Sunday, October 25, 2009

Bora Asmara, Kg. Sg. Penchala

25 Oct. 2009
9.40pm - 10.45pm


Kami ke Bora Asmara, Bkt Lanjan. Kunjungan kedua kami ke sini. Tak ada idea nak kemana malam minggu ni. Agak lewat kami sampai. Dah berkira-kira dah, kalau orang terlalu ramai dan susah nak dapat parking, kami akan beralih ketempat lain. Dari jauh, nampak banyak kereta yang parking di kiri kanan jalan. Alhamdulillah, masih ada ruang lagi untuk parking.

Kami memilih untuk duduk di bahagian anjung hadapan dan 'open air'. Di Bora Asmara ni ramai yang datang berkeluarga dan berkumpulan. Dinner and celebrate birthday pun ramai.

Sirloin Steak & Calamari Ring

Order Sirloin Steak dan Calamari Ring. Drinks :Mix Fruit Juice (Sunkist +Pineapple) dan Lorina French Lemonade.

Live Band

Suasana kat sini selesa untuk yg ingin enjoy makan2 & lepak sambil dihiburkan dengan live band. Bermula diruang tengah anjung, kumpulan live band ni menghiburkan pengunjung dengan 2 buah lagu - Doa Buat Kekasih dan Singkong & Keju.


Video 1: Doa Buat Kekasih

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

( korus )

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih


Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih


Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih


Video 2: Happy Birthday

Kemudian mereka (live band) ni bergerak pergi ke setiap meja menghiburkan pengunjung. Dan kebetulan sekeluarga yg duduk di meja belakang kami, rupanya buat dinner birthday kat sini. Diterjah lah oleh live band ni dengan lagu Happy Birthday. Meriah sungguh...


Seterusnya kami pula dihiburkan dengan 2 buah lagu yg sungguh syahdu dan mendayu-dayu. Aduhai...macam nak terlelap lah pulak.


Video 3: Lagu Aku & Dirimu

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

reff:
duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu bisa kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan

meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita



Video 4: Suraya

Bagi sesiapa yang ingin relaks dan menikmati suasana ala Bali sambil enjoy makan2, borak2 dengan kawan2 atau keluarga, memanglah sesuai datang ke sini. Ruang luas. Ada ruang yang ber ' air cond' dan juga ruang open air.

Kami meninggalkan Bora Asmara, pada jam 10.40pm. Dah kenyang kan.... Balik lah.

Friday, October 23, 2009

Amboiii Besarnya Mangga..........


Sebaik sampai di ofis, Amy datang kat Department I, kasi buah mangga ni. Makan ramai2 katanya. Thank you Amy. Amboiii besarnya... dah nampak macam buah betik lah pulak. Berat hampir 2 kg. Tak sempat nak timbang. Pokok mangga ni ditanam di rumah Ibunya di Melaka. Buahnya memang jenis besar. Paling besar katanya, berat mencecah 4 kg.

Orange Sunkist & Mangga

Orange Sunkist (Saiz Besar) & Mangga

Lenguh gak tangan pegang masa kupas buah ni. Ye lah...hampir 2 kg berat, dan pegang sebelah tangan. Isi tebal dan rasanya manis bermadu.

Manis berair madu

Hmmm...Nyump..nyump..nyump..

Last year, Amy ada bagi anak pokok mangga ni. Bawak balik dan tanam di Kg. Dah besar dan tinggi lebih kurang 4 kaki dah. InsyaAllah, dalam setahun lagi berbuah lah tu.


Monday, October 19, 2009

Makan2 kat Ofis

19hb Oct. 2009 (Isnin)
(bersamaan 30 Syawal 1430 Hijrah)


Hari ni seperti yang dirancang minggu lepas, kami berlima buat makan2 kat ofis. Alaa...simple2 ajer. Masak sendiri kat rumah. Zam masak nasik goreng + ayam masak tomato, Shidi buat puding buah dan bawak lemang 4 batang, Saiful bawa spagheti, Kay pula masak rendang ayam dan keropok.... Hehehe myself bawak rendang daging dan nasik impit.

