Monday, January 4, 2010

Suasana di Kampung. - Sawah padi as of 31/12/2009

Tajuk : Sawah Padi Bonda
Lokasi : Utara Semenanjung
Berada di Kg : 31/12/2009 - 02/01/2010

Pulang ke kampung sehari lebih awal, sempena cuti awal tahun (01/01/2010) yang jatuh pada hari Jumaat.

Ini lah antara suasana dan pemandangan ketika bercuti kali ini di kampung.

Kuning kehijauan sawah padi

Lontaran pemandangan di sawah

Nampaknya pokok padi pun dah mula mengeluarkan isi. InsyaAllah, hasilnya boleh dituai pada awal Februari nanti.

Padi sudah mula berisi

December ni kerap hujan di kampung. Oo..... alahai tumbang lah pulak pokok padi bonda.

Pokok padi tumbang

Segaris harapan

Wednesday, December 23, 2009

Separuh Jiwaku Pergi


Hampir separuh perjalanan ke ofis pagi tadi, dengar lagu ni kat radio " Separuh Jiwaku Pergi" oleh Anang. Ex asben si Krisdayanti tu. Aduhaii...mendayu-dayu lah pulak... ye lah.... bila cinta dikhianati, kasih sayang tak dihargai... terasa diri dipermainkan.... siapa tak sedih kan....

Antara lirik "Separuh Jiwaku Pergi", Memang indah semua...Tapi berakhir luka....Benar ku mencintaimu...Tapi tak begini.... Kau khianati hati ini.....Kau curangi aku...



p/s: ada yg kata kalau dgr lagu2 camni jiwang... ye ke? sekadar mendengar... semua org ada perasaan... gembira, sedih, suka, duka. semuanya dilalui. itu lumrah kehidupan...

sesekali hati tersentuh jua.
..







Monday, December 21, 2009

Tumbler biru baru......


Sabtu pagi, ke Jusco, IOI Mall. Ke Kitchen Department & Dining Department... Belek sana, belek sini, ada yang berkenan.. tapi tunggu $ ada lebih nanti, leh la beli. Mahal2 lak tu.

Masa nak keluar tu, terpandang lak.... SA dok tolak troley dgn muatan tumbler yg colourful utk di letakkan di rack. Eh apa lagi.... patah balik lah... Konon2 nak tengok ajer... Tapi terberkenan pulak.... Hehehe..

Yang baru

Sebenarnya, tumbler dah ada sebelum ni. Masih elok lagi. Beli 5 tahun lepas, dengan harga RM13.90. Tebal dan boleh tahan isi air panas. Memang tahan lasak tumbler tu. Bawak gi class, letak kat office, dan kalau gi travel mana2 pun tumbler tu ikut gak. Beli baru tu sebab, muatannya 2000ml. Harganya juga RM13.90. Yang lama, muatannya cuma 800ml saja.

Yang lama

Yang lama dan Yang baru

Dah ada 2 tumbler ni, yg kecik tu kena bawak balik rumah lah. Takkan 2-2 nak tinggal kat ofis pulak.... Dari segi ketahanan, nampaknya yang lama tu lebih teguh dan kukuh berbanding dengan yang baru.


Bagan Lalang Gold Coast....

20 Dec. 2009

Dari KL ke Bagan Lalang Gold Coast mengambil masa kira-kira 1.5 jam perjalanan. Taklah jauh sangat bagi warga kota untuk menikmati panorama indah pantai dan laut. Kami melalui Cyberjaya, Salak Tinggi, Sg. Pelek seterusnya ke Bagan Lalang.

Indahnya di pantai

Beristirehat bersama keluarga

Sejauh pandangan mata

Tambak di pantai

Palm Tree Water Villas dari kejauhan

Bercanda di pasiran pantai

hiasan pantai di kala air surut

Jauh berbeza Bagan Lalang 3 tahun lepas dengan sekarang. Dah ada Golden Palm Tree Water Villas dah. Alaa.... yg macam kat Dubai tu...

Layout Golden Palm Tree Water Villas

Layout - Golden Palm Tree Water Villas

Showroom

Palm Tree Water Villas

Colourful

Air mula pasang

Memancing

Lunch di Mat Ayam Kampung jomm.....

20 Dec 2009
2.30pm

Hari ni lunch kat Mat Ayam Kampung, Serdang Raya. Lauk nya, tentu lah ada ayam kampung kan. Gambar tak sempat nak ambik sebelum makan. Lapar sangat kut tadi. Lauk-lauk lain, sambal bilis kacang, gulai kawah daging, ulam2an, sambal belacan dan sambal tempoyak.

Restoran Mat Ayam Kampung ni memang menyediakan masakan kampung. Antaranya, sayur pucuk paku, ikan percik, ulam2an dll.


tgh makan tu, baru teringat ambik gambar

Sedappp.. Alhamdulillah. Sat lagi tu ada la yg tanya "Haiii.....dah malas memasak ke?, asik makan kat luar ajer" Hehehehe... "shekali shekala ok lah makan kat luar...leh rasa dan tengok masakan org lak"

Wantan Mee yang special di Pine 38

19 Dec 2009

Kalau ditanya, kat mana nak makan Wantan Mee yang sedap, I bleh rekemen kat Pine 38, Shah Alam. Memang sedappp. Banyak rencah ratus nya... Pendek kata berbaloi-baloi....dgn harganya RM10.90. Nak lagi sedap.... mintak skit cili padi potong @ cili jeruk. Hmmmmm....

Malam minggu tadi, makan Wantan Mee dgn Jus Carrot. Wowww... Blink..blinkk mata...

Wantan Mee

Carrot Juice & Pineapple Juice

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...