kang ada yang pengsan lak....

Order, Lamb Kabsah with Rice, Chicken Tikka + Pita Bread.


Bavaria - non alcoholic drink (flavor peach).

Saba' ni memang tak putus dengan pengunjung. Masa kami balik tu pun, masih ramai orang. Berdekatan dengan dengan Saba' ni, ada juga Middle Eastern restaurant yang lain seperti Al Jazeera dan satu lagi tak ingat namanya. Tapi tumpuan pengunjung lebih ke Saba'. Bagi kami, makanan kat Saba' biasa-biasa ajer compare dengan middle eastern restaurant yang lain.

Perut dah kenyang, dan perjalanan diteruskan. Kewajipan belum ditunaikan lagi ni. Ke Masjid Putrajaya lah... Selepas tu singgah kat Taman Botani dan Putrajaya Wetland. Kejap ajer kat situ sebab cuaca panas. Perjalanan diteruskan lagi ke Paya Indah Wetland, Dengkil. Lebih kurang 20 min dari Putrajaya. Untuk menjelajahi menikmati keindahan kawasan ni, perlu lah membuat pendaftaran terlebih dahulu. Sekejap ajer kami kat sini.

Dari Dengkil kami melewati Putrajaya, seterusnya ke Kajang melalui jalan-jalan kampung. Kajang??? Hehehe.. aktiviti makan-makan lagi.. Makan satay plak. Bukan Satay Haji Samuri tu, tapi Satay Yus. Satay ni rasanya lebih sedap, sebab dagingnya (ayam/daging) fresh, lembut dan tanpa lemak. Huhhh tak sempat ambik gambar lah plak....... Lupaaaa...... Hehehe..sebab tengok 'orang tu' laju jer makan.... Nanti abishhh..

Lewat petang, dari Kajang terus pegi ke rumah kakak. Sampai ajer kat rumah dia, pintu masih berkunci. Nampak satu kereta ajer kat garaj. Hmmmm belum balik dari keje lagi. Call abang ipar, katanya dia kat kandang. Balik keje terus gi jengok kambing-kambing dia lah tu....

7.00pm baru kakak sampai. Aduhhh...dia suruh gi Pasar Malam lah pulak. Laparr katanya...dan dia malas nak masak. Lepas tu suaminya pulak balik bawak durian. Haiiii....hari ni nampak gayanya memang aktiviti jalan-jalan, makan-makan jer lah... Lepak kat rumah dorang sampai kul 10.30pm.



No comments:

Post a Comment

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...