Friday, March 5, 2010

Emping & Cara Membuat

Apa itu Emping? Tak ramai yang tau kan.... Kalau ada yang tau pun....rasanya tak tau pulak camna cara ianya dibuat.

Emping diperbuat dari padi pulut yang dituai (ketika masih hijau2 kekuningan)

Inilah proses membuat emping:

1. Padi yang telah dituai akan dilerai/diasingkan dari batangnya

Proses meleraikan padi

Meleraikan padi (dilihat dari dekat)

Padi yang telah siap dileraikan

2. Mengasingkan hampa padi & bahan asing yang terdapat sama semasa proses meleraikan tadi.
Mengasingkan hampa padi & bahan asing

3. Padi dimasukkan dalam nyiru untuk ditampi

Dalam nyiru

Tampi padi

4. Setelah itu, padi tersebut akan dicuci dan ditoskan.

5. Menggoreng padi (tanpa minyak) sehingga ia meletup tanpa henti (oo masa dulukala, masa membuat emping ni lah kut, tercetus idea...perumpamaan ni " Macam Bertih Goreng")

5. Padi tersebut seterusnya di masukkan kedalam lesung kayu...dan ditumbuk.

6. Kemudian ditampi.... dan Jadilah Emping...

** Kalau tengok yang dijual dikebanyakkan tempat, emping tu berwarna kehijauan, sebenarnya ianya telah dicampur dgn pewarna/diwarnakan.



No comments:

Post a Comment

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...