Monday, July 27, 2009

Lunch at Avillion Admiral Cove

27 July 2009
1.30pm - 3.15pm


Enjoy the Scenery ya............................

Add Video



Photo taken by Mr. AA.
















Sunday, July 26, 2009

Pine 38 , Shah Alam

25 July 2009 - 9.30pm - 10.10pm
Pine 38, Shah Alam
No 1 ,Jln Tengku Ampuan Zabedah H9/H
Section 9, Shah Alam, 40000, Selangor


Dragon Fruit Juice

Dragon Fruit Juice @ Jus Buah Naga nie memang patut dicuba. Sedapp. Manis-manis buah. Segelas Juice ni harganya RM14.90.


Wantan Mee Soup

Wantan mee sup ni juga sedap. Tapi portion nya banyak sangat. Tak larat nak habiskan sorang.








Monday, July 20, 2009

Weekend Marathon

18 July 2009 - 19 July 2009

Setiap hari, berhubung dengan bonda di kg melalui HP. Tapi minggu ni, hati tak tenteram kerana mendapat khabar bonda yang tak berapa sihat. Alhamdulillah, Makcik CT ( adik bonda) menemankan bonda sepanjang minggu ini. Terima kasih Makcik. Makcik lah membawa bonda ke klinik untuk pemeriksaan. Doktor menasihatkan supaya dibuat pemeriksaan rapi di Hospital Besar Taiping. Kerana Dr. menyangkakan bonda ada masalah dengan jantung. Dari klinik, makcik terus berkejar ke Hospital. Beberapa pemeriksaan terhadap bonda dilakukan. Akan tetapi selepas jam 8.oopm, bonda dibenarkan pulang. Keadaan beliau masih sama juga. Pihak hospital meminta supaya bonda dibawa semula ke Pusat Kesihatan pada hari Isnin dan mengambil ubat disana. Makcik membawa bonda ke Pusat Kesihatan pada hari Isnin, dan kemudiannya pada hari Selasa ke Hospital Besar Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan susulan. Namun begitu, ada yang menasihatkan supaya bonda dibawa juga untuk mendapatkan rawatan tradisional.

Bonda tidak mempunyai masalah dengan jantung, juga bebas dari kencing manis dan darah tinggi. Akan tetapi keadaan kaki nya yang bengkak dari paras betis ke ke peha membuat dirinya merasa sakit yang amat. Sehinggakan untuk berjalan dari ruang dapur ke ruang tamu pun bonda tercungap-cungap kepenatan dan mengalami seakan sesak nafas.

Dalam keadaan begitu, sempat juga menghubungi Ustazah M. Dari jauh, beliau menasihatkan supaya bonda dibawa mendapat rawatan daripada sesiapa yang pandai mengurut bagi membuang bisa di kaki. Menurut beliau, bisa yang ada itu ada kaitannya dengan sesak nafas. Lepas bagitau Makcik dan Bonda tentang nasihat tersebut, Makcik membawa Bonda mengurut dengan seorang Bidan. Nampaknya kaki bonda susut sedikit bengkaknya. Tapi, kalau berjalan dari ruang dapur ke ruang tamu masih tercungap. Dan kakinya masih sakit dan kemerah-merahan.

Lepas berbincang dengan Makcik, Kakak dan Bonda, ambil keputusan untuk membawa Bonda mendapat rawatan urutan dengan Ustazah M. Hari Jumaat, adik Fuzah menjemput Bonda di kampung dan membawa Bonda datang ke Kuala Lumpur.

Hari Sabtu 18hb. July 2009, ada test. Jadi hari ni tak boleh lah ponteng class. Habis 1st session, 10.15 am terus keluar. Kakak menghantar Bonda sehingga ke Astro. Jemput Bonda disitu, dan terus bertolak ke Pasir Gudang, Johor pada jam 11.15 pagi.

Bermula perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke selatan dengan satu niat membawa bonda tersayang untuk mendapat rawatan dan ingin melihat bonda pulih, cergas, ceria seperti sediakala.


Berhenti di R &R Seremban untuk sarapan, makan dalam kereta jer, memandangkan bonda tak berdaya untuk turun. Isi minyak full tank juga di R & R Seremban. Hari ni, kereta agak banyak di Highway. Maklumlah hari Sabtu.


