Aduhai dah 2 hari berturut order bubur nasi ala jawa dgn Zu. Sedap lah plak. Ada sup, ayam carik2, sambal cili padi, kacang tanah goreng, , bawang goreng, bilis goreng, telur masin dan carrot potong. Cuma RM2.50 je sebekas. Kalau makan dalam pukul 10.00 pagi kenyang nyer leh terasa sampai ke petang.
Camni boleh lah berdiet. Hehehehe… petang balik umah makan buah ke or goreng tauhu pun dah cukup.
Ntah kenapa semalam terjebak lak.dengan nasik ambeng Mula2 tak heran pun tengok Zah, Aiza & Eliza dok sibuk order. Tapi bila Zu bukak tunjuk bungkusan nasik yg Zah order tu, uishhhh terkeluar lah aroma nya wangi Lauk pauk terdiri dari ikan kering, sambal kering jawa, suhun tempe goreng dan ayam masak kicap. Kecuq ayaq liuq chek aihhhh… Apa lagi order lah.. Memang sodap… Tapi bila fikir2kan, kalau tiap2 hari makan nasik ambeng, mau kembeng badan chek.. hehehhehe. Sebulan sekali ok lah kan…
No comments:
Post a Comment