Thursday, July 2, 2009

Jalan-Jalan Cari Jalan Sambil Makan

Hari ni saja ambik cuti, sebab nak gi servis kereta. Jam 8.45am dah keluar rumah, macam orang nak pegi keje lah plak. Bukannya jauh pun workshop tu. 5 min. dah sampai. Angan2 tu, lepas siap servis kete, nak pegi ler merayap berwindow soping. Seronok sebenarnya, bila dapat merayap pada hari orang lain bekerja.. Tapi ntah macam mana....sambil tunggu kete tu siap, mengantuk lah plak. Aduhaiiiiii camner ni... 10.00am, kete dah siap pun servis. Nampak gayanya, dalam keadaan mcm ni, kena lah balik rumah dulu, lelapkan mata jap..

10.15am, dpt sms dari 016 268...... : " Jom lunch kat Saba' Putrajaya'". Aiksss.. penghantar mesej ni tak keje ker hari ni. Reply " Nk gi kul brp". 016 268....... : " MC ni, kul 11 ker?" Hmmm sempat lah lelap mata jap. Dari UK ke SK ni pun memakan masa 30 min. gak kalau jalan tak sesak. 12.20pm sampai. Perati tengok, tak nampak pun macam orang sakit. Camne leh dapat MC nii ... Hmmmmmm musykil....musykil.... Kata nya plak..." hari ni kita cuti-cuti m'sia, jalan-jalan" :P:P

Maka bermula lah episod, Jalan-jalan Cari Jalan, sebab nak makan. Saba' ni lokasinya kat Cyberjaya. Middle eastern restaurant. Baca review kat blog, ramai yang kata sedap kat Saba' ni. Oleh kerana, dua-dua tak berapa familiar di area Cyberjaya ni, maka main redah ajer lah....sambil mata melilau tgk signboard. Landmarknya, terminal bas Cyberjaya. Saba' ni berada di new shop lot, opposite terminal bas.

Masa kami sampai tu, jam 1.20pm. Ramainya orang. Kat dalam dan luar restaurant penuh sesak. Yer lah kan...waktu lunch break utk staff private & gomen.

Sementara menunggu reda, kami ambik keputusan ke masjid dulu. Dua kali pusing tak jumpa pulak masjid. Berpatah balik ke Saba' untuk makan tengahari dulu. Kesiannnn.... ada yang lapar sebab tak sempat breakfast tadi. Kang ada yang pengsan lak....

Order, Lamb Kabsah with Rice, Chicken Tikka + Pita Bread.


Bavaria - non alcoholic drink (flavor peach).

Saba' ni memang tak putus dengan pengunjung. Masa kami balik tu pun, masih ramai orang. Berdekatan dengan dengan Saba' ni, ada juga Middle Eastern restaurant yang lain seperti Al Jazeera dan satu lagi tak ingat namanya. Tapi tumpuan pengunjung lebih ke Saba'. Bagi kami, makanan kat Saba' biasa-biasa ajer compare dengan middle eastern restaurant yang lain.

Perut dah kenyang, dan perjalanan diteruskan. Kewajipan belum ditunaikan lagi ni. Ke Masjid Putrajaya lah... Selepas tu singgah kat Taman Botani dan Putrajaya Wetland. Kejap ajer kat situ sebab cuaca panas. Perjalanan diteruskan lagi ke Paya Indah Wetland, Dengkil. Lebih kurang 20 min dari Putrajaya. Untuk menjelajahi menikmati keindahan kawasan ni, perlu lah membuat pendaftaran terlebih dahulu. Sekejap ajer kami kat sini.

Dari Dengkil kami melewati Putrajaya, seterusnya ke Kajang melalui jalan-jalan kampung. Kajang??? Hehehe.. aktiviti makan-makan lagi.. Makan satay plak. Bukan Satay Haji Samuri tu, tapi Satay Yus. Satay ni rasanya lebih sedap, sebab dagingnya (ayam/daging) fresh, lembut dan tanpa lemak. Huhhh tak sempat ambik gambar lah plak....... Lupaaaa...... Hehehe..sebab tengok 'orang tu' laju jer makan.... Nanti abishhh..

Lewat petang, dari Kajang terus pegi ke rumah kakak. Sampai ajer kat rumah dia, pintu masih berkunci. Nampak satu kereta ajer kat garaj. Hmmmm belum balik dari keje lagi. Call abang ipar, katanya dia kat kandang. Balik keje terus gi jengok kambing-kambing dia lah tu....

7.00pm baru kakak sampai. Aduhhh...dia suruh gi Pasar Malam lah pulak. Laparr katanya...dan dia malas nak masak. Lepas tu suaminya pulak balik bawak durian. Haiiii....hari ni nampak gayanya memang aktiviti jalan-jalan, makan-makan jer lah... Lepak kat rumah dorang sampai kul 10.30pm.



