Thursday, April 1, 2010

Cruise - Bukit Merah Laketown



27 Mac 2010

Jam 5.30pm, sampai di Bkt Merah Laketown.  Jaraknya lebih kurang 20km saja dari rumah Bonda. Kami ke Main Office Bkt  Merah Laketown Resort utk meninjau/survey accommodation yg ada disitu.  Kami diberi penerangan mengenai jenis accommodation yang ada, dan kemudahan yang ditawarkan lengkap dengan gambar2nya serta rate nya sekali.  


Tengok jam masih awal lagi nak balik rumah.   Ke Jetty utk snap pemandangan.  Pengunjung tak berapa ramai hari ni.  Mungkin sebab bukan cuti persekolahan @ cuti kelepasan am.

Jetty - Bkt Merah Laketown

Kaunter Ticket - Tengok jadual berlepas

Suasana agak lengang di Jetty.  Cuaca pun bagus hari ni.   Eh teringin lah pulak nak naik cruise menyusuri tasik ni... Pegi ke kaunter ticket tengok jadual perjalanan.   Ohhh rupanya masih ada peluang utk naik cruise sebabnya ianya dijadualkan pada jam 6.15pm.  Terus ambik ticket. Harganya  RM10 seorang.

Sementara menunggu jam 6.15pm bagi membolehkan naik cruise, kami leka memerhatikan aksi si itik yg berenang-renang ke hulu, berenang-renang ke tepian mencari makan sambil bergurauan.

 
 Aksi Si Itik



Sendirian mencari makan


Bersantai bersama teman



Sembang petang


Berserakan

Jam 6.15pm, kami pun menuruni tangga utk naik cruise.  Tak ramai, cuma 14 orang saja. Seronok lah juga sebab tak padat dengan penumpang.

Cruise Bkt Merah


Kami bebas bergerak dan  nak duduk di seat mana pun.  Mr. AA enjoy snap gambar dan buat video.   Memang cantik sangat pemandangan yang kami nikmati petang tu
.
Nikmati hembusan bayu petang semasa ber 'cruise'

Sekitar tasik
Lagi pemandangan semasa ber cruise


Ketika kami menghampiri Pulau Orang Utan, hujan turun dengan lebatnya.  Dengar melalui walkie talkie, cruise kami diarah untuk berpatah balik ke Jetty.  Tapi boatman nampaknya perlahan2 mengemudikan juga cruise mengharungi tasik yg  berombak disebabkan angin dan hujan lebat. 

Semasa dalam cruise tu, kami semua asyik berpindah randah. Sebab nak elak dari basah terkena hujan.  Tapi macam mana pun, basah jugak sebab hujan lebat sungguh dengan angin sekali.


Kami dibawa melihat dari dekat, jambatan keretapi yang merentangi tasik buatan manusia  tu. Terdapat 2 laluan keretapi yang merentasi tasik iaitu, landasan yang lama, manakala laluan yg masih dalam pembinaan tu merupakan landasan keretapi laju yang akan menghubungkan Ipoh dengan Butterworth di utara.
Bila hujan berhenti, satu pemandangan yang sangat menarik hati kami semua.... kami dapat tengok pelangi dari tengah2 tasik. Wowwww....cantiknyaa.. Tapi malangnya tak dapat diabadikan, sebab kami cuma menggunakan digital camera SLR shj. 

Sunset di tasik

Bertambah indahnya lagi pemandangan, sambil menyusuri tasik, kami nikmati dengan suasana matahari yang perlahan2 melahbuhkan tirainya.   Sunset di tasik.
Sunset di tasik

Sunset di tasik

Sunset Cruise
 
Sunset

Sunset

Sunset

Sunset 

Jam 7.00pm, kami pun dihantar kembali ke Jetty. Berakhirlah "Sunset Cruise" kami pada hari ini.






No comments:

Post a Comment

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...