27 June 2009
9.40 - 10.40 pm
16, Jalan USJ 9/5Q,
Subang Jaya,
Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-80239050
Tak susah nak cari Pizza vs Satay ni. Landmarknya.. Bank Rakyat dan Masjid Al Falak kat USJ9. Juga berdekatan dengan Restoran Victory yang special dengan murtabak Arab Street Singapore tu. Kredit to Mr. AA, pilot yang cekap. Kat area ni, banyak tempat makan yang menarik seperti Geylang Kopitiam (yg masuk JJCM minggu lepas tu). Waktu kami sampai kat Pizza vs Satay ni, tak berapa ramai orang, mungkin waktu tu dah lewat.
Suasana dan hiasan dalaman Pizza vs Satay ni menarik dan unik. Lampunya yang kemerahan menimbulkan suasana romantik. Berada disini seakan berada dirumah. Ada kelainan dimana seluruh genap pelusuknya dipenuhi dengan pelbagai hiasan. Terdapat keratan dari akhbar dan magazine mengenai restoran ini dilekatkan dan ditampal disatu sudut.
Pasta Carbonara
Seteliti meneliti menu di atas meja, kami memesan Spaghetti, Satay (10 cucuk, minimum order) dan Pasta Carbonara. Minuman pulak, Carrot+Apple dan Watermelon. Lebih kurang 1o min. dah dapat makanan. Service bagus dan cepat.
Carrot + Apple atau kami sebut "Carpool" jer.. Ada "orang tu" teringin nak minum Carpool ni sejak minggu lepas lagi tapi tak dapat memandangkan kat Kokopelli tak ada minuman ni.. Waiter tu pun tak tau minuman ni masa kami buat order last week. Kat Pizza vs Satay plak, masa order terus cakap nak air Carrot dan dicampur dengan Apple. Jadi ni kira, balas dendam lah tak dapat kat Kokopelli minggu lepas. Dah sampai air tu kat meja, teringin plak nak tumpang rasa air Carpool "orang tu" punya. Hmmmm sedapppp... TQ dear. Watermelon tu cam biasa lah rasa.. Hehehe rasa tembikai lah.....