Monday, March 1, 2010

Langkawi - Percutian Yang Tak Dirancang


30/01/2010 - Sabtu


Mulanya sekadar gurauan saje. Tak sangka pulak disambut serius. Terus set dan confirm, lepas Zohor , terus nak bertolak.

Huhuhuhu.... jam 1.30pm, ada keje repair lampu dapur rumah. Sehingga jam 3.00pm baru siap. Terfikir dalam hati, program yg tak dirancang ni, mungkin batal la kot.

Tiba2 bonda bersuara, cepat mai makan (lunch), kut2 nanti nak gi kemana2 ke? Berpandangan sesama sendiri... "Eh nak pegi mana yer" . Senyum . Tengok jam dah 3.15pm. Sudah ajer makan, terus berkemas-kemas, dan jam 4.10 pm keluar.

Agak kritikal juga kejar masa, nak sampai ke K. Perlis tu. 5.45pm masih berada Highway berhampiran Sg. Petani. Sempat ke nak kejar last ferry jam 7.00pm ni.. Call kawan, tanya, nak ikut jalan pintas mana kalau nak cepat sampai ke K. Perlis. Katanya, Exit di Alor Setar Selatan, melalui Mergong seterusnya ke Kuala Kedah je lah.. Kuala Perlis dah tak sempat. Tak puas hati, call pulak cousin (Nana). Nana suruh Exit kat Aloq Setaq Selatan je.. Senang dan terus ke Kuala Kedah. Katanya,kalau nak naik Ferry kat K. Perlis, memang dah tak sempat. Direction yang dia bagi sama cam yang Shidi bagi. Aduh...kami dah terlajak melepasi Exit Aloq Setaq Selatan ni. Jadi kena lah Exit di Aloq Setar Utara. Complicated sikit ikut Aloq Staq Utara ni.

Tension ada stress pun ada. Jalan jem disana sini. Dalam hati berkata juga..sempat ke ni.?? Kalau ada rezeki. InsyaAllah.

Akhirnya kami tiba di Jetty K. Kedah 6.40pm. Turun seorang dulu utk check tiket kat kaunter. Alhamdulillah. Dah beli tiket terus inform mereka.

Dapat naik last ferry jam 7.00pm. Ferry New Frontier 6. Penumpang penuh. Ada yang tak dapat seat juga. Kami dapat seat di tingkat atas ferry. Bestnyaaaa...

Separuh perjalanan, penumpang dibenarkan keluar ke dek tu. Lagi best rasanya dari duduk kat seat dlm ferry tu. Nampak laut, pulau2 kecil, boat, sunset dan macam2 aktiviti lah.

Oleh sebab ferry kami bertolak dari Jetty lebih kurang jam 7.15pm, maka kami dapat nikmati sunset dan suasana malam di atas boat. Aduhaiiiiiiiiii...... cantiknya...bertemankan cahaya bulan sepanjang pelayaran tu...Kengkonon romantik la tu kan... Hahahahaha......Tapi sayangnya, semua tu tak dapat diabadikan sebab camera tertinggal di KL. Sedihhhhhhhh......

9.00pm kami selamat sampai di Jetty Kuah. Cousin dah tolong arrangekan sewa kereta. Dari Jetty, kami ke Langkawi Seaview. Cadang nak duduk situ. Tapi penuh la pulak. Yang tinggal cuma 1 room Deluxe saje.. Mana bolehh... Kami bertiga... Kena lah cari 2 rooms.

Bergerak dari Langkawi Seaview, kereta sewa kami plak buat hal. Aduhhh.... Call agent. Mintak tukar kereta. Sementara kereta nak diganti dgn yg lain.... berpindah kereta lah kami berdua....naik kereta my cousin gi ke hotel yg dicadangkan oleh staff Langkawi Seaview. Mr AA tunggu kereta ganti...

Lepas check in, kami ke Restoran Nelayan kat Jln. Bukit Malut. Dinner kat situ. Leka berborak dgn my cousin. Tengok jam dah 11.30pm. Balik ke hotel. Ajak my cousin join tido kat hotel, tapi dia tak nak pulak. Takut tak sempat nak gi keje esok.


31hb Januari 2010 - Ahad

Aktiviti pada pagi ni, selepas breakfast, keluar menuju ke cable car. Sebelum tu pusing2 dulu, sebab nak beli camera. Mana leh gi bercuti tak bwk camera kan....Hehehehe... Nak wat cmne... dah tertinggal kat ofis camera tu.

