Saturday, October 3, 2009

7 Syawal 1430 : Indahnya Syawal di Bukit Larut @ Maxwell Hill

26 September 2009n (Sabtu)
(Bersamaan 7 Syawal 1430 Hijrah)
Destinasi : Bukit Larut @ Maxwell, Taiping

Plan ke Bukit Larut ni taklah dirancang awal. Cuma pada hari ke 4 Syawal, baru plan. Itupun selepas kunjungan ke Night Safari Zoo, di Taiping pada malam hari tersebut. Mengikut perancangan yang dibuat, kami akan keluar rumah selepas solat Subuh. Maksudnya dalam pukul 6.30am, keluar dari rumah. Nak rebut lah tiket. Sebabnya kami difahamkan , setiap kali Cuti Kelepasan Am, Bukit Larut ni memang sesak dengan pengunjung.

Huhuhuhu.... tanpa diduga..tanpa dipinta.. plan utk naik ke Bukit Larut terpaksa dipinda waktunya. Aduhai oo Aduhai... Laptob kesayangan ku tertinggal pulak di Laguna, Merbok. Nasib baik, adik Fuzah yang balik ke KL pada hari ini, tolong bawak kan laptob tu. Janji berjumpa dengan dia di R&R Bukit Merah.

Kami tiba di kaki Bukit Larut jam 7.30am. Terus ke kaunter tiket. Tiket jam 9.00am masih ada. Nak beli pun, takut tak sempat naik, sebabnya kami akan ke R&R Bukit Merah utk ambil laptob dulu. Hari ni memang puas dengar lecture demi lecture dek kealpaan ku tertinggal laptob di Laguna. Nak buat camner, terlupa...... hmmmm....Tak sengaja pun nak tinggalkan... Rasa cam nak merajuk pun ada, geram pun ada bila dgr lecture tu..

Pejabat & Kaunter Tiket

Selamat Datang ke Bukit Larut

Di kaki Bukit Larut


Ke Bukit Merah, melalui Jln Kamunting, Changkat Larah, Jln Kerian dan Gunung Semanggol

8.15am, bergegas kami ke R&R Bukit Merah, setelah dapat call dari Auntie CT bahawa adik Fuzah dah bertolak jam 8.00am tadi. Dalam 15minit, kami sampai di R&R tersebut. Nak tutup mulut tu dari terus bagi lecture, belikan seketul Pau Inti Daging dan sebotol air Mineral. Diam lah kejap. Adik Fuzah sampai R&R Bukit Merah jam 8.40am.

Jip yg membawa pengunjung naik ke Bkt Larut

Dah ambik laptob, kami kembali ke kaki Bukit Larut. Terus ke kaunter tiket sekali lagi. Alhamdulilah, tak ramai orang hari ni. Kami dapat tiket naik jam 11.00am. Harga tiket adalah RM6.00 seorang untuk perjalanan pergi dan balik. Waktu ambik tiket naik, kami dimaklumkan bahawa tiket utk turun nanti adalah jam 2.00pm. Ayoyo...lamanya kami akan berada di Puncak Bukit. Tapi yer lah nak turun jalankaki pun bukannya kejap.. Ambik masa 3 jam juga. Kata sorang tu " Turun nanti, kita jalan kaki lah, tak kuasa nak dok atas sampai kul 2". Jawabku "Tanak lah.... bukannya dekat..." Katanya lagi " nak turun jalankaki gak...alah bknnya jauh pun...1 jam jer.. U tanak turun, tunggu lah kul 2". Hmmmm.... degil lah pulak... nak turun jalankaki....agaknya dia fikir 1 jam leh sampai kut... Bila dii tanya beberapa orang pemandu jip, berapa jam dari puncak ke kaki bukit....haaaaa amik....3 jam baru sampai... Terdiam lak dia.

Unik pokok ni

Lamanya nak tunggu pukul 11am. Apalagi snap sana sini lah. Ada orang tu sampai terlena kat kerusi batu berhampiran kaunter tiket. Ngantuk sangatlah tu... Jeng..jeng..jeng.... masanya pun tiba... 2 buah jip naik sekali gus jam 11.00am. Kami berdua ditempatkan dalam satu jip bersama sepasang suami isteri dgn 5 orang anak kecil serta satu couple. Jalan naik keatas, curam, dan berbelok-belok... Wowww....disini kecekapan pemandu jip memang patut dipuji. Pemandu jip kami adalah Bro Janggut yg sporting dan handsome. 30minit mengharungi perjalanan yang berliku, kami selamat tiba di atas, di ketinggian 1036m.

Signboard Bukit Larut di ketinggian 1036

Pemandangan dari atas Bukit Larut

Dari atas Bkt Larut, jelas kelihatan Muara Kuala Sepetang dan juga Kuala Gula. Juga tak ketinggalan Selat Melaka. Sekiranya cuaca baik dan cerah, Bandar Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor juga akan kelihatan.

Udara nyaman terasa bila berada di atas. Tak lah sejuk sangat. Tapi menyegarkan. Bau harum bunga-bungaan hutan sekali sekala dapat dihidu. Indah...Tenang dan Mengasyikkan...

