Thursday, April 23, 2009

ECPI Water

Lunch hari ni makan roti kismis jer. Bila tengok hidung & mata masih bengkak, seorang teman, Lza namanya, cadangkan minum ECPI Water. Ler...apa pulak ECPI Water ni. Bila search kat google, jumpa lah article ni:

Air ECPI ialah air gelombang/tenaga yg tidak mengandungi bahan kimia, dadah atau bahan pengawet.

Kegunaannya ialah memberi tenaga, meransang sel sel badan, menjaga sistem badan, mengesan punca penyakit dan juga merawat pada punca. Bila punca penyakit ditemui dan dirawat, penyakit tidak akan datang berulang ulang kali seperti yang kita biasa alami selama ini.

Air ecpi mengandungi lebih 1732 jenis elemen PERUBATAN, TERAPI dan RAWATAN untuk tubuh badan kita.

Kegunaan dan khasiat air ECPI merangkumi hampir ke semua jenis penyakit penyakit yang kronik atau ringan. Ia mampu memberi tenaga kepada tubuh badan manusia. Hampir segala jenis produk dan rawatan kesihatan yang berada di pasaran masa ini, yang berkesan dan diperlukan oleh pengguna sudah di masukkan ke dlm air ecpi di dlm bentuk gelombang atau tenaga.

Apabila teknik rawatan tersebut di cipta dengan bentuk tenaga/gelombang, ia akan lebih mudah memasuki sel sel badan kita untuk mengesan di mana sebenarnya PUNCA PENYAKIT. Kebiasaan kita mendapat rawatan hanya utk baik pada waktu itu, tetapi ia akan berulang ulang lagi berkali kali selagi tidak dirawat PUNCA penyakit.

Dengan teknik ini, badan akan lebih cepat dan mudah menerima kesan ransangan dan rawatan dan akan cepat memberi tindak balas terhadap proses penyembuhan tersebut, lantas sembuh pada puncanya. Bijak? Memang betul. :)

Air ecpi dicipta dgn kehalusan molekul airnya yang berukuran 0.001-0.004 mikron yang lebih halus dari teknologi NANO.

Ia dicipta khas utk memasuki, mengesan dan merawat sel-sel badan, termasuk sel-sel cancer dan segala jenis sel di dalam sistem badan manusia.

Ecpi mempunyai pH di antara 7.5-8.3 (alkali) yang memang sesuai dan diperlukan untuk tubuh bdan kita.

Air ecpi amat amat bertenaga, suci lagi halal dan juga amat baik untuk kesihatan tubuh badan fizikal dan emosional.


Nanti2 lah bila free, nak pegi lah tengok macamana rupanya air ni, dan apa khasiat nya.

Kata Lza, Kak Muji dah jadi dealer ECPI Water. Hehehehe.. Kak Muji, takkan tak leh kasi adik-adik ni rasa skit kut air tu...



1 comment:

  1. saya baru sahaja menjadi stokis untuk ecpi produk.. blh contact saya kalau inginkan produk ecpi... Shark (017-2723030) SP Seri Kembangan, Selangor

    ReplyDelete

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...