9.00am, gi ke area Duty Free kat Jetty Kuah, kedai2 masih lum dibuka. Gi ke Pekan Kuah, ke kedai electronic, pun tak bukak lagi. Nekad ajer terus ke cable car dgn harapan kedai2 kat situ ada jual camera. Hampa....

Patah balik, dan akhirnya nampak ada satu kedai ni dah buka. Singgah beli di Badrul Color Lab. Camera - Nikon Coolpix L19. Cukup la tu. Hehehehe...

Badrul Color Lab

Dah dpt camera, pusing balik ke cable car. Rugi gak ler masa dlm 1 jam gitu.

Oriental Village

Oriental Village

Gunung Mat Cincang dilihat dari jauh

Orang makin ramai la pulak. Beratur panjang sehingga ada 3 pusingan dan sampai turun ke bawah. '2 orang' tu nampak keberatan utk naik cable car berikutan que yg panjang tu. Alasan mereka, kesuntukan masa utk check out. Hmmmm... okay lah... Dah tak nak naik, naik sorang je lah...

Tak sampai 10 minit beratur, I dpt keistimewaan naik dulu. Dah 'lone ranger' so mudah la nak join mana2 group. Dpt naik cable car dgn tourist dari Singapore.

Dari dalam Cable Car

Dari dlm cable car

Menikmati keindahan suasana sorang2. Jalan sorang2. Ambik gambar sorang2... Hehehehe... Ada bestnya...dan ada yg tak best gak.... Huhuhu... Dah 'orang' tak nak ikut naik....takkan nak paksa plak...

Track menuju ke Hanging Bridge
(turun naik bukit jugak lah nak ke hanging bridge tu)

Hanging Bridge

Memang nak naik sangat cable car, sebab percutian ke Langkawi (31Oct - 4 Nov 2008) dulu tak dpt gi ke Hanging Bridge ni. Ditutup utk pembaikan semula.

Hanging Bridge

Hanging Bridge ni menghubungkan antara 2 gunung iaitu Gunung Mat Cincang dan Gunung Raya. Ada kisah tersendiri mengenai Gunung Mat Cincang dan Gunung Raya ni dan perkaitannya dengan beberapa tempat lagi di Langkawi seperti Kuah, Telaga Air Hangat, Belanga Pecah dsbnya.

Cable car dilihat dari Hanging Bridge

Cable car dilihat dari Hanging Bridge

Tourist

Tourist

Lagi suasana di Hanging Bridge

Sebahagian Gunung Mat Raya dilihat dari Hanging Bridge

Di atas Gunung Raya terletaknya View Point

Sebahagian dari Gunung Mat Cincang dilihat dari Hanging Bridge

Andaman Sea

Cable car menghampiri 2nd station

Semakin hampir

1.30pm, Tuan Puteri dijemput di station cable car, setelah 'mereka' check out di Hotel. Kami sempat lagi singgah di Pantai Kok dalam perjalanan balik tu. Pantai Kok ni bersebelahan dengan Perdana Quay dan Marina Harbour. So banyak lah Yatch yg kelihatan disini.

Pantai Kok (berhampiran Perdana Quay)

Pantai Kok

Sempat 'mandi panas' di Pantai Kok

Beredar dari Pantai Kok, kami singgah kejap kat Perdana Quay lak. Snap 3-4 shot.

Perut pun dah mula berbunyi2. Kami terus ke Restoran Nusantara. Kat restoran ni, lauk pauknya banyak. Sedap. Pendek kata lebih kepada selera kampung. Dengan ulamannya, dengan jenis masakannya, dengan aneka jenis juadah pemanis mulutnya.

Masa pun agak suntuk, dari Restoran Nusantara kami ke Warisan Salju Gamat. Bonda nak beli ibu gamat dan minyak gamat. Sekejap ajer kami kat situ.

3.45pm, kami bergerak menuju ke Pekan Kuah. Penuhi hajat Bonda nak beli kain batik. Banyak pilihan. Dari kain batik jawa halus, kain batik basahan, ada macam2 jenis lagi lah..

Temankan Bonda pilih kain batik

Deretan kain batik

Leka memilih

Sessi tawar menawar

Kali ni, Bonda cuma beli 6 helai kain batik jawa halus dan 2 helai kain pelikat. Tak leh beli banyak sebab tempoh kami berada di Langkawi kurang dari 72 jam.

5.00pm, terus ke Jetty Kuah selepas membeli coklat di Ismail Group sebagai memenuhi agenda terakhir di Pulau Langkawi. Kemudian serahkan kembali kereta kpd agent.

Jam 5.30pm, menaiki Ferry New Frontier 6, kami meninggalkan Pulau Lagenda tersebut menuju ke Tanah Besar. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam utk tiba di Jetty Kuala Kedah. Banyak panorama menarik dinikmati sepanjang perjalanan tersebut.