Meneruskan perjalanan, tak de lah laju sgt, dlm 110 - 120 km/j ajer. Bila agak keletihan, mula lah turun 80-90 km/j. Setelah beberapa ketika perjalanan, bonda minta berhenti di Hentian Rehat Tangkak. Nak rehat jap katanya. Kelihatan wajah bonda keletihan dan menahan kesakitan. Sayu dan hiba hati ini. Namun begitu dipendamkan agar tidak terimbas dipandangan bonda. Sedaya upaya menyorokkan keletihan. Bonda meminta izin untuk duduk dibelakang. Selepas berehat seketika, meneruskan lagi perjalanan.


2.15pm, berhenti untuk menunaikan solat di R & R Pagoh. Cuaca ketika itu sangat panas. Melihat keadaan bonda, tak berselera nak makan walaupun perut kelaparan. Selepas berhenti 30 minit, kami meneruskan perjalanan lagi. Setiba di Machap, hujan turun dengan lebatnya. Terpaksa memperlahankan kenderaan. Jarak penglihatan terbatas. Permukaan jalan licin. Berdoa dalam hati semoga perjalanan ini dipermudahkan oleh NYA.


Ketika Exit di Skudai, hujan pun reda. Memasuki lebuhraya Pasir Gudang, sekali lagi, di uji kesabaran oleh NYA. Waktu ketika itu jam 5.00pm. Jalanraya terlalu sesak.


Akhirnya selamat tiba di rumah Ustazah tepat jam 5.30pm. Ustazah mengurut kaki Bonda untuk membuang bisa dan air bisa. Juga ustazah mengurut dada, bahu dan belakang bonda. Sessi rawatan berakhir menjelang waktu maghrib. Kami menumpang solat Maghrib di rumah Ustazah. Bergerak keluar jam 8.00 pm. Check in di Rose Cottage jam 8.30pm. Ketika itu hujan sekali lagi turun dengan lebat.


Sudut Bacaan

Rose Cottage merupakan sebuah budget accommodation. Di kawasan Kota Masai ini hanya ada 2 tempat penginapan sahaja. Satu lagi ialah TL Hotel. Walaupun ia merupakan budget accommodation, tetapi susun atur dan hiasan dalamannya adalah berkonsepkan hiasan ala Inggeris. Ianya juga turut dilengkapkan dengan kemudahan WiFi.

Sudut Wifi

Setelah check in, dan membersihkan diri, kami berehat sebentar di bilik. Bonda agaknya baru terasa lapar, terus mengajak turun makan. Sebelum ini, beliau tak ada selera untuk makan.

Bonda menuruni tangga utk pergi makan

Tanpa disedari bonda, anakanda nya ini melihat ada perubahan pada diri bonda selepas mendapat rawatan. Beliau nampak cergas menuruni tangga, dan apabila sampai di bawah, masih boleh tersenyum. Tak kelihatan pulak tercungap-cungap tu, berbanding dengan masa kami datang tadi dan berhenti di R & R. Untuk berjalan dari kereta ke Surau yang berdekatan, jelas pucat muka beliau dan nafas yang tersekat2. Oo oo...utk makluman, bilik kami terletak di 2nd Floor.

Kuewtiau Goreng, Tauhu Bakar, Sup Campur & Nasi

Bonda order nasi dan sup campur. Sementara anakanda nya order kuewtiau goreng. Lepas tu, bonda terasa nak makan tauhu bakar pulak. Kami order 2 keping tauhu bakar. Agaknya dah ada selera lah tu. Yer lah...air bisa dah dikeluarkan.... dan sakitnya dah tak terasa sangat.

Malam tu, selepas berborak sekejap, kami terlena keletihan. Keesokkannya, secara kebetulan pula, kami sama-sama terjaga jam 4.00 am.

Seawal jam 7.30 am, kami check out. Perjalanan yang akan kami lalui hari ni agak jauh. Jadi, kenalah keluar awal. Cuaca pagi ni, agak mendung. Suasana di Kota Masai pun suram ajer pagi ni. Seronok jer drive Setelah memasuki lebuhraya Pasir Gudang, keadaannya masih lengang.