Pokok Pakis yang merimbun

Menikmati keindahan alam flora & fauna

Lebih kurang 30 minit, berada di sekitar tempat terakhir jip menurunkan penumpang... kami mengatur langkah untuk naik ke satu level lagi iaitu ke tempat penanaman bunga tulip. Mr. AA berjalan laju ajer mendaki bukit. Hehehehe... tak sampai separuh jalan pun...hmmm berpatah balik.... Katanya.... "tanak lah naik atas" . Ehem..ehem...takut pancit ke?? Dah dia berpatah balik...ikut jugak lah berpatah balik. Sampai kat tempat mula2 kami turun jip tadi... Bro Janggut ajak kami naik jip, sebab dia nak ke atas. Apalagi peluang baik ni... Tak perlu mendaki... Dalam masa 5 minit saja...kami dah sampai ke Cendana Hut...iaitu rumah peranginan paling atas di Bukit Larut. Kat sini, suhu lebih sejuk lagi. Terasa segar dan nyaman bila berada disini. Bestt.. Bro Janggut pun sempat mengusik, masa kami kat sini.

Leka seketika menikmati keindahan flora dan fauna disini sambil menyedut udara segar. Cuma malangnya, kami tak dapat tengok bunga tulip sebab musim berbunganya adalah pada bulan Disember nanti.

Santai di Cendana Hut Cafe



Berada lebih kurang 30 minit di sekitar Rumah Peranginan Cendana, kami mula menapak turun ke bawah, iaitu ke tempat perhentian jip. Sambil berjalan turun, kami berhenti jugak untuk snap gambar2 yg menarik. Tak terasa penat pun. Sebab cuacanya sejuk, segar dan nyaman.

Dek kerana waktu awal lagi, kami masih punya banyak masa. Ya lah kan.... tiket untuk kami turun adalah jam 2.00pm... Kami mengambil kesempatan utk ke Jambatan gantung dan Menara tinjau. Jambatan gantung dan Menara Tinjau ni kedudukannya lebih kurang 300m ke bawah daripada tempat perhentian terakhir jip penumpang. Masa menuruni bukit tu ok lah laju jer.


Suasana Indah di Bkt Larut

Sekejap ajer kami kat sini, sebab kami mengharapkan agar dapat turun jam 1.00pm sekiranya ada tempat kosong pada jip yg akan turun jam 1.00pm. Oleh sebab tu kami perlu berada menunggu di perhentian tersebut sebelum jam 1.00pm. Hanya 2 buah jip sahaja yg akan turun pada setiap masa yg telah dijadualkan.

Kami agak hampa, apabila melihat kedua-dua jip tersebut telah penuh dengan pelancong2 dari Singapore yang telah membuat tempahan lebih awal. Kesemua mereka telah naik sehari lebih awal dan bermalam di atas Bkt Larut.

Kelihatan dari kejauhan, kenderaan yg membawa kami turun

Alhamdulillah, rezeki kami, kami diajak oleh seorang Pegawai Pengurusan Bkt Larut iaitu En. Zailani untuk naik kenderaan pacuan 4 rodanya. Jutaan terima kasih kepada beliau (En. Zailani) kerana sudi mengajak kami. Akhirnya, harapan kami untuk turun dari Bkt Larut jam 1.00pm tercapai..

Nak tahu kenapa kami beriya2 nak turun pukul 1.00pm?? Sebabnya :

1. Lapar (pagi cuma breakfast air mineral & seketul kueh pau shj)
2. Teringat Bonda masak ketam + nenas, sambal udang petai utk hidangan tengahari.
3. Ada agenda lain disebelah petang.


Thursday, October 1, 2009

6 Syawal 1430 Hijrah : Suasana Hening di Kg.

25hb September 2009
Bersamaan 6 Syawal 1430 Hijrah




Pelangi @ Rainbow

Di kaki langit mencari pelangi

5 & 6 Syawal 1430 Hijrah : Beraya di Kedah D.A

24 Sept. 2009 - 25 Sept. 2009
(bersamaan 5 & 6 Syawal 1430 Hijrah)
Beraya di Kedah Darul Aman

5 Syawal 1430 Hijrah

Pagi, 5 Syawal, sekitar jam 11.45am, kami bertolak ke Utara untuk beraya di rumah my Auntie di Laguna, Merbok. Highway ke Utara tak berapa sibuk, dan kami selamat sampai kira-kira jam 1.00pm.

Lepas mkn tengahari dan solat zohor, kami ke Alor Setar. Nak beraya dan jumpa kawannya 'Pom" di Kota Sarang Semut. Ikut highway terus ke Alor Setar, dan singgah di Pekan Rabu. Beli dodol, kuah rojak Mak Bee dll. kueh tradisional. Tiap kali naik ke Alor Setar, jadi satu kemestian singgah di Pekan Rabu ni.

