Tuesday, September 1, 2009

Cuti Sambutan Kemerdekaan ke 52 - Ke Mana Destinasi Anda??

Tarikh : 30/08/2009 - 01/09/2009
Destinasi : Utara Semenanjung.

3 hari cuti hujung minggu ni, ambik kesempatan balik kampung. Bertolak dari KL jam 2.50 pm. Cadang tu nak bertolak sebelah pagi, sekitar jam 11 am. Tapi keadaan tak mengizinkan. Exit di Plaza Tol berhampiran Hospital Sg. Buloh untuk ke Nursery, beli bunga/pokok utk dibawa balik ke kampung. Sg Buloh ni memang terkenal sebagai tapak nursery bagi pencinta bunga-bungaan/pokok buah2an dsbnya.

Nursery Sg. Buloh
***************************
Beli 10 pokok bunga Siantan beraneka warna. Saja nak tambah koleksi siantan di rumah bonda. Siantan ni juga dikenali dgn nama "Exora" atau" Jenjarum".

Kali ni tak beli pun rumput-rumput. Kalau tidak, tiap kali balik, singgah sini, ada jer rumput yg nak dibeli. Pearl, Manila, rumput golf adalah antara jenis rumput yang dijual disini.



Lebuhraya ke Utara (Berhampiran Gua Tempurung)
*********************************************************


3.30 pm, masuk balik ke Highway PLUS menuju ke utara. Cuaca agak panas. Akan tetapi selepas melepasi Tapah, cuaca mula mendung.

Bold


Setiba di Gua Tempurung, hujan mula turun. Semua memperlahankan kenderaan, jalan licin dan merbahaya.

Ramadhan di Kg
**********************
Selamat tiba di Kg. jam 6.30pm. Cerah lagi. Sempat lah snap gambar, kait buah kelapa muda dan jalan keliling rumah. Waktu berbuka di Kg. lewat sikit dari waktu berbuka di KL.
Suasana petang di Kg.

Hari ke 2 di Kg. Pagi dipenuhi dengan aktiviti tanam menanam pokok bunga, pokok roselle, pokok buah naga (dragon fruit) dsbnya. Bila agak panas, dan rumput dihalaman dah kering embunnya, aktiviti lain pulak menyusul. Aktiviti mesin rumput. Mr.AA, bermandi panas mesin rumput menggunakan mesin elektrik. Selepas beberapa ketika, kesian pulak tengok, terus hulurkan terendak utk lindung muka dan kepala dari panas terik. Ntah apa lah pesen, mesin rumput pakai seluar pendek. Abis ler betis tu sakit cik abg weiiiii....... dilibas dek rumput......
Sawah yg belum dibajak


From Taiping With Luv.

**************************
Juga aktiviti pada hari ke 2 di Kg, sebelah petangnya, ke Taiping, nak jumpa kawan dan jalan-jalan cuti2 Malaysia. Kemana lagi yer....kalau tak ke tempat yang menarik di Taiping iaitu, Taiping Lake Garden. Byk pemandangan yang menarik di Taiping Lake Garden ni. So, apa lagi.... snap sana sini lah....


Video sekitar Taiping Lake Garden


Kembali ke KL, pada 1 Sept.2009, jam 2.30 pm. Setiba di Kuala Kangsar, hujan lebat, dan di laluan yang bertentangan terdapat kemalangan yang melibatkan lebih 20 buah kenderaan. Dah jadi lumrah, sekiranya berlaku kemalangan, kebanyakan pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat keadaan kereta yg terlibat dlm kemalangan tersebut. Kami yang menuju ke KL pun sesak, apatah lagi laluan sebelah yg menuju ke Utara.

Akhirnya kami selamat tiba di KL jam 7.15pm, dan terus ke USJ 9 ke Pizza vs Satay utk berbuka puasa . Order kami tk sempat hidang, masa azan berkumandang, jadi nya berbuka puasa dengan karipap yg bonda dan makcik bekalkan dari kg. lah nampaknya dan juga air sirap free dari Pizza vs Satay. Alhamdulillah.

Wednesday, August 26, 2009

Sunday, August 23, 2009

Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna.........

Syaaban berlalu, Ramadhan pun tiba. Ramadhan bulan suci bulan yang mulia...


Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Thursday, August 20, 2009

Sentul Curry House

19th Aug.2009
12.50pm - 1.30 pm
Sentul Curry House
Lot 239, Section 8, RW Township,
Bt 2, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
51100 Wilayah Persekutuan

Tel03-4044 0563
HP012-275 2447
Business Hours 7am- 11pm

Hari ni, ofismate, Shidi... ajak kita org berlima lunch di Sentul Curry House. Nak belanja kawan-kawan makan kari kepala ikan, katanya. Thank you Shidi, you belanja kita org makan kari kepala ikan tu... Mudahan dimurahkan rezeki, dan cepat naik 'pangkat'. Thank you juga Saiful, jadi pilot kita org. Sudi bawak kita org naik kereta you.. Cekap dan pantas... Macam kata Shidi lah...naik kereta Saiful ni best, dari B.J ke Sentul tu, 10 minit dah boleh sampai.

