Wednesday, September 9, 2009

Dinner di Kokopelli Travellers Bistro

5 September 2009


Lepas solat tarawih di Masjid Tun Abdul Aziz, Jln Semangat, Sek.14, kami terus ke Kokopelli Travellers Bistro. Eh sunyi sepi di bulan Ramadhan ni. Parking pun senang jer. Ketika kami sampai, hanya ada satu keluarga shj sedang menikmati hidangan. Boleh pilih2 lagi meja mana yang nak.. Hmmmm ...spt biasa lah... kami lebih suka 'open air'.




Berbuka tadi cuma dengan kurma dan susu saja. Jadi lepas solat tarawih ni, best lah sikit nak makan yang 'heavy'. Order tomato soup, steak, dan pasta carbonara. Drinks pula, Fly Me to the Moon (huhhh our favourite ni).

Tomato soup di Kokopelli ni memang special. Sedappp sangat. Resepi tersendiri En. Ariff. Bahan2 terdiri daripada tomato yang terpilih dan best quality sahaja.

Satu lagi keistimewaan di Kokopelli ni ialah layanan yang mesra dari owner dan juga staffnya. Tabik lah untuk En. Ariff, sebab staffnya well trained dan friendly.

Dalam perjalanan balik sempat lagi singgah Mc.Donald. Sebab utamanya, teringin nak makan ice cream. Hmmmm sedap tu...

No comments:

Post a Comment

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...