Percutian ke Pulau Langkawi 31/10/2008 - 04/11/2008
********************************************
8.00pm - Menaiki train Ekspress Langkawi di KL Sentral. Excited. Ye lah dah lama tak merasa naik train. Ambil tiket tempat tidur, RM102 (perjalanan pergi dan balik). Mula-mula tu rasa seronok lah. Tapi bila keretapi berhenti lama di setiap stesen, mula lah rasa boring. Jam 10.30pm, tarik curtain, cuba nak lelap mata, tapi tak nak lena lah pulak.
Entah jam berapa, terlelap juga akhirnya. Tidur dalam keadaan terbuai-buai dek goyangan keretapi. Hehehe. Terjaga awal, dah tak boleh lelapkan mata dah. Duduk ajer lah kat atas katil tu sambil mengelamun. Sesekali selak gak curtain tu menjengah persekitaran. Amboii...orang di katil sebelah, lena sungguh tidur.
Hari kedua: 01/11/2008 (Sabtu)
**************************************
Check in di Langkawi Seaview, jam 3.00pm. Lega rasanya, dapat membersihkan diri dan berehat seketika. Lepas Solat Asar, keluar berjalan-jalan di sekitar Petronas Quay, Telaga Marina Harbour, Pantai Kok sehingga lah ke Stesen Cable Car di kaki Gunung Mat Chincang.
Pantai Kok
Puncak Gunung Mat Chincang dilihat dari kejauhan
Jetty Kilim: Pemandangan di Sg. KilimMenjelang Maghrib, kami pulang ke Hotel di Jalan Penarak. Selepas solat Isyak, keluar untuk makan malam. Disyorkan oleh seorang teman, antara tempat makan yang sedap dan menarik, kami ke Jai Island Cafe. Sedap makanan di sini dan harganya juga berpatutan. Padat aktiviti hari ni.
Hari ketiga : 02/11/2008 (Ahad)
****************************************
Selepas breakfast di Hotel, kami menuju ke Jetty Sg. Kilim. Ntah kenapa, pagi ni tak terjumpa pulak jalan masuk menuju ke Jetty tersebut. Terlajak. Waktu berpatah balik tu, kami terlihat papantanda di sebuah kedai runcit yg menawarkan perkhidmatan cruise menyusuri Sg. Kilim. Berhenti di kedai tersebut. Kami dimaklumkan oleh Makcik tersebut bahawa anak dan suaminya yang menguruskan perkhidmatan tersebut.
Setelah negotiate dgn Pakcik dan anaknya, kami mendapat harga yg menarik dan lebih rendah lagi jika dibandingkan dgn operator yg lain. Dalam perjalanan ke Jetty, singgah sebentar di Sek. Rendah Kebangsaan Kilim untuk berjumpa dengan cousin yg mengajar di sekolah tersebut. Sekejap ajer.
Di Jetty Sg. Kilim, orang agak ramai hari ini. Kami chartered sebuah boat. Senang sikit, tak payah berkongsi dgn orang lain. RM150 untuk sebuah boat dgn cruise selama lebih kurang 2 jam.
Menyusuri Sg. Kilim, penuh dgn pemandangan yg menarik dan menghijau, kami merasa happy dan enjoy. Berhenti di Kelong ikan untuk melihat, bermain2 dgn ikan dan memberi ikan makan.
Menuju ke Kelong
Kelong Ikan: Fish Feeding
Di Kelong Ikan : Hati2 Bro...nanti Bro lak jadi ikan
Sea shell
Masih di Kelong Ikan:
Hahh...buat apa plak tu...
Di atas boat, berlatarbelakangkan Pulau Kasut

Boat yang kelihatan dari jauh tu, sedang menunggu giliran untuk menghampiri ke kawasan Eagle Feeding. Boat tersebut dinaiki oleh beberapa orang pelancong dari Arab Saudi.

Ketika kami menghala balik ke jetty, kelihatan beberapa boat pelancong yang mara untuk melihat dan menikmati keindahan suasana disini.
Boat kami membuat pusingan untuk memberi laluan kepada boat pelancong yang lain melihat dari dekat bagaimana Eagle menyambar makanan yang diberi @dicampakkan kedalam laut.
Selepas tamat waktu cruise kami, kami dihantar kembali ke Jetty Sg. Kilim. Hmmmm masa ni memang perut terasa lapar. Ye lah...dah tengahari kan.... Kami singgah untuk menjamu selera di gerai di sebelah jetty tersebut.
Order Mee Gulung. Sebenarnya sejak dari KL lagi, kami memang bercadang nak mencari Mee Gulung ni di Langkawi. Menurut beberapa reviews yg dibaca di internet, ramai yang mengatakan Mee Gulung di Langkawi ni sedap dan patut dicuba. Kami tak mahu ketinggalan. Sepinggan Mee Gulung disini harganya RM10. Berbaloi jugak sebab rasanya sedap dan udangnya besar2.Oleh kerana waktu masih awal lagi, kami singgah di Galeria Perdana. Tiket masuk, RM10 seorang. Galeria Perdana ini, menempatkan segala souvenir dan koleksi Yg.Berbahagia bekas mantan negara Malaysia, iaitu Tun Mahathir Mohammad. Di Galeria ni, kami terjumpa dgn Aktor Ridzuan Hashim dan juga Adlin Shauki yang membuat pengambaran filem disini. Kami mengambil kesempatan untuk berborak dan bergambar dengan kedua-dua mereka dan juga krew film tersebut.




Aktiviti seterusnya: kami ke Tanjung Rhu.

