Sunday, July 5, 2009

Bora Asmara - Kg Sg.Penchala

04 July 2009 - 9.15 pm - 10.45pm
Bora Asmara
Lot 2933, Kg Sg. Penchala
Kuala Lumpur
Tel: 03 7726 0964




Tak tau nak kemana mlm ni. Ikut jer lah. Dah sampai separuh jalan, melepasi Istana Negara, di tanya "tau ke kita nak kemana". Dah memang tak tahu, jawab "Ntah". "Kita gi Subak nak" katanya lagi. Diam jer. Lepas exit Penchala Link, mcm perasan katanya Bora Asmara kat mana eh. Tengok sebelah kiri sebelum simpang ke Subak, tak ada pun Bora Asmara.

Jadi kita orang try lah masuk jalan nak ke Subak tu. Nampak kereta banyak kat bahu jalan. Berenti kat situ sebab nampak suasana meriah ajer. Sambil tu, abe cakap "dah banyak kali kita lalu sini, camner leh tak perasan eh Bora Asmara". Terpinga-pinga gak masa tu, sebab apa yang nampak macam majlis orang kawen ajer. Tak nampak pun kat tembok tu perkataan Bora Asmara. Yang tertera adalah 'LAMAN'. Bila pusing balik untuk intai sekali lagi, jadi memang confirm, tu majlis kawen.

Keluar dari simpang tadi, kemudian ke kanan menghala naik ke bukit dalam 800m , kelihatan dari jauh kereta bersusun dibahu jalan.. Ahaaa mungkin ini tempatnya... Dan tak silap lagi.... dengan disinari cahaya samar-samar, terlihat perkataan Bora Asmara. Kedudukannya agak terpencil dengan dikelilingi rumah penduduk kampung.


Onion Ring sebagai starter menu
Drinks : Watermelon + Lychee & Lorina French Berry Lemonade. Kat menu tu ada Es Kelapa Pickles dan Es Kelapa apa ntah. Teringin nak cuba tu.. Tapi waiter tu siap bagitau, tak der. Kelapa dah abis. Order Apple Juice, waiter tu pun cakap tak de.. Aiksss sumer tak der ni.. Nak ajer ckp... Air mata ada tak?

Kiranya nasib kita orang malam ni tak berapa bagus. Nak order Spaghetti, katanya tak de, nak order Phat Thai, juga kata nya tak der... Abis apa yang ada?? Memang lah kalau tengok kat menu ada byk lagi makanan. Tapi kita orang tak nak lah makan yg heavy. Last sekali sorang order Fish & Chip, sorang lagi order Fettucine Carbonara. Tapi dua-dua makan tak abis. Hehehe.. Kenapa????? Tentu ada jawapannya kann....... Nak tahu???? Sila call No. 016 268........ @ 012 216......

Walau bagaimanan pun ambience di Bora Asmara ni boleh lah bagi rating B+. Ruang luas, cantik, seni berkonsepkan ala Bali. Yang bestnya, ada Live Band dan mereka akan pegi ke setiap meja sambil nyanyikan lagu.





Kepada group yang ramai, mereka akan nyanyikan sehingga 3-4 buah lagu. Malam tu, ada 3 group yang membuat sambutan birthday kat situ. Apalagi meriahlah suasana.

Family - celebrate birthday

Jam 10.45pm, kami melangkah meninggalkan Bora Asmara. Masih ramai lagi yang menikmati makanan dan suasana disitu.

4 comments:

  1. Errrrrr sapa jejaka yang tak dok diam lam video tu.

    ReplyDelete
  2. Kalo nak tahu, jejaka tu adalah model utk video clip ni.

    ReplyDelete
  3. hai... nk tanya, ade buat pakej perkahwinan x kat bora asmara ni?

    ReplyDelete
  4. rasanya ada dibuat pakej perkahwinan kat situ...

    ReplyDelete

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...