Friday, November 13, 2009

Eh...acah-acah pulak


Malam tadi, badan rasa sejuk gigil, tekak rasa sakit, hidung berair. Pendek kata macam2 hal lah pulak. Nak kata demam, tak juga.. Nak kata sihat, ishhhhh... tu badan rasa sejuk gigil tu..mender??... tekak sakit tu pehal??...hidung lak berair kenapa??.

Dalam keadaan mcm tu pun, kena gak ler ngadap laptob kesayangan ku tu... Hmmmm...nak check balik Paper yg kena submit this week. Aduhaiii.... Dah berkira-kira dah...kalau keadaan mcm ni juga...nampaknya hari Jumaat kena lah MC. 12.30pm rasa berat kepala. Terus masuk tido.


Jam 5.00am, terjaga. Terkebil2 jap kat katil. Pegang tengkuk, pegang dahi... eh dah tak panas dah.. cuba bangun...elok lah pulak. Terus ke dapur, minum air mineral. Alhamdulillah... Tekak pun tak sakit dah. Hmmm nampaknya boleh lah pegi keje hari ni. Lepas solat subuh, buat meehon goreng untuk bekalan ke ofis.

Rasanya demam tu tak jadi datang...sebab malam tadi sebelum tidor dihiburkan dengan Konsert percuma oleh penghibur baru tanahair. Beliau mendendangkan beberapa lagu irama Malaysia tanpa henti. Siaran tersebut hanya boleh dicapai oleh mereka yang mempunyai Internet Connection dan menggunakan YM dan Voice Conference shj. Bertuahnya saya, dan terima kasih kepada beliau.

2 comments:

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...