Kalau ditanya, kat mana nak makan Wantan Mee yang sedap, I bleh rekemen kat Pine 38, Shah Alam. Memang sedappp. Banyak rencah ratus nya... Pendek kata berbaloi-baloi....dgn harganya RM10.90. Nak lagi sedap.... mintak skit cili padi potong @ cili jeruk. Hmmmmm....
Malam minggu tadi, makan Wantan Mee dgn Jus Carrot. Wowww... Blink..blinkk mata...
2.30pm - Ke Johny's Summit. Makan steamboat ... Perut pun dah berbunyi-bunyi dah ni. Pagi tadi cuma minum susu, dan makan roti bakar je sekeping. Lepas tu... makan buah pear apple jer. Order Ala Cart... Kalau order yang set punya... nanti ada yang kita tak suka lak. Antara yg di order, Asparagus...
Tapi bila order sampai jer... nampak ler satu container ni... besar2 lah pulak asparagus ni.. Seorang tu tanya... "knp asparagus camni" Lantas, I jawab... "di potong hujung nya lah tu." Pastu dia pun ambik sebatang rasa.... "hah daun bawang ler" katanya... hehehe "oh ye ke" Ambik gak sebatang.... memang sah daun bawang.... Apa daaaa... depa ni tak kenai ka asparagus dgn daun bawang..... Ishhhh..ishhh...ishhh.
Panggil waiter tu...ckp kita nak asparagus bknya daun bawang... Kejap tu...datang seorang yang lain...hantar 1 container 'asparagus'. Kami berpandangan sesama sendiri. Ler ...kenapa asparagus ni warna putih lak.... di buat jeruk ke? sampai jadi warna camtu...
Bila di masukkan sekali, dan ambik rasa....hmmmm sejenis mushroom lah... Pak Pandir tul depa ni... Camne leh keje situ... Asparagus pun tak kenal.. Tapi dah malas dah nak complaint...dan tukar lagi... Kang tak pasal2 di bawaknya Sugus .
Steamboat
Tambahan order, Meehoon Goreng. Drinks : Soursop Juice.
Meehoon Goreng
Destinasi seterusnya ke Pantai Kelanang di Banting. Melalui Federal Highway, seterusnya Bandar Klang.. Teluk Panglima Garang...Jenjarom, Banting...kami mengikut papantanda arah ke Morib. Jauh juga tempatnya. Pantai Kelanang sebuah tempat perkelahan yang agak baru juga. Berdekatan dengan Pantai Morib.
Pantai Kelanang:
Petang di Pantai Kelanang
Pengunjung beriadah di Pantai Kelanang
Aktiviti di Pantai Kelanang
Langit indah di Pantai Kelanang
Langit indah di Pantai Kelanang
Menikmati suasana petang di Pantai Kelanang
Langit petang
Senja indah di Pantai Kelanang
Sekeluarga menikmati sunset di pantai
Dari Pantai Kelanang, kami menuju ke Pantai Morib. Sebelum tu dikhabarkan oleh seorang teman, Pantai Morib skrg ni ditutup sementara utk penambahbaikan. Saja nak tengok camne keadaannya. Oo memang sebahagian dari kawasannya berpagar dan ditutup utk orang ramai. Tetapi masih ada lagi sebahagian kawasan yang boleh digunakan sebagai tempat beriadah bersama keluarga. Cantik Pantai Morib sekarang.. Dulu pernah sekali pegi , ikut my auntie sekeluarga. Memang dah lama sangat dah. Banyak berubah.
Di Morib :
Aktiviti keluarga di hujung minggu
berbicara tentang masa depan
digigi air
mentari di kaki langit
Menjelang maghrib, kami beredar meninggalkan Pantai Morib. Kedengaran suara azan dari Masjid yang kedudukannya diseberang jalan Pantai tu jer. Keluar dari pantai, kami terus ke masjid. Beberapa keluarga yang turut berada di pantai tadi pun tiba sama dengan kami. Senang lah kalau nak berpicnic di situ. Masjid dekat sangat.