8.30am, mula masuk ke PLUS Highway. Kemudian berhenti untuk sarapan pagi di R & R Machap. Makan mee bandung dan bonda makan nasi lemak. Sambung perjalanan lagi, kemudian berhenti di R & R Ayer Keroh Melaka (Restoran Jejantas). Bonda nak beli dodol, dan kerepek2 untuk dibawa pulang ke kg. Sempat lelapkan mata kejap. Nak makan pun, terasa kenyang lagi.

Kami meneruskan perjalanan lagi, dan kemudiannya berhenti di R & R Sg. Buloh (Restoran Jejantas) untuk makan tengahari dan solat. Sempat rehat dan baring luruskan badan kejap. Kaki pun macam nak cramp jer. Hehehe...Sabar.... Masa melewati Hospital Sg. Buloh, dpt mesej dari seseorang " Sampai?" dan reply " Sg. Buloh". Kemudian ditanya " Pesal Sg. Buluh?" Agaknya dia pelik, sebab dari JB knp di Sg. Buloh pulak. Knp tak singgah ajer di KL. Hmmm...kalau nak dihuraikan...panjang ceritanya...

Tenaga pun agak berkurangan dah, nak tekan minyak....hehehehe ... singgah R & R Tapah pulak, beli ice cream. Tak lama kat sini.. Abis makan icecream, sambung lah perjalanan.

Selamat tiba di kg, ketika mentari jingga di ufuk timur... Chewahhhh.. Kira-kira jam 6.45 pm gitu. Sempat snap gambar plak tu... Rasa seronok sampai di kg. Melihat padi yang kuning keemasan dah hampir masak. Tenang dan damai jer..

Sawah padi bonda

Pusing-pusing keliling rumah, sambil snap sana sini. Nak hilangkan kepenatan, seharian memandu dari selatan ke utara. Syukur alhamdulillah selamat jua tiba.

Kelihatan pokok padi tumbang
(mungkin sedih dan bersimpati melihat tuannya tak sihat)

Padi puan kuning menyala, padi kuning dari seberang

Ikut lah resminya padi, makin tunduk makin berisi

Bunga "Exora" si bunga Siantan

Nenas Sarawak
(camner lah Sarawak yang leh dapat nama, sedangkan ditanam dihujung halaman)


Buah Cempedak diluar pagar

Dari jendela dapur rumah bonda

Sunset di penghujung sawah bonda

Highway sunyi sepi di awal pagi

Seawal jam 6.50am, 20/07/2009, bertolak dari kg utk pulang ke Kuala Lumpur. Hajat dihati, supaya sampai awal dan sempat masuk kerja separuh hari.

Highway Utara-Selatan


Selamat tiba di Kuala Lumpur jam 11.50 am. Meter kenderaan menunjukkan jarak perjalanan yang dilalui sepanjang 3 hari bermula dari 18 July 2009 - 20 July 2009 ialah 1,430 km. Hmmmm kalau diikut dengan jarak km tersebut, melebihi jarak sehala dari Kuala Lumpur ke Bangkok (1,110km). Hajat hati untuk masuk kerja separuh hari terpaksa dilupakan... setibanya dirumah, keletihan diri tak dapat dibendung... tergolek, terlena kat sofa ajer. Hmmmm 'emergency leave' lah hari ni.

Thursday, July 16, 2009

Satay oo Satay

16hb July 2009
6.30 pm - 7.05pm


Lunch hari ni makan bubur jagung secawan. Saje makan ringan2 ajer....sebab malam tadi, ada orang cadangkan makan satay hari ni. Balik keje terlewat sikit sampai.... biasalah kat KL ni, kalau jalan tak jem tak sah lah... HP ku asik terima mesej " Cepattttt" ajer.. Aduh camner nak cepatt.. Kalau lah kereta ku ada sayap dan boleh terbang.... dalam masa 2-3 minit ajer dah sampai... Sampai kat umah, kul 6.10 pm. Oo oo... penghantar mesej tadi tu dah sampai rupanya. :P:P

Kami pegi ke Kajang, makan satay. 2 minggu lepas, dah datang makan satay kat sini.. Hari ni order, satay ayam dan daging ajer. Kambing tak de. Sedap satay ni. Kuah dia pun sedap.. Kalau tidak, takkan lah ada yang mintak tambah satu bekas lagi kuah.

