Monday, January 25, 2010

Ini jer.................


Hari ni baru teringin rasa nak makan2. Buat bubur nasi ni... Tak sampai suku mangkuk ajer leh telan.. Aduhaiii camner ni... Perut kosong, tekak lak tak de selera..walaupun dipaksa2..

Simpan lah... Kut2 nanti teringin nak makan lagi...

Bila nak simpan tu....tgk2....Ya Allah...daun sup dgn daun bawang...awat potong besaq2 sangat tu... Hehehe... Maafkan lah yer....dalam keadaan macam ni ...dpt sediakan bubur tu pun Alhamdulillah...







Monday, January 18, 2010

January - Dinner di Bora Asmara

16 January 2010

1st. time dinner di tahun baru 2010. Ke Bora Asmara, Bkt Lanjan. Ramai pengunjung malam ni. Bersesak kenderaan parking dikiri kanan bahu jalan.


Semasa ambik order oleh waiter, kami dimaklumkan bahawa Sein & Nana (Johan Sehati Berdansa) tu meraikan kaum kerabat & sahabat handai sempena kejayaan mereka tempohari. Patutlah ramai. Fahrin Ahmad, Didie Alias antara yg hadir malam tu.

Sirloin Steak

Kami datang pun nak releks bersantai tengok live band sambil makan-makan. So order yang simple ajer: Sirloin steak, Calamari Ring, Melon Juice & Orange Juice.

Ini antara video yg diambil semasa live band ni nyanyi untuk kami.


Video 1: 11 January

11 Januari
Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa Engkaulah jiwaku

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah ku melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Chorus:
Kau bawa diriku
Kedalam hidupmuAlign Center
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna
Align Left

Video 2: Beautiful Maria

In the sunlight of your smile
In the summer of our life
In the magic of love
Storms above scattered away

Lovers dreaming in the night
Reaching for paradise
But as the dark shadows fade
Love slips away

On an empty stretch of beach
In the pattern of the waves
Drawing pictures with my hand
In the sand, I see your face

Skipping pebbles on the sea
Wishing for paradise
Sand castles crumble below
The restless tides ebb and flow

Listening to a shell
Hoping for your voice
Beautiful Maria of my soul

Though we'll always be apart
Locked forever in a dream
If I ever love again
Even then, nothing will change

And the taste of you remains
Clinging to paradise
But as the distance from you grows
All that my heart ever knows
Hunger for your kiss
Longing for your touch
Beautiful Maria of my soul

Filling all my nights
Haunting all my days
Beautiful Maria of my soul


Friday, January 15, 2010

Breakfast with cupcake?

TQVM Ms AN for da yummy cupcakes. Rajinnya buat. Pepagi lagi dah letak atas meja I yer.

Sedappnyaaa.. Kalau sesapa nak order boleh lah. RM1 sebekas. Jangan salah sangka, bkn Ms AN yg buat.... hehehe...dia tolong promote ajer tu untuk sister dia.




Monday, January 11, 2010

Minggu ni balik kampung lagi......

08/01/2010 - 10/01/2010

Cuti hujung minggu ni, balik kampung lagi. Ada urusan di sana. Lepas habis kerja hari Jumaat, terus bertolak balik. Aduhaii... jalan jam disana sini... Sampai di kampung jam 10.00pm.

Keesokan harinya, cuaca terang dan langit cerah. Antara aktiviti lain yang dilakukan, lawatan ke sawah padi oleh 'pelancong' dari negara luar. Inilah antara gambar pemandangan yang diambil.

Padi semakin hampir kekuningan

'Inspection' di sawah padi

Setangkai padi di tangan petani

Padi dicelahan jemari petani

'Inspection' di sawah padi

Align Center
Sejambak

Pemandangan di tengah sawah

Lagi pemandangan dari tengah sawah

Batas laluan

Sebahagian daripadanya sudah mula kekuningan

Dilihat dari dekat

Suasana hampir senja

Tuesday, January 5, 2010

Jom ke Sungai Sedim........ Besttttttt


Tarikh: 31 December 2009
Masa bertolak : 3.00pm
Destinasi : Sungai Sedim, Kedah


Tiap kali nak balik kampung, sure dah selitkan salah satu program iaitu" Jalan-jalan cuti-cuti Malaysia" sambil explore keindahan alam semulajadi di area yang berdekatan. Balik kali ni tak plan pun nak kemana-mana. Jadi tak de lah nak check Google Map.

Dalam perjalanan balik kampung tu, tiba-tiba ada soalan "apa program kita yer kat kg". Secara spontan bagi cadangan ... Sungai Sedim.... Hmmm setuju ajer....

