23 May 2010
9.00am - 3.30pm
Awal jam 9.00am dah keluar Dari TBS terus ke Mid Valley. 9.30am dah sampai pun. Kedai2 banyak yang masih belum buka. Jam 10.00am, bila kedai dah mula buka, kami mengatur langkah nak cari barang yg dah disenarai utk dibeli di MidValley.. Dapat 2 barang.
11.00am, dari Mid Valley ke KLCC. Macam masuk treasure hunt la plak hari ni. Nak beli 1 "benda" tu. Malam sebelumnya... dah surf kat Internet, di Malaysia, "benda" ni hanya ada di 2 tempat saja iaitu di Isetan, KLCC dan Pavillion KL. Dah sampai KLCC tu, terus je ke tempat yg dimaksudkan. Pilih di pilih....dipilih... grab terus.. :). Tanpa berlengah, kami pun beredar dari situ sampai. tak sempat tengok mende lain.
Dari KLCC kami ke Jalan TAR. Tujuannya ke Euro Moda. Parking kat Sogo. Huhhhh...perut berkeroncong dah.. Singgah lunch - Beriyani kat Restoran Insaf.. Lepas tu baru gi ke Euro Moda. Nak cari kain lace dan kain baju melayu. Rambang mata.... banyak sangat yg cantik menarik....
French Lace - Yang ni lak camne?
SA ni sabar je melayan kerenah customer yg dah konpius
1 jam gak ler....kat Euro Moda tu... Dah dpt kainnya...terfikir la plak nak tempah kat mana. Kat Euro Moda tu pun ada tailor. Tengok ler...dalam minggu depan, baru nak tempah baju tu... Masih dok survey lagi, nak wat fesyen apa... :)
Antara barang2 yang dibeli .........
No comments:
Post a Comment