Satay - ayam & daging

Sunday, July 12, 2009

3rd Visit - Kokopelli Travellers Bistro


11 July 2009, 9.45pm - 10.50pm
Kokopelli Travellers Bistro
4, Section 14,/46, P.Jaya
Tel: 03 79567505 (reservation)





Leaving On a Jet Plane

Fly Me to The Moon


Tomato Soup & Pasta Carbonara


Lamb Shank


Ramli Ibrahim & The Gang




Sunday, July 5, 2009

Bora Asmara - Kg Sg.Penchala

04 July 2009 - 9.15 pm - 10.45pm
Bora Asmara
Lot 2933, Kg Sg. Penchala
Kuala Lumpur
Tel: 03 7726 0964




Tak tau nak kemana mlm ni. Ikut jer lah. Dah sampai separuh jalan, melepasi Istana Negara, di tanya "tau ke kita nak kemana". Dah memang tak tahu, jawab "Ntah". "Kita gi Subak nak" katanya lagi. Diam jer. Lepas exit Penchala Link, mcm perasan katanya Bora Asmara kat mana eh. Tengok sebelah kiri sebelum simpang ke Subak, tak ada pun Bora Asmara.

Jadi kita orang try lah masuk jalan nak ke Subak tu. Nampak kereta banyak kat bahu jalan. Berenti kat situ sebab nampak suasana meriah ajer. Sambil tu, abe cakap "dah banyak kali kita lalu sini, camner leh tak perasan eh Bora Asmara". Terpinga-pinga gak masa tu, sebab apa yang nampak macam majlis orang kawen ajer. Tak nampak pun kat tembok tu perkataan Bora Asmara. Yang tertera adalah 'LAMAN'. Bila pusing balik untuk intai sekali lagi, jadi memang confirm, tu majlis kawen.

Keluar dari simpang tadi, kemudian ke kanan menghala naik ke bukit dalam 800m , kelihatan dari jauh kereta bersusun dibahu jalan.. Ahaaa mungkin ini tempatnya... Dan tak silap lagi.... dengan disinari cahaya samar-samar, terlihat perkataan Bora Asmara. Kedudukannya agak terpencil dengan dikelilingi rumah penduduk kampung.


Onion Ring sebagai starter menu
Drinks : Watermelon + Lychee & Lorina French Berry Lemonade. Kat menu tu ada Es Kelapa Pickles dan Es Kelapa apa ntah. Teringin nak cuba tu.. Tapi waiter tu siap bagitau, tak der. Kelapa dah abis. Order Apple Juice, waiter tu pun cakap tak de.. Aiksss sumer tak der ni.. Nak ajer ckp... Air mata ada tak?

Kiranya nasib kita orang malam ni tak berapa bagus. Nak order Spaghetti, katanya tak de, nak order Phat Thai, juga kata nya tak der... Abis apa yang ada?? Memang lah kalau tengok kat menu ada byk lagi makanan. Tapi kita orang tak nak lah makan yg heavy. Last sekali sorang order Fish & Chip, sorang lagi order Fettucine Carbonara. Tapi dua-dua makan tak abis. Hehehe.. Kenapa????? Tentu ada jawapannya kann....... Nak tahu???? Sila call No. 016 268........ @ 012 216......

Walau bagaimanan pun ambience di Bora Asmara ni boleh lah bagi rating B+. Ruang luas, cantik, seni berkonsepkan ala Bali. Yang bestnya, ada Live Band dan mereka akan pegi ke setiap meja sambil nyanyikan lagu.





Kepada group yang ramai, mereka akan nyanyikan sehingga 3-4 buah lagu. Malam tu, ada 3 group yang membuat sambutan birthday kat situ. Apalagi meriahlah suasana.

Family - celebrate birthday

Jam 10.45pm, kami melangkah meninggalkan Bora Asmara. Masih ramai lagi yang menikmati makanan dan suasana disitu.

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...