Sunday, June 28, 2009

Pizza vs Satay : USJ9



27 June 2009
9.40 - 10.40 pm
16, Jalan USJ 9/5Q,
Subang Jaya,
Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-80239050




Tak susah nak cari Pizza vs Satay ni. Landmarknya.. Bank Rakyat dan Masjid Al Falak kat USJ9. Juga berdekatan dengan Restoran Victory yang special dengan murtabak Arab Street Singapore tu. Kredit to Mr. AA, pilot yang cekap. Kat area ni, banyak tempat makan yang menarik seperti Geylang Kopitiam (yg masuk JJCM minggu lepas tu). Waktu kami sampai kat Pizza vs Satay ni, tak berapa ramai orang, mungkin waktu tu dah lewat.


Suasana dan hiasan dalaman Pizza vs Satay ni menarik dan unik. Lampunya yang kemerahan menimbulkan suasana romantik. Berada disini seakan berada dirumah. Ada kelainan dimana seluruh genap pelusuknya dipenuhi dengan pelbagai hiasan. Terdapat keratan dari akhbar dan magazine mengenai restoran ini dilekatkan dan ditampal disatu sudut.

Spaghetti, Satay & Pasta Carbonara

Spaghetti

Pasta Carbonara

Seteliti meneliti menu di atas meja, kami memesan Spaghetti, Satay (10 cucuk, minimum order) dan Pasta Carbonara. Minuman pulak, Carrot+Apple dan Watermelon. Lebih kurang 1o min. dah dapat makanan. Service bagus dan cepat.

Carrot+Apple & Watermelon

Carrot + Apple atau kami sebut "Carpool" jer.. Ada "orang tu" teringin nak minum Carpool ni sejak minggu lepas lagi tapi tak dapat memandangkan kat Kokopelli tak ada minuman ni.. Waiter tu pun tak tau minuman ni masa kami buat order last week. Kat Pizza vs Satay plak, masa order terus cakap nak air Carrot dan dicampur dengan Apple. Jadi ni kira, balas dendam lah tak dapat kat Kokopelli minggu lepas. Dah sampai air tu kat meja, teringin plak nak tumpang rasa air Carpool "orang tu" punya. Hmmmm sedapppp... TQ dear. Watermelon tu cam biasa lah rasa.. Hehehe rasa tembikai lah.....

Sunday, June 21, 2009

The 2nd Visit : Kokopelli Travellers Bistro


20 June 2009; 9.30 - 10.50 pm
Kokopelli Travellers Bistro
4, Section 14,/46, P.Jaya
Tel: 03 79567505 (reservation)




Semalam kali kedua, kunjungan kami ke Kokopelli Travellers Bistro. Dari jauh, kelihatan tak ramai pengunjung malam ni. Tapi sebaik saja melangkah masuk, meleset jangkaan, cuma 2 meja yang masih kosong di bhg luar. Malam ni kedatangan kami tanpa buat reservation terlebih dahulu. En. Ariff nampaknya sibuk melayan pelanggan, namun masih sempat say 'Hai'. Kami disapa oleh wife beliau (Pn. Soraya) yang bertanya sama ada nak duduk di ruang dalam bistro atau diluar. Kami memilih untuk 'candlelight dinner' sambil bersantai open air di bhg luar.

New Zealand Lamb: served with Corn, grilled veg. & baked potato.


Seafood Aglio Olio


Fly me to the moon

Kali ni, order NZ Lamb, Seafood Aglio Olio sementara drinks pulak Fly me to the moon (warna hijau tu) dan Orange Juice. Sedapp makanan malam ni. Terutamanya Seafood Aglio Olio. Fly me to the moon hehehehe macam nama lagu nyanyian Frank Sinatra lah.... Mesti dicuba tu... Sedapp.. ada rasa pineapple, syrup dan apa lagi ntah. Kata Abe, kalau diminta beri rating dari 5 bintang, dia akan kasi 5 1/2 bintang... Amboiii terlebih sedap lah tu kut bagi dia... hehehehe jangan mare.... Memang sedap pun makanan tadi.. Thanks....

Sunday, June 14, 2009

Subak - 2nd Visit

13 June 2009
9.45pm - 10.45pm
Lot. 3213, Jalan Penchala Indah
Bukit Lanjan, 60000
Kuala Lumpur


Crispy Javanese Style Popiah


Glutinous Rice "Tapai" with Vanilla Ice Cream



Orange Juice



Opening Hours:
Monday to Sunday including Public Holiday
11 am till 12.00 midnight

Tel: (6)-03-7729 9030 / 31
Fax: (6)-03-7729 9036

Ayat-ayat Cinta

Dengarkan.....

MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...