Hari ni Ahad, hari bekerja bagi penduduk di Langkawi. Suasana sunyi dan sepi di Pantainya. Bercadang untuk main air di pantai ni. Cuaca panas sangat. Hehehe risau lah pulak. Sunburn kang.
Kelihatan pulau berbentuk penyu di belakang
Dinner di Restoran Nelayan di Jalan Bukit Malut. Ketam, Ikan Kerapu, Senangin, Kepah, Sup Sayur dan Ulaman tanpa nasi. Enak makanan disini. Harganya pun murah. RM70 sahaja.Hari keempat 03/11/2008 (Isnin)
************************************
Agenda pagi ni, kami ke Stesen Cable Car. Berhajat naik ke Gunung Mat Chincang.
Beratur di kaunter tiket

Bagi setiap cable car, ia akan memuatkan 4 orang penumpang. Bersama 2 orang pelancong warga emas dari Sweden dalam cable car tu, kami menyaksikan panorama indah. Tapi kesiannya pada ' seseorang', jelas kelihatan pucat diwajahnya dan terpamir wajah kerisauan. Owhhh rupanya, beliau gayat dengan keadaan tinggi. Kesiannn... Tapi alhamdulillah, beliau bijak dan dapat overcome keadaan dengan berborak2 dan bercerita dgn pelancong Sweden ni.
Kami tukar ke Plan B. Petang ni kami pergi bershopping lah. Bukannya shopping pinggan mangkuk. Tapi shopping beli kain batik dan juga minyak gamat yang dipesan oleh Bonda2 kami.
Difahamkan bahawa kain2 batik di Beras Terbakar, kualiti bagus dan harganya juga berpatutan. Haaaa.... ambikk... Beli 10 helai kain batik.... Maksimum tu. Seorang cuma dibenarkan bawa 5 helai kain batik. Hmmmm ... apa lagi... baki 5 helai lagi tu, mengendeng lah mintak tumpang beg 'orang tu'. TQ ya...
Dari Beras Terbakar, kami ke Warisan Gamat, beli minyak gamat dan lain-lain produk herba. Untuk Bonda, diri sendiri dan juga untuk kawan2 kat ofis.Malam ni, kami dinner ala simple ajer. Dinner di Medan Selera berhampiran dengan Bella Vista Hotel. Kena tidur awal malam ni. Aktiviti esok, Island Hoping sebelah pagi, dan petangnya jam 1.30pm, kami kena cross balik ke Tanah Besar. Tiket keretapi untuk balik ke KL jam 5.30 ptg dari Arau.
Hari kelima (04/11/2008) - Selasa
***********************************
Setelah check out, dengan membawa luggage dan segala barang2 kami muatkan dalam kereta. Menuju ke Pantai Tengah, Langkawi. Semalam petang, kami dah bayar deposit untuk Island Hoping. Kami tinggalkan kereta dihadapan Tourist Agent ni. Dari Pantai Tengah, kami dibawa menaiki van bersama-sama dengan pelancong lain ke Jetty iaitu bersebelahan dengan Awana Resort.
Keadaan sesak di Jetty. Ramai pelancong yang berkumpul disini untuk Island Hoping. Kami menaiki boat bersama 10 orang pelancong lain (Singaporean, warga tempatan dan 'mat dan minah saleh').


Awana Resort, dilihat dari laut
Jernihnya air...
Pulau Dayang Bunting
Memerhati keunikan bentuk pulauDi Pulau Dayang Bunting, terdapat Tasik Dayang Bunting. Banyak kisah yang menarik mengenai keistimewaannya Tasik Dayang Bunting ni. Untuk sampai Tasik ni, pelancong perlu untuk berjalan kaki selama kira-kira 20 minit, mendaki dan menuruni bukit.
Beberapa aktiviti lain yang boleh dilakukan di Tasik Dayang Bunting ialah, berkayak, mandi-manda, fish spa dan sbgnya.
Fish Spa - ikan keli
Dari Pulau Dayang Bunting kami menghampiri Pulau Singa Besar. Kat sini pun ada eagle feeding. Tapi dari spesis yang lain. Rasanya Eagle kat Kilim lebih besar dan ganas.
Eagle Feeding
Pulau Beras Basah

Kami kesuntukan masa sebenarnya. Jam 12.15pm, kami masih di Pulau Beras Basah lagi. Plan kami utk cross ke Tanah Besar, kami telah kami tetapkan jam 1.30pm. Rasanya tak sempat utk kejar waktu tu. Kami belum bershopping beli chocolates lagi. Kami juga berjanji utk hantar kereta sewa jam 1.00pm. Aduhhh...kritikal dah ni.
Sampai Jetty Kuah, jam 2.15 ptg. Terus ke Kaunter tiket Ferry. Berdebar2 juga rasa hati. Masa kecemasan untuk kami sebenarnya. Janji dgn my Auntie, dia akan jemput kami di Jetty Kuala Perlis jam 2.30 petang. Kami mendapat tiket ferry untuk perjalanan jam 2.30 ptg. Perjalanan dari Kuah ke Kuala Perlis mengambil masa lebih kurang 1 jam, mengikut keadaan laut dan air pasang surutnya.
Alhamdulillah sempat juga sampai di Stesen Keretapi Arau jam 5.30pm. Hanya 5 minit selepas itu, keretapi pun tiba.
SELAMAT TINGGAL LANGKAWI, SELAMAT TINGGAL PERLIS.... Panjang Umur, InsyaAllah kami datang lagi.








