Ayam Masak Tomato & Kuah Spagheti
Rendang Ayam & Rendang Daging
Nasi Goreng
Nasi Impit & Puding Buah
Spagheti

Kami breakfast sama2 kat ofis hari ni. Jemput juga kawan2 lain join kami makan. Makanan banyak, rezeki kongsi lah sama-sama.


Kokopelli lagi..............



Drinks - Fly Me to the Moon
Tomato Soup & Fly Me to the Moon
Lasagna
Dinner for tonite
Lasagna, Char Kuew Tiaw, Tomato Soup & Fly Me to the Moon



Monday, October 5, 2009

14 Syawal - Pulang lagi ke Kg.

03/10/2009 (Sabtu)
Bersamaan 14 Syawal 1430 Hijrah)

Jam 7.00pagi, bertolak ke kampung untuk menghantar Bonda. Beliau berada di KL sejak hari Isnin (28/09/2009). Tak lama dia datang, cuma 5 hari saja. Bertolak awal, tapi sampai ke rumah di kampung waktu petang. Banyak tempat singgah. Mula-mula singgah di Nursery Sungai Buloh. Beli pokok bunga dan anak pokok Mangga Madu. Selepas tu, singgah pulak di Rawang berhampiran Plaza Toll untuk ambil barang dari seorang kawan. Kemudian, breakfast di R& R Rawang.

Dalam perjalanan, kejap cuaca elok, kejap hujan. Beberapa kali singgah di Hentian Rehat. Entah kenapa, hari ni mengantuk lah pulak. Hehehe... Semalam lewat tidor.

Singgah kejap di Hentian Rehat Bukit Gantang, beli buah-buahan. Exit dari Highway PLUS jam 1.00pm. Terus pergi beraya ke rumah Kak Mah/Abg Li. Cuti Raya minggu lepas tak sempat pegi. Sibuk dan banyak sangat aktiviti. Pukul 3.30pm, balik ke rumah.

Sebelah petang, keluar lagi, ke Bukit Merah. Nak cari belut. Hehehehe.... Nak buat apa eh belut tu??? Ehemm...ehemmm... Alahai... tak banyak pulak belut ada... Cuma 2 ekor jer lah dpt. Waktu balik tu sempat singgah kejap kat tepi Tasik Bukit Merah ni..


Banyak keistimewaan dan kegunaannyaTasik Bukit Merah ni. Selain daripada menjadi pusat takungan bekalan air kepada kawasan pertanian dan penduduk di Perak Utara, terutamanya Daerah Krian, ia juga adalah merupakan tempat Ikan Arowarna yang paling baik dan tinggi kualitinya di dunia boleh didapati disini.









13 Syawal - Dinner - Pantai Jeram

02/10/2009
7.45pm - 9.00pm
Lokasi : Restoran Ikan Bakar, Pantai Jeram


Kami ke Restoran Ikan Bakar, Pantai Jeram lagi. Tapi kali ini bersama dengan Bonda. Sampai di Restoran setelah masuknya waktu Maghrib. Terlepas peluang untuk menikmati suasana sunset di pantai.

Memilih Ikan Gerut, Ketam, Udang, Sotong, dan Kepah. Ikan Gerut dimasak 3 Rasa, Ketam spt biasa lah, Masak Rempah Bercili, Butter Prawn, Squid Butter, Kepah di goreng bercili pedas. Sementara sayur pula, Kailan Goreng Belacan.

Kelihatan di gambar Ketam Rempah Bercili, Gerut 3 Rasa & Butter Prawn


Tak banyak gambar diambil kali ni, kerana asyik menikmati hidangan. Memang sedap. Thanks to Mr. AA (Host) .

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...