5.00pm, keluar dari Pekan Rabu, cuba hubungi "Pom" tetapi ketika tu beliau masih beraya lagi di Pokok Sena. Ke City Plaza seperti yang dicadangkan oleh beliau tak dpt kami penuhi sebab tak berapa tahu arah mana nak ke situ. Kemudian kami menghala ke Kuala Kedah. Janji untuk jumpa di Kuala Kedah ajer. Sambil menunggu tu, sempat lah menjamah Mee Rebus Kuala Kedah di gerai berhampiran jetty.


Mee Rebus Kuala Kedah

Sehingga jam 6.15pm kami disitu, kami pun bergerak pulang ke Laguna, Merbok. Kali ini kami mengambil laluan persisiran pantai dan juga melalui jalan-jalan kampung. Dari Kuala Kedah, kami turun sehingga Simpang Empat, Guar Chempedak seterusnya ke S.P Utara. Kami juga melalui kawasan kaki bukit Gunung Jerai. Nak singgah ke kaki Gunung Jerai tu pun tak sempat, sebab dah waktu Maghrib. Sampai dirumah sekitar jam 8.15pm.


6 Syawal 1430 Hijrah
(25hb September 2009)

Pagi, selepas breakfast, kami keluar menghala ke Tanjung Dawai. Melalui Pekan Semeling, Lembah Bujang Archaeological Park, Singkir Darat sehingga lah sampai ke Tanjung Dawai. Kami sempat merakamkan beberapa slot gambar semasa di sekitar Kompleks dan jetty Tanjung Dawai ni.

Bangunan Bazar & Jetty Nelayan di Tg.Dawai

Boat menghampiri & menurunkan penumpang di Jetty Tg. Dawai

Tanjung Dawai ni kedudukannya di Daerah Yan. Melalui perkhidmatan boat penambang melalui Kuala Sungai Merbok, ia menghubungkan penduduk Pantai Merdeka di Daerah Kuala Muda dengan penduduk Tanjung Dawai di Daerah Yan. Sekiranya melalui jalan darat, berkenderaan sendiri dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit.
Kelihatan boat dari Pantai Merdeka menuju ke Tg. Dawai

Pantai Merdeka di lihat dari jetty Tg. Dawai

Di jetty Tg. Dawai. Kelihatan boat menghala ke Pantai Merdeka

Jetty di Tg. Dawai - menunggu boat utk ke Pantai Merdeka

Setelah matahari mula terik, kami pun beransur meninggalkan jetty Tanjung Dawai. Kami menyusuri pula perkampungan nelayan di Tanjung Dawai.

Perkampungan Nelayan di Tg. Dawai

Ikan dijemur di atas para

Menyelusuri kawasan perkampungan nelayan tersebut, kami terjumpa ikan-ikan dikeringkan di atas para jemuran. Tertarik untuk berhenti sekejap dan melihat lebih dekat lagi, perusahaan membuat ikan kering secara kecil-kecilan ini.

Kami meminta kebenaran pengusaha wanita Melayu itu untuk mengambil gambar dan melihat bagaimana ikan-ikan tersebut diproses. Ketika kami sampai disitu, terdapat 2 orang pembantunya sedang menyiang ikan. Beliau memaklumkan bahawa ikan yang digunakan adalah ikan selangat.

Ikan segar sebelum dan selepas di siang

Ikan Selangat di atas para jemur (dari dekat)

Ikan Selangat dikeringkan di atas para

Kami berpuashati melihat perusahaan membuat ikan kering secara kecil-kecilan ini, kerana cara memproses nya dijaga, bersih dan terkawal. Ikan-ikan yang dijemur di atas para, bebas dari dipijak dan najis haiwan

Setelah menghabiskan masa kira-kira 30 minit, kami pun bergerak meninggalkan perkampungan nelayan Tanjung Dawai. Berhadapan Kompleks Perniagaan Tanjung Dawai, kami berselisih dengan kereta Auntie CT. Beliau bersama Bonda hendak ke Kompleks LKIM bersebelahan dengan perkampungan nelayan tadi untuk membeli hasil laut dan ikan-ikan segar. Kami pun berpatah balik mengikut mereka.

Kompleks LKIM

Owhhh... rupanya tempat yang mereka tuju ni, kami dah sampai awal tadi. Malangnya, hari ini, Jumaat, kompleks tersebut ditutup kerana nelayan tidak turun kelaut berikutan mengurus kematian seorang penduduk diperkampungan tersebut sehari sebelum itu. Auntie CT mencadangkan kami pergi ke satu lagi tempat pendaratan ikan iaitu di Kg. Sg. Udang.

Perjalanan Menghala ke Kg. Sg. Udang, Yan

Kami mengekori mereka dari belakang, menghala ke Kg. Sg. Udang. Tempat ini merupakan satu lagi tempat pendaratan hasil-hasil laut dan ikan segar di sini sesuai dengan kedudukannya di tepi laut. Malangnya disini juga, tempat pendaratan ikan tersebut ditutup hari ini. Tak ada rezeki kami untuk menikmati ikan segar yang baru mendarat.

InsyaAllah kami akan datang lagi suatu hari nanti.

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...