Bersamaan 23 September 2009
Hari ni, selepas waktu Subuh, my Auntie sekeluarga berangkat balik ke Laguna (S.P Utara). Cadangan awalnya, mereka nak balik hari Selasa petang. Tapi ditangguhkan ke pagi Rabu, sebab seronok pulak bila dah berkumpul beramai-ramai ni. Lepas mereka balik, rasa sunyi lah sikit, sebab si kecik (M.Z) penyeri suasana dah balik.
Pukul 10.00 pagi, kakak dan keluarganya pulak berkemas-kemas nak balik ke KL. Lepas mereka berangkat, lagi lah terasa sunyi nya. Dah tak ramai orang ni, kami mula lah mengemas rumah, mencuci dsbnya.
Kami dibawa mengelilingi Zoo dengan Mini Train Night Safari selama kira-kira 1 jam perjalanan. Hanya beberapa jenis binatang sahaja yang jelas dilihat seperti Burung Hantu, Gajah, Flamingo Bird, White Swan dsbnya.
Perhentian akhir mini train tersebut adalah berhampiran dengan kandang gajah. Jadinya., dapat bergambar dengan gajah pun cukup laaaa..
Pukul 10.00 pagi, kakak dan keluarganya pulak berkemas-kemas nak balik ke KL. Lepas mereka berangkat, lagi lah terasa sunyi nya. Dah tak ramai orang ni, kami mula lah mengemas rumah, mencuci dsbnya.
Sebelah petang, hujan turun dengan lebatnya. Tak dapat nak pegi kemana-mana. Jadinya, lewat petang tu, kami buat plan nak ke Taiping Night Safari Zoo selepas waktu Maghrib. 7.45pm, keluar dari rumah. Dalam 8.15pm dah sampai. Terus pergi ambil tiket masuk. RM16 seorang. Kami dapat naik train yang ke 8. Menjelang pukul 9.00pm, semakin ramai pulak pengunjung yang datang ke Night Safari Zoo ini. Petugas terpaksa mengawal keadaan.
Night Safari Zoo - Mini Train
Masa di dalam train ni... agak riuh juga dengan suara pengunjung. Macam-macam komplen. "Eh tak nampak pun binatangnya". Ye lah mana nak nampak. Kan waktu malam, dan cuma disinari oleh beberapa lampu neon sahaja. Kami pun tergelak sama, sebab asik dok meninjau mencari-cari binatang yang dimaksudkan oleh pemandu train tersebut. Kesimpulannya, kalau nak tengok binatang dengan jelas, eloklah datang waktu siang. Kebanyakannya binatang semua dah tidor waktu malam.
Kami dibawa mengelilingi Zoo dengan Mini Train Night Safari selama kira-kira 1 jam perjalanan. Hanya beberapa jenis binatang sahaja yang jelas dilihat seperti Burung Hantu, Gajah, Flamingo Bird, White Swan dsbnya.
Perhentian akhir mini train tersebut adalah berhampiran dengan kandang gajah. Jadinya., dapat bergambar dengan gajah pun cukup laaaa..
No comments:
Post a Comment