Sunday, May 23, 2010

Aduhai oo Aduhai...Sesekali di 'dera'

22 May 2010...

Hari ni tak kemana2.  Kat rumah saje.  Merehatkan badan yg terlebih guna tenaga 3 hari berturut2. Polish balik part2  mana yang terentung di mamah mentarii.  Sun burn ke sun tan tak tahu lah..  Aduhaiii...kesiannya.. berbelang2 macam kuda belang.  Berbelak2 cam cicak... Bersauna pun tak jadi apa sangat.. Cuma segar lah urat2 tu kejap.. Apa taknya..  hari pertama, fizikal relax, tapi mental  yang bekerja. Hari kedua & ketiga, memang menguji ketahanan, keupayaan dan kesabaran. Antara aktiviti outdoor:

1. Berlari  sejauh 5 km (rasanya peluh sebaldi keluar masa ni... huhhh bukan lari slow ala2 model tu)
2. Flying Fox (ni bestt .....)
3. Abseiling ( ni pun bestttt....)
4. Paintball (paling bestt.... team i menanggg hehehehe)
5. Kayaking  (yg ni kalau buat waktu pagi or petang2 lepas jam 5 memang best.....tapi dibuat  jam  2.30pm  tengah   matahari rembang tu..huhuhuhu.... terbakarrrrr kulitku,  perittttt nyer).
6. Water Polo (hmmmm yg ni...nak pujuk kita org ler tu... suh main air la pulak... tapi penat pun tak hilang weiiii... Sib baik  disuruh jadi 'golly' .

 Terketaq2 kaki  masa nak drive  balik ke KL. Tenaga dah habis.. Kalau ikut hati, nak ajer tinggalkan kereta tu kat sana...Tumpang kawan balik sini.. Tapi bila fikirkan balik, mau ke kalau di ajak Mr. AA tu gi ambik kereta tu esoknya kat sana......Ishhhh nyusahkan dia la plak...  Balik la jugak dalam  keadaan hujan lebat. dan penat tu.   Ingatkan dah sampai rumah terus pengsan... Tak lah pulak... segar jer.... Lepas mandi dan Isyak, boleh online lagi tu.. Hehehehe....... Hmmmm... hari Jumaat, mula lah terasa, lenguh2 & letih. Malamnya pengsan terus depan laptop....Sorry yer my dearie.... U buzz  2-3 kali pun i tak sedar....Hehehehe

Thursday, May 6, 2010

Info Kesihatan : Diet untuk si darah B


Percayakah anda dengan diet yang dianjurkan mengikut jenis darah? Jika anda pemilik darah B, artikel ini mungkin boleh membantu.






KITA pernah mendengar pelbagai jenis diet yang dipraktikan di luar negara - daripada diet Atkins, diet rendah kalori hinggalah diet organik. Semua atas satu tujuan iaitu untuk mendapatkan tahap kesihatan yang paling unggul.

Tetapi pernahkah anda mendengar diet mengikut jenis darah? Ia adalah di antara diet yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Populariti yang diraih oleh salah satu jenis diet ini bukanlah hanya kerana jumlah pengamalnya yang semakin meningkat tetapi kepelbagaian pertikaian tentang kebenaran diet tersebut oleh pakar pemakanan lain.

Namun begitu, yang pasti berdasarkan pelbagai testimoni orang ramai dan keinginan untuk mencuba diet itu, buku nukilan pakar perubatan naturopati, Dr. Peter J. D'Adamo, telah terjual lebih tiga juta naskhah di seluruh dunia.

Menerusi buku bertajuk Eat Right For Your Thype, D'Adamo percaya jenis darah mempengaruhi sistem pencernaan dan sesetengah makanan tidak baik kepada sesetengah jenis darah.

Malah, D'Adamo juga yakin bahawa jenis darah menentukan kemungkinan jenis-jenis penyakit yang mudah dihidapi oleh seseorang selain senaman yang sesuai.

Lantaran itu katanya, seseorang perlu mengamalkan jenis diet tertentu atau berbeza mengikut jenis darahnya. "Pengaturan pola pemakanan yang betul akan meningkatkan sistem imun tubuh, mengekalkan kecergasan dan tahap kesihatan," katanya.

Memetik kata salah seorang pengamal diet mengikut jenis darah itu yang hanya dikenali sebagai Andari dalam blognya, "Saya sendiri seorang pakar teknologi pemakanan yang sangat skeptikal dengan teori dan kaedah D'Adamo ini. Saya hanya mula membeli buku dan mengamalkan diet ini selepas seorang rakan saya yang sebelum ini mempunyai asma teruk sehingga terpaksa tidur duduk, kini sudah semakin sihat sejak mencuba teknik diet ini.

"Selepas mencuba teknik ini, saya yang mudah mengantuk sewaktu bekerja sebelum ini berasa lebih cergas dan segar," kata Andari. 






Apakah cadangan D'Adamo untuk pemilik tubuh darah B?

Menurut D'Adamo, individu dalam kumpulan darah B digelar sebagai The Nomad. Gelaran itu dikaitkan dengan sistem imun yang kuat dan sistem pencernaan yang fleksibel. 

Dalam diet mengikut jenis darah, hanya mereka dalam kumpulan darah B yang mendapat manfaat paling baik dengan produk tenusu. Tetapi tegasnya, orang berdarah B perlu meninggalkan ayam dan itik kerana ia kaya dengan sejenis lektin dalam otot tisunya yang menyerang aliran sistem darah dan berpotensi meningkatkan risiko strok selain mengganggu sistem imun.


