Sunday, November 15, 2009

Bila bz.....macam tu ker??

14hb Nov. 2009
9.35pm
Lokasi : Kokopelli Bistro

Ke Kokopelli, Seksyen 14, PJ. Dinner kat sini. Teringin nak makan tomato soup. Sebelum ni, saya ada bagi review pasal tomato soup di Kokopelli ni memang special sgt. Tempat lain pun rasanya kalah.

Semasa kami sampai, agak ramai juga pengunjung. Di ruang dalam, kelihatan dipenuhi dengan pengunjung. Sementara di ruang luar, cuma ada 2 family dan satu couple shj. Masih ada lagi meja yg kosong. Kami seperti biasa, lebih suka memilih meja di ruang luar sambil menikmati udara segar waktu malam.

15 minit berlalu, tidak ada seorang pun daripada staff/waiter yg dtg kepada kami utk mengambil order dsbnya. Tak seperti selalu, sebaik sahaja kami mengambil tempat duduk, terus ada yg datang menghulurkan menu... dan sekejap itu mengambil order. Tertinjau2 juga.. Kami memerhatikan sahaja seorg staff, yg nampaknya lebih sibuk utk mengutip/mengemas meja yang bertentangan dgn kami. Apakah beliau tidak perasan kehadiran kami. Mungkin juga. Tetapi bagaimana pula dgn seorang staff lagi, ketika kami masuk, beliau nampak akan kehadiran kami, namun ketika itu, beliau sedang merokok.

Yang datang menghulur menu kepada kami selepas itu, ialah staff yg tadi nya merokok. Selepas beberapa minit, datang pula staff lain mengambil order (yg sibuk mengemas meja tadi tu). Owh rupanya..hari ni En. Ariff tak ada di Bistro. Ke Rembau menguruskan mengenai persiapan korban sempena Hari Raya Aidil Adha tak lama lagi.

Semasa kami menjamah makanan, kedengaran "Happy Birthday To You...Happy Birthday To You' di ruang dalam. Dan kelihatan staff membawa cake, balloon meraikan birthday boy/gal kat dalam. Pada pendapat kami, mungkin hari ni... semua staff sibuk membuat persiapan utk meraikan birthday boy/gal kat dalam sampai terlupa bahawa ada customer lain yg datang dan patut dijengah juga. Tapi tak apalah.... mungkin semua sibuk kan...

No comments:

Post a Comment

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...