Boat mula meninggalkan Jetty Kuah, Langkawi

Panorama 1

Panorama 2

Panorama 3

Panorama 4

Video - Perjalanan Boat dari Langkawi ke K.Kedah


Panorama 5

Panorama 6

Panorama 7

Panorama 8

Panorama 9

Panorama 9: menunjukkan boat tunda digunakan bagi menunda kontena yg membawa muatan kenderaan seperti kereta, lori dsbnya dari Kuala Kedah menuju ke P.Langkawi

Panorama 10
(mengharung selat menuju ke Kuala Kedah)

Sunset - di atas Ferry

Sunset

Tiba di Jetty Kuala Kedah

Di Jetty Kuala Kedah

Kami selamat tiba di Jetty Kuala Kedah lebih kurang jam 7.30pm. Berakhirlah percutian yang tak dirancang ke Langkawi. Seronok juga, sesekali sergah Langkawi camtu.



Monday, February 22, 2010

Buah2an Minggu Ini... Cukup??

20/02/2010 (Sabtu)

Lebih suka beli buah kat Chow Kit. Fresh & murah. Inilah stok utk minggu ni... :)

Aneka buah-buahan

Persimon - 1 box = RM10
(dah mahal sbb CNY dah lepas)


Thursday, February 18, 2010

Limau & Angpow


Tahun Baru China, AngPow dan Limau.... memang dah sinonim... Hari ni my Director kasi Angpow & Limau... Uishhh cepat pulak dia naik keje. Patutnya masih bercuti lagi ni..


Anyway, TQ Boss

Monday, January 25, 2010

Ini jer.................


Hari ni baru teringin rasa nak makan2. Buat bubur nasi ni... Tak sampai suku mangkuk ajer leh telan.. Aduhaiii camner ni... Perut kosong, tekak lak tak de selera..walaupun dipaksa2..

Simpan lah... Kut2 nanti teringin nak makan lagi...

Bila nak simpan tu....tgk2....Ya Allah...daun sup dgn daun bawang...awat potong besaq2 sangat tu... Hehehe... Maafkan lah yer....dalam keadaan macam ni ...dpt sediakan bubur tu pun Alhamdulillah...







Monday, January 18, 2010

January - Dinner di Bora Asmara

16 January 2010

1st. time dinner di tahun baru 2010. Ke Bora Asmara, Bkt Lanjan. Ramai pengunjung malam ni. Bersesak kenderaan parking dikiri kanan bahu jalan.


Semasa ambik order oleh waiter, kami dimaklumkan bahawa Sein & Nana (Johan Sehati Berdansa) tu meraikan kaum kerabat & sahabat handai sempena kejayaan mereka tempohari. Patutlah ramai. Fahrin Ahmad, Didie Alias antara yg hadir malam tu.

Sirloin Steak

Kami datang pun nak releks bersantai tengok live band sambil makan-makan. So order yang simple ajer: Sirloin steak, Calamari Ring, Melon Juice & Orange Juice.

Ini antara video yg diambil semasa live band ni nyanyi untuk kami.


Video 1: 11 January

11 Januari
Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa Engkaulah jiwaku

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah ku melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Chorus:
Kau bawa diriku
Kedalam hidupmuAlign Center
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna
Align Left

Video 2: Beautiful Maria

In the sunlight of your smile
In the summer of our life
In the magic of love
Storms above scattered away

Lovers dreaming in the night
Reaching for paradise
But as the dark shadows fade
Love slips away

On an empty stretch of beach
In the pattern of the waves
Drawing pictures with my hand
In the sand, I see your face

Skipping pebbles on the sea
Wishing for paradise
Sand castles crumble below
The restless tides ebb and flow

Listening to a shell
Hoping for your voice
Beautiful Maria of my soul

Though we'll always be apart
Locked forever in a dream
If I ever love again
Even then, nothing will change

And the taste of you remains
Clinging to paradise
But as the distance from you grows
All that my heart ever knows
Hunger for your kiss
Longing for your touch
Beautiful Maria of my soul

Filling all my nights
Haunting all my days
Beautiful Maria of my soul


Friday, January 15, 2010

Breakfast with cupcake?

TQVM Ms AN for da yummy cupcakes. Rajinnya buat. Pepagi lagi dah letak atas meja I yer.

Sedappnyaaa.. Kalau sesapa nak order boleh lah. RM1 sebekas. Jangan salah sangka, bkn Ms AN yg buat.... hehehe...dia tolong promote ajer tu untuk sister dia.




MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...