Hidangan tengahari

Kari kepala Ikan

Kari kambing

Sentul Curry House

Order Kari Kambing, Ayam Goreng Rempah, Sayur Kobis & Kacang Panjang dan Kari Kepala Ikan Special. Sedap makan kat sini.. Berpeluh-peluh kita org. Siap ada yang tambah nasi lagi. Rempah kari ni memang power. Pedas dan beraroma. Jenuh basuh dengan sabun, baru hilang bau yg melekat kat tangan.

Tapi apapun memang sedapp lah....

Wednesday, August 19, 2009

Nak ke USJ9 jer, Akhirnya Sampai ke Pantai Jeram

17hb August 2009
(Isnin)
4.30pm - 9.30pm

Hari ni ada aktiviti di Uniten, Sebelah tghari balik ke rumah, ada agenda lain pulak. Dapat SMS dari someone " Jom gi Murtabak Sg nak?" Tak perasan pun mesej tu masuk inbox bila. Jam 3.00 ptg, Reply " nak gi kul brp? kat SPA lagi ni". Dpt mesej lagi " Balik kul brp?" Reply lagi " 4.30pm sampai kt umah". Pastu katanya, 5.00pm lah pegi. Lepas habis jer activity di SPA, terus balik kerumah. 4.15pm dah sampai. Sakit perut pulak. Tiba-tiba HP berbunyi katanya "kat Kinrara dah ni, siap cepat". Eh tadi kata jam 5.00pm, ni baru 4..18pm...camner ni. Hmmm tergocoh-gocoh lah.. 4.25pm dpt SMS lagi " Cepattttttt". Intai kat tingkap, lerrr dah sampai.. Adoiiii.... kena mandi ala Charlie Chaplin la ni. Tak seronoknya...kelam kabut... Pastu dah naik kete..... hmmm.... Sabar jer lahhhhhhh.....

Ke USJ9, dalam keadaan hujan rintik2. Sampai kat Restoran Victory, Arab Street USJ9 tu, alahai tutup lah pulak... Tak tau nak kemana... Ke Geylang Kopitiam, rasanya tak nak lah.... 2 minggu lepas dah kesini. Ke Pizza Vs Satay, rasa heavy lah pulak nak makan. Ayam Penyet, tutup juga hari ni Isnin. Tiba2 ada cadangan ke Pantai Jeram.. Setujuu.... Memang dah lama tak meratah ketam ni...

Perjalanan ke Pantai Jeram mengambil masa kira-kira 1 jam ajer. Kejap hujan, kejap okay. Singgah kejap ke Pantai Remis, tengok suasana pantainya. Lepas tu terus ke Restoran Aroma Ikan Bakar kat Pantai Jeram.


Restoran Aroma Ikan Bakar

Pilih ketam, udang, ikan dan sotong. Sekarang kami dah pandai pilih ketam. Mak yang tunjuk, masa bawak dia makan kat restoran ni Mac lepas. Cari ketam betina. Kalau dulu main belasah ajer....asalkan ketam, terus ambik. Ketam betina ni ada telur dan isi dia lagi banyak berbanding dengan ketam jantan.


Ketam Goreng Rempah Bercili

Siakap 3 Rasa

Butter Prawn & Butter Squid (Piring kecik)

Jus Aroma Buahan Istimewa

Sunset - Sambil menikmati makanan

Video perjalanan balik dari Pantai Jeram

Masa perjalanan balik tu, mula-mula ok jer, tapi dah sampai ke Highway Puchong - Sg. Besi hujan lebat pulak. Kereta pun banyak kat jalanraya. Terpaksa perlahankan perjalanan. Sampai rumah pukul 9.30pm


Subak 3rd Visit - Dine in Nature, Serenity in City

15th Aug.2009
8.50pm - 11.00pm
Subak

Malam minggu ni kami kunjungi lagi Subak di Bkt Lanjan. Cuaca sangat baik. Udara nyaman, terasa, tambahan pula kedudukannya di pinggir bandaraya dan berada dipersekitaran kawasan dusun dan berbukit. Bersama kami malam ni, ialah Customer Mr. AA, wife dan 2 orang anaknya yg cerdik dan comel.

Menunggu order

Vanilla Ice Cream with Chocolate

Vanilla Ice Cream with Chocolate menjadi pilihan 2 orang kanak2 tersebut. Menarik, dengan hiasan strawberry kat atas Ice Cream tu.


Lamb Shank Masala
Water Fresh Prawn Mee

Gambar Deserts dan juga Starter terlupa lak nak snap. Untuk starter, kami order Ibu Yati Gado-gado (atau kat Malaysia ni lebih dikenali dgn Pecal). Satu yg patut di highlightkan... Gado2 @ Pecal kat sini special sangat. Presentation pun menarik. Desert tu tak tau lah pulak namanya, tapi ada nangka, coconut milk, bubur caca dan ais batu. Sedap.

Kebetulan bersebelahan meja kami, ialah Y. M Raja Nazrin & Isteri serta keluarga mereka turut menjamu selera di Subak. Berborak dengan seorang staff yg datang ke meja, kami dimaklumkan bahawa ini adalah kunjungan kedua Y.M Raja Nazrin ke situ.

Dengan irama cengkerik, katak bersahut-sahutan, menjadi irama simfoni yg menarik sambil kami menjamu selera. Kami menghabiskan masa kira-kira 2 jam kat sini. Kiranya ni dinner before menyambut Ramadhan lah ni.




MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...