Lepas lunch dan rehat2 kejap, dalam jam 3.00pm, keluar dari rumah nak ke tempat tu lah.. Melalui pekan Bagan Serai, Alor Pongsu, Selama Perak, Selama Kedah, Mahang seterusnya menghala ke pekan Kulim, dan memasuki simpang 3 (tak ingat la pulak namanya) akhirnya kami sampai juga ke tempat yang dituju jam 4.30pm. Hehehehe sesat dan terlajak lah juga. Dua kali berpatah balik setelah berhenti bertanya arah. Dari pekan Selama Kedah tu, tak ada pun signboard yg menunjukkan arah ke Sungai Sedim.

Bayaran RM2.00 dikenakan untuk masuk ke kawasan rekreasi tersebut. Parking kereta berhampiran kawasan yang menghala ke anak sungai dan air terjun.


Parking disini jer

Map - Negeri Kedah & kedudukan Sg. Sedim

Setelah meneliti map di kawasan rekreasi tu, kami mengambil keputusan untuk pegi ke Tree Top Walk dulu. Menapak mendaki ke Entrance Tree Top Walk tu, berpeluh lah juga. Tak apa... exercise... Badan sihat, minda cergas.... hehehehe

Melepasi pintu gerbang Tree Top Walk

Menuju ke Bangunan - Main Entrance

Signboard Tree Top Walk

Poster "The Making of The Tree Top Walk"

Di Gate Masuk Top Tree Walk

Semasa mula berjalan di atas canopy walk tu, terasa gak gerun. Apa taknya... tengok lah laluan tu... macam tu ajer jaringan besinya . Boleh terus nampak ke bawah dari aras ketinggian 10000m pada peringkat permulaannya. Tak ada pun jaring penahan. Uishhhh kalau lah.................

Inilah rupa lantai canopy walk

Dilihat dari atas canopy walk

Dilihat dari atas canopy walk

Sebelum tu, kami difahamkan laluan canopy walk ni adalah sepanjang 950m. Tengok lah tu sayup ajer.

Laluan lurus

Tiba di ketinggian 14,850mm

Laluan menaik

Tak sangka pulak, laluan ni semakin menaik. Ingatkan sekadar mendatar ajer... Jenuh gak nak menghabiskan laluan tu. Apatah lagi ketika tu, laluan lengang.. Hanya kami sahaja.. Heheheh orang dah balik daaaaa.... Laluan dibuka dari jam 9.00am - 5.30pm. Kami pulak sampai kat kaunter tiket tu 5 minit lagi sebelum jam 5.00pm.

Di ketinggian 18500 mm

Melepasi tahap ketinggian 18500mm, terasa seronok dan enjoy the scenery pulak.

Pokok - Mahang

Di hadapan meninggalkan "photographer"

Paras yang paling tinggi - 26050mm

Selesai menghabiskan laluan tu jam 5.35pm. Terlewat 5 minit dari waktu yang telah ditetapkan iaitu 9.00am - 5.30pm.

Dari Tree Top Walk kami menuju ke kawasan air terjun & anak sungai deras. Cantik memang pun cantik tempat ni. Kalau nak bermalam, bolehlah sewa villa/chalet. Kemudahan cafe pun ada.

Villa/Chalet Penginapan

Di tepian anak sungai deras


Video 1: Sesejuk mata yg memandang

Jernih dan deras aliran airnya

Melalui celahan batu

Wowwww.......

Deras tu......


Video 2: Mengalir di celahan batu

Langit cerah dengan hiasan awan

Menyapa langit biru

Melepaskan pucuk masing2

Tengok tu...... jernihnyaaa...

Mengisi masa terluang dengan memancing

Jambatan merentasi anak sungai deras

Dilihat dari atas jambatan

Bawah pokok tu -
lokasi strategik utk berkelah


Menghayati indah ciptaanNYA

Bagi yang minat dengan aktiviti adventurers, boleh lah turut serta dalam pakej yang ditawarkan disini. Whitewater rafting. No. telefon dan website ada tercatit di papantanda tu...

Papantanda ke kawasan Water Rafting

Surau, Bilik Mandi & Tandas

Kemudahan asas seperti Surau, bilik mandi & tandas, tempat parking disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebagai kemudahan kepada pengunjung.

Mentari semakin hampir melabuhkan tirainya

Menjelang senja, bertolak meninggalkan kawasan rekreasi Sungai Sedim ni.. InsyaAllah, kami akan datang lagi dengan ahli keluarga yang lain. Datang ramai-ramai berkelah. Masak-masak kat rumah dan bawak bekalan. Boleh mandi-manda, enjoy scenery, melayan hobi photography etc.

Sungai Sedim.... kawasan rekreasi airterjun dikelilingi kehijauan rimba.... damainya disini........


MITOS : MANDI MALAM?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ...