Thursday, May 27, 2010

Episod 1: Jalan2 Shopping - Mini treasure hunt....

23 May 2010
9.00am - 3.30pm

Awal jam 9.00am dah keluar   Dari TBS terus ke Mid Valley.  9.30am dah sampai pun. Kedai2 banyak yang masih belum buka.  Jam 10.00am, bila kedai dah mula buka, kami mengatur langkah nak cari barang yg dah disenarai utk dibeli di MidValley..  Dapat 2 barang.

11.00am, dari Mid Valley ke KLCC. Macam masuk treasure hunt la plak hari ni.  Nak beli 1 "benda" tu.  Malam sebelumnya... dah surf kat Internet, di Malaysia, "benda" ni hanya ada di 2 tempat saja iaitu di Isetan, KLCC dan Pavillion KL.  Dah sampai KLCC tu, terus je ke tempat yg dimaksudkan.  Pilih di pilih....dipilih... grab terus.. :).  Tanpa berlengah, kami pun beredar dari  situ sampai. tak sempat tengok mende lain.

Dari KLCC kami ke  Jalan TAR. Tujuannya ke Euro Moda.  Parking kat Sogo.  Huhhhh...perut berkeroncong dah..  Singgah lunch  - Beriyani kat Restoran Insaf.. Lepas tu baru gi ke Euro Moda.  Nak cari kain lace dan kain baju melayu.  Rambang mata.... banyak sangat yg cantik menarik....

Japanese Lace - Yg ni ok tak?
Japanese Lace - Haaa tgk wat cmni lak..ok?

                     French Lace - Yang ni lak camne?
        SA ni sabar je melayan kerenah customer yg dah konpius

1 jam gak ler....kat Euro Moda tu... Dah dpt kainnya...terfikir la plak nak tempah kat mana.   Kat Euro Moda tu pun ada tailor.   Tengok ler...dalam minggu depan, baru nak tempah baju tu... Masih dok survey lagi, nak wat fesyen apa... :)

                      Antara barang2 yang dibeli .........

Lepas dari Euro Moda, ke Sogo.  Ke Children Dept. Belikan stroller baby utk niece.  Dari situ, kemudian terus gi ke Hulu Klang.  Petangnya... jam 6.00pm baru la balik ke rumah..... Habis dah Episod 1, jalan2 shopping2......Episod 2 akan menyusul lepas ni........













Sunday, May 23, 2010

Aduhai oo Aduhai...Sesekali di 'dera'

22 May 2010...

Hari ni tak kemana2.  Kat rumah saje.  Merehatkan badan yg terlebih guna tenaga 3 hari berturut2. Polish balik part2  mana yang terentung di mamah mentarii.  Sun burn ke sun tan tak tahu lah..  Aduhaiii...kesiannya.. berbelang2 macam kuda belang.  Berbelak2 cam cicak... Bersauna pun tak jadi apa sangat.. Cuma segar lah urat2 tu kejap.. Apa taknya..  hari pertama, fizikal relax, tapi mental  yang bekerja. Hari kedua & ketiga, memang menguji ketahanan, keupayaan dan kesabaran. Antara aktiviti outdoor:

1. Berlari  sejauh 5 km (rasanya peluh sebaldi keluar masa ni... huhhh bukan lari slow ala2 model tu)
2. Flying Fox (ni bestt .....)
3. Abseiling ( ni pun bestttt....)
4. Paintball (paling bestt.... team i menanggg hehehehe)
5. Kayaking  (yg ni kalau buat waktu pagi or petang2 lepas jam 5 memang best.....tapi dibuat  jam  2.30pm  tengah   matahari rembang tu..huhuhuhu.... terbakarrrrr kulitku,  perittttt nyer).
6. Water Polo (hmmmm yg ni...nak pujuk kita org ler tu... suh main air la pulak... tapi penat pun tak hilang weiiii... Sib baik  disuruh jadi 'golly' .

 Terketaq2 kaki  masa nak drive  balik ke KL. Tenaga dah habis.. Kalau ikut hati, nak ajer tinggalkan kereta tu kat sana...Tumpang kawan balik sini.. Tapi bila fikirkan balik, mau ke kalau di ajak Mr. AA tu gi ambik kereta tu esoknya kat sana......Ishhhh nyusahkan dia la plak...  Balik la jugak dalam  keadaan hujan lebat. dan penat tu.   Ingatkan dah sampai rumah terus pengsan... Tak lah pulak... segar jer.... Lepas mandi dan Isyak, boleh online lagi tu.. Hehehehe....... Hmmmm... hari Jumaat, mula lah terasa, lenguh2 & letih. Malamnya pengsan terus depan laptop....Sorry yer my dearie.... U buzz  2-3 kali pun i tak sedar....Hehehehe

Thursday, May 6, 2010

Info Kesihatan : Diet untuk si darah B


Percayakah anda dengan diet yang dianjurkan mengikut jenis darah? Jika anda pemilik darah B, artikel ini mungkin boleh membantu.






KITA pernah mendengar pelbagai jenis diet yang dipraktikan di luar negara - daripada diet Atkins, diet rendah kalori hinggalah diet organik. Semua atas satu tujuan iaitu untuk mendapatkan tahap kesihatan yang paling unggul.

Tetapi pernahkah anda mendengar diet mengikut jenis darah? Ia adalah di antara diet yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Populariti yang diraih oleh salah satu jenis diet ini bukanlah hanya kerana jumlah pengamalnya yang semakin meningkat tetapi kepelbagaian pertikaian tentang kebenaran diet tersebut oleh pakar pemakanan lain.

Namun begitu, yang pasti berdasarkan pelbagai testimoni orang ramai dan keinginan untuk mencuba diet itu, buku nukilan pakar perubatan naturopati, Dr. Peter J. D'Adamo, telah terjual lebih tiga juta naskhah di seluruh dunia.

Menerusi buku bertajuk Eat Right For Your Thype, D'Adamo percaya jenis darah mempengaruhi sistem pencernaan dan sesetengah makanan tidak baik kepada sesetengah jenis darah.

Malah, D'Adamo juga yakin bahawa jenis darah menentukan kemungkinan jenis-jenis penyakit yang mudah dihidapi oleh seseorang selain senaman yang sesuai.

Lantaran itu katanya, seseorang perlu mengamalkan jenis diet tertentu atau berbeza mengikut jenis darahnya. "Pengaturan pola pemakanan yang betul akan meningkatkan sistem imun tubuh, mengekalkan kecergasan dan tahap kesihatan," katanya.

Memetik kata salah seorang pengamal diet mengikut jenis darah itu yang hanya dikenali sebagai Andari dalam blognya, "Saya sendiri seorang pakar teknologi pemakanan yang sangat skeptikal dengan teori dan kaedah D'Adamo ini. Saya hanya mula membeli buku dan mengamalkan diet ini selepas seorang rakan saya yang sebelum ini mempunyai asma teruk sehingga terpaksa tidur duduk, kini sudah semakin sihat sejak mencuba teknik diet ini.

"Selepas mencuba teknik ini, saya yang mudah mengantuk sewaktu bekerja sebelum ini berasa lebih cergas dan segar," kata Andari. 






Apakah cadangan D'Adamo untuk pemilik tubuh darah B?

Menurut D'Adamo, individu dalam kumpulan darah B digelar sebagai The Nomad. Gelaran itu dikaitkan dengan sistem imun yang kuat dan sistem pencernaan yang fleksibel. 

Dalam diet mengikut jenis darah, hanya mereka dalam kumpulan darah B yang mendapat manfaat paling baik dengan produk tenusu. Tetapi tegasnya, orang berdarah B perlu meninggalkan ayam dan itik kerana ia kaya dengan sejenis lektin dalam otot tisunya yang menyerang aliran sistem darah dan berpotensi meningkatkan risiko strok selain mengganggu sistem imun.


Sumber : Kosmo Online

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...