Sumber : Kosmo Online

Monday, April 26, 2010

Wednesday, April 21, 2010

Dinner - Al Diafah - Middle East Restaurant

03 April 2010
9.20pm - 10.30pm

Restaurant Al Diafah
45, Jalan Radin Anum
Seri Petaling
57000 Kuala Lumpur


Beralih arah gi dinner kat Middle East Restaurant pulak..   Biasanya ke tempat2 yg ala-ala western ajer.  Malam minggu, ramainya pengunjung kat restaurant ni.   Kami bernasib baik, ada satu table lagi yg kosong.  

Middle East Restaurant

Order minuman : Carrot Juice & Al Diafah Special Juice.  Sedap. Al Diafah Special Juice ni,  rasanya ala-ala Lassi.

Carrot Juice & Al Diafah Special Juice

Entah kenapa malam ni tak berapa berselera nak makan, so order Barbequed Lamb Chop, dan Tomato Soup ajer.  Omak aiiiii... banyaknya.... Barbequed Lamb Chop kat sini... Mengah kalau sorang makan.  So kami share ajer lah..   Bersama Barbequed Lamb Chop tu di kasi jugak Egyptian Bread.

Barbequed Lamb Chop & Egyptian Bread
  
Sementara tomato soup pula disertakan sekali dengan Arabic Bread.   Memang termengah2 nak habiskan.

Tomato Soup & Arabic Bread

Berada dalam restaurant ni seakan2 berada kat negara Timur Tengah lah.  Dengan  suasananya, hiasan dalamannya  dan waiter, semuanya didatangkan dari sana. 

Wednesday, April 7, 2010

Peringatan Buat Kita Yang Mudah Lupa - KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH



Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana seungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.  Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
 
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

   (Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.)



Thursday, April 1, 2010

Cruise - Bukit Merah Laketown



27 Mac 2010

Jam 5.30pm, sampai di Bkt Merah Laketown.  Jaraknya lebih kurang 20km saja dari rumah Bonda. Kami ke Main Office Bkt  Merah Laketown Resort utk meninjau/survey accommodation yg ada disitu.  Kami diberi penerangan mengenai jenis accommodation yang ada, dan kemudahan yang ditawarkan lengkap dengan gambar2nya serta rate nya sekali.  


Tengok jam masih awal lagi nak balik rumah.   Ke Jetty utk snap pemandangan.  Pengunjung tak berapa ramai hari ni.  Mungkin sebab bukan cuti persekolahan @ cuti kelepasan am.

Jetty - Bkt Merah Laketown

Kaunter Ticket - Tengok jadual berlepas

Suasana agak lengang di Jetty.  Cuaca pun bagus hari ni.   Eh teringin lah pulak nak naik cruise menyusuri tasik ni... Pegi ke kaunter ticket tengok jadual perjalanan.   Ohhh rupanya masih ada peluang utk naik cruise sebabnya ianya dijadualkan pada jam 6.15pm.  Terus ambik ticket. Harganya  RM10 seorang.

Sementara menunggu jam 6.15pm bagi membolehkan naik cruise, kami leka memerhatikan aksi si itik yg berenang-renang ke hulu, berenang-renang ke tepian mencari makan sambil bergurauan.

 
 Aksi Si Itik



Sendirian mencari makan


Bersantai bersama teman



Sembang petang


Berserakan

Jam 6.15pm, kami pun menuruni tangga utk naik cruise.  Tak ramai, cuma 14 orang saja. Seronok lah juga sebab tak padat dengan penumpang.

Cruise Bkt Merah


Kami bebas bergerak dan  nak duduk di seat mana pun.  Mr. AA enjoy snap gambar dan buat video.   Memang cantik sangat pemandangan yang kami nikmati petang tu
.
Nikmati hembusan bayu petang semasa ber 'cruise'

Sekitar tasik
Lagi pemandangan semasa ber cruise


Ketika kami menghampiri Pulau Orang Utan, hujan turun dengan lebatnya.  Dengar melalui walkie talkie, cruise kami diarah untuk berpatah balik ke Jetty.  Tapi boatman nampaknya perlahan2 mengemudikan juga cruise mengharungi tasik yg  berombak disebabkan angin dan hujan lebat. 

Semasa dalam cruise tu, kami semua asyik berpindah randah. Sebab nak elak dari basah terkena hujan.  Tapi macam mana pun, basah jugak sebab hujan lebat sungguh dengan angin sekali.


Kami dibawa melihat dari dekat, jambatan keretapi yang merentangi tasik buatan manusia  tu. Terdapat 2 laluan keretapi yang merentasi tasik iaitu, landasan yang lama, manakala laluan yg masih dalam pembinaan tu merupakan landasan keretapi laju yang akan menghubungkan Ipoh dengan Butterworth di utara.
Bila hujan berhenti, satu pemandangan yang sangat menarik hati kami semua.... kami dapat tengok pelangi dari tengah2 tasik. Wowwww....cantiknyaa.. Tapi malangnya tak dapat diabadikan, sebab kami cuma menggunakan digital camera SLR shj. 

Sunset di tasik

Bertambah indahnya lagi pemandangan, sambil menyusuri tasik, kami nikmati dengan suasana matahari yang perlahan2 melahbuhkan tirainya.   Sunset di tasik.
Sunset di tasik

Sunset di tasik

Sunset Cruise
 
Sunset

Sunset

Sunset

Sunset 

Jam 7.00pm, kami pun dihantar kembali ke Jetty. Berakhirlah "Sunset Cruise" kami pada hari ini.






MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...