Dalam perjalanan balik, sempat lagi tu singgah makan di Restoran Faizal. Kedudukannya lebihkurang 1 km jer dari masjid tadi. Tengok banyak kereta parking di bahu jalan. Kami try lah nak rasa makanan kat situ.
Kereta parking di bahu jalan
Restoran Faizal
Tak tahu lah kenapa....lapar sangat ke...atau kelam kabut melintas jalan... sampai 'orang tu' tersepak ulaq kering. Baca betul2 yer....ulaq kering bkn ikan kering. Kesian ulaq tu. dah ler mati di gilis dijalan raya... terjemur kering lak....pastu disepak lagi... Aduhai nasib mu ulaq kering...
Pepagi tadi, nak buat sandwich bekal ke ofis. Cari punya cari cheese, dah abis la plak. Buka tutup peti ais, nampak ada lah bahan2 yg sesuai utk goreng meehon. Keluarkan sekeping ajer meehoon tu direndam. Teringat lak, esok sambutan awal Muharam, apa salahnya goreng lebih sikit, dan kasi kawan2 kat ofis makan.
Goreng sempoi ajer meehon ni....
Bahan2:
Meehoon kering
Udang Kering (ditumbuk)
Cili kisar
Kicap
Udang Segar
Daging
Carrot
Bawang besar
Bawang putih
Sedikit garam bukit
Cili padi
Cili sos
Sayur Sawi bunga
Sedikit taugeh
Telur goreng dadar
Tomato
Keledek oo Keledek. Dah beli 3 hari dah kat Chow Kit. Lum buat apa2 lagi. Nak digoreng... sedap gak tu. Tapi sedap lagi kalau keledek yg warna oren tu.
Baru, teringat... hari Sabtu tu ada beli santan pekat gak. Ahaaa... buat pengat keledek lah... Dah lama tak makan... Gula kabung pun masih ada lagi... Hari tu..... ada 'sorang tu' belikan gula kabung kat Melaka. Gula kabung Melaka ni warna dia pekat sikit.. Sesuai lah kalau digunakan utk buat pengat...
Kupas kulit...bersihkan keledek tu dan rebus..... masukkan daun pandan, gula kabung, sedikit gula pasir... masukkan santan...secuit garam bukit..... dan masakkkkkk dahhh...
Keledek - Direbus
Usihhh banyak lah pulak bila dah masak. Kalau makan tak terhabis ni.... Masukkan dalam tupperware..... dan bawak ke ofis. Panas-panas lagi.....
Hari ni masing bawak buah2 dan bahan utk buat rojak buah. Jumaat minggu lepas, Pak Din ckp dia nak buat kuah rojak dan nak bawak mai ke ofis. Jadi, kita org pun apa lagi.... Mcm2 pelan ler timbul.. Nak colek dgn goreng pisang ler...nak colek dgn keledek ler.... nak makan dgn tauhu bakaq ler...
I bawak mangga muda dan betik. Beli kat Chow Kit hari Sabtu tu. Nak beli mangga apple, tapi bro peniaga tu ckp...mangga lemak masam ni lagi sedap kalau nak buat rojak. Tak berani ler beli banyak....ntah2 kang tak rasa apa lak....
Mangga lemak masam
Betik muda (mengkal dah kut)
Dah siap potong
Ni haa... bahan2 yang nak dicampur rojak kan tu.... nenas, timun, sengkuang, betik muda, mangga muda, kuah rojak, tauhu goreng, kacang tumbuk,, tauge, petis dsbnya..
Buah2 dan bahan2
Kami serahkan kepada Pak Din tugas sebagai Chef bertugas hari ini. Penghormatan kepada beliau. Pak Din ni kalau masak rendang daging memang sedap..
Bahan2 yang telah dimasukkan
ke dlm besen tapi belum digaul lagi
Memang power kuah rojak Pak Din ni. Pedas, tapi sedap. Ada yang sampai meleleh airmata, air hidung.... berenti kejap...hilang pedas tu, pi tambah lagi pulak. Dua besen rojak digaul hari ni, habis semuanya.......