Bukit Merah Laketown merupakan antara tarikan pelancongan ke kawasan Perak Utara. Taiping adalah bandar terhampirnya. Bukit Merah juga adalah satu2nya tempat di Malaysia, dimana landasan keretapi merentasi tasik. Cantik sangatt pemandangannya.....

Banyak keistimewaan Tasik Bukit Merah ini selain daripada tarikan pelancongan, ia juga merupakan sumber bekalan air bagi Daerah Kerian.

Dengan keluasan tasik ini, ia menjadi sumber rezeki bagi penduduk kawasan sekitarnya menjalankan aktiviti menangkap ikan. Difahamkan antara jenis2 ikan yg terdapat di tasik ini ialah, ikan lampam, baung, sebarau, kelisa dsbnya.
Kemudahan penginapan tak perlu dirisaukan. Banyakk... Nak Apartment? Service Apartment? Homestay? Hotel? Perkampungan Air? Semuanya ada..... Pilihan ditangan anda.... Hehehehe siapkan $$$$$ ajer....


No